Nampaknya penyakit Tangan, Kaki & Mulut atau HFMD ini semakin menular dan kebanyakan mangsanya adalah kanak-kanak.
Apatah lagi kala lebaran yang lebih bermakna tahun ini di mana pasti ibu ayah sibuk memenuhi undangan ke rumah terbuka.
Namun dalam kesibukan beraya, jangan sesekali kita sebagai ibu bapa lupa untuk melindungi anak-anak kita daripada dijangkiti penyakit HFMD tanpa disedari.
Perkongsian Dr Izzar Anwari ini boleh dijadikan panduan dan ingatan buat ibu bapa dalam mengelak anak-anak daripada dijangkiti virus ini.
HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Coxsackie A16(COX A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Kebiasaannya ia berlaku pada kanak2 bawah 6 tahun, tetapi sesiapa pun boleh kena HFMD ni.
Kawan saya pun ada kena tahun lepas. Penyakit ini selalunya tak serius tetapi ia cepat merebak (contagious). Tambah2 kalau berkumpul ramai seperti di sekolah dan pusat jagaan kanak2. Tetapi, ada juga kes jangkitan HFMD serius oleh virus EV71 yang boleh menyebabkan komplikasi radang otak atau jantung.
HFMD merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister), dan najis kanak2 yang dijangkiti serta melalui sentuhan permukaan yang tercemar dengan virus HFMD.
Anak2 yang dijangkiti HFMD biasanya akan bergejala seperti – Demam – Luka di mulut (ulcer) – Lepuh (blister) di tapak tangan dan kaki
Langkah2 pencegahan untuk mengelak anak dari dijangkiti adalah : – Menjaga kebersihan diri dan anak2. Selalu cuci tangan tu – Ibu bapa dapatkan rawatan segera untuk anak. Jangan bawa ke tempat jagaan anak pula kalau dah tau anak demam atau ada ruam/lepuh . Kang anak orang lain dijangkiti – Pusat jagaan kanak2 buat pembersihan pembersihan permis dan saring anak2 yang masuk ke premis tiap hari.
Kes HFMD tengah meningkatlah kat Malaysia sekarang ni. Terkejut saya masa buat laporan wabak kebangsaan sebelum raya haritu. Tu pun sebelum raya tau.
Ni masa raya anak berjumpa dengan ramai orang, ada kemungkinan HFMD atau penyakit lain boleh merebak lagi. Jadi ibu bapa pantau keadaan dan kesihatan anak2 ya. Pusat jagaan kanak2 pun kena peka. #drizzarshares
Penyakit Jilatan Jin, Gatalnya Sedap Bila Digaru. Lepas 24 Jam Tak Baik, Doktor Nasihat Buat Ini! Pernah atau tidak anda berdepan dengan masalah ruam kemerahan yang berbintik-bintik atau bertompok kecil di kawasan tertentu.
Ada kalanya rasa gatal yang menyucuk menyebabkan gatal tangan untuk menggarunya. Makin lama digaru makin sedap sampai tidak sedar boleh mencederakan diri.
Ada macam-macam nama untuk menyebut penyakit ini. Dalam perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan memberitahu penyakit jilatan jin atau ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik.
PENYAKIT JILATAN JIN
Ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik. Nama-nama yang biasa digunakan selain daripada jilat/ludah jin adalah: ◾B. Melayu: gegata, kelopak garam ◾B. Inggeris: wheals, hives ◾Perubatan: urticaria
Alahan adalah reaksi tubuh terhadap allergen, atau bahan alah yang merangsang tubuh menghasilkan histamine. Histamin inilah yang menghasilkan gejala-gejalan alahan.
Gejala alahan yang lazim adalah urticaria, diikuti dengan semput, bengkak dan pengsan akibat tekanan darah rendah.
Urticaria selalunya ruam yang timbul dan leper (bintat), berwarna kemerah-merahan, dan gatal. Gatalnya selalu digambarkan sebagai merenyam atau miang, dan sedap bila digaru.
Jika alahan tidak serius, urticaria akan hilang sendiri dalam masa 24 jam, namun jika ragu-ragu anda digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Rawatan urticaria: ◾Antihistamine (hilangkan gatal) — Contoh: chlorpheniramine, cetirizine, loratadine — Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi ◾Losyen/krim (hilangkan kerengsaan) — Contoh: calamine, pramoxine — Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi ◾Steroid pil atau suntikan (jika alahan teruk) — Contoh: prednisolone, betamethasone — Perlukan preskripsi doktor
Jika alahan kerap berulang dan alergen tidak dapat dikenalpasti, doktor mungkin merujuk anda kepada pakar kulit untuk ujian alergi untuk mengenal pasti punca alergi.
Mengenal pasti alergen bukan perkara mudah kerana setiap orang alah kepada benda berlainan, mungkin sesuatu yang dimakan, dihidu, bersentuh dengan kulit/mukosa, sengatan haiwan, sinaran matahari atau suhu sejuk.
Doktor pakar akan cadangkan ubat sesuai dengan keadaan pesakit. Walaupun urticaria ini digelar jilat/ludah jin, ia bukan akibat perbuatan jin. Ia berlaku akibat kita terdedah kepada alergen. Mungkin kita kena ubah namanya kepada jilat/ludah alergen.
Semoga bermanfaat! Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan #notakesihatandrkamarul
Viral semalam apabila laman sosial Facebook Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) melaporkan kematian seorang doktor disebabkan beban kerja terlalu penat dan letih.
Selain dikatakan kekurangan kekurangan masa untuk beristirahat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.
Kematian Dr Ali Noor Hassan yang juga ali SPJM menjadi tumpuan netizen yang disifatkan sebagai wira negara dalam berdepan pandemik ini. Allahyarham dikatakan hampir setahun bertungkus lumus menangani wabak ini bersama frontliner lain.
Namun begitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.
Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit lain.
“Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.
Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, Dr Ali dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.
“Allahyarham Dr Ali telah pulang ke pangkuan Ilahi lewat malam kelmarin (Isnin). Takziah buat ahli keluarganya,” katanya.
Menyifatkan Dr Ali sebagai pegawai perubatan yang amat disenangi oleh rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat, beliau menyeru semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes kematian itu bagi menghormati jenazah dan ahli keluarga.
“Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya lagi.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.