Siapa yang tidak mengenali bayi yang mencipta fenomena tersendiri, Ainul Mardhiah.
Dia yang kini berusia tiga tahun sebelum ini menghidap Germ Cell Tumor sejak dilahirkan.
Kisahnya juga turut perhatian pelatih pakar bedah warganegara Malaysia di London, Dr Nur Amalina Che Bakri yang mengambil inisiatif mengaturkan pembedahan di Hospital Kanak-Kanak London.
Misi murni tersebut terlaksana apabila Dr Amalina bersama pasukan diketuai Ketua Unit Kraniofasial, Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong berjaya membuang tumor terbabit pada 10 Jun 2019.
Bagaimanapun, tumor seberat 200 gram pada bahagian mulut yang dialami anak sulung kepada pasangan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaidi itu berjaya dibuang.
Walaupunkini Ainul Mrdhiah menunjukkan perkembangan positif dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Bapanya, Ahmad Safiuddin berkongsi salah satu kesan daripada pembedahan yang dialami permata hatinya. Dikatakan, Ainul tidak dapat menggerakkan bahagian kanan mukanya.
“Saya nak share sikit kesan major operation Ainul di UK dahulu. Jika kita perhatikan muka Ainul, tampak bengkak sebelah kanan pipinya. Saya rasa, ini sahaja komplikasi pembedahan. Mukanya di sebelah kanannya tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan saraf-saraf tidak dapat disambung semula.
Ads
“Saraf-sarafnya ketika itu memang sangat halus. Umurnya pada waktu itu baru lapan bulan. Jadi memang agak mustahil pakar dapat menyambungkan seperti asal. Dan memang itulah komplikasinya, kata pakar, “tulis Ahmad Safiuddin baru-baru ini di laman Instagramnya.
Selain itu, beliau juga berkongsi apabila Ainul senyum atau ketawa jelas kelihatan pipi sebelah kanan tidak bergerak. Hanya sebelah kiri muka sahaja berfungsi dengan baik.
“Begitu juga kalau Ainul menangis. Biasanya kita kalau menangis mata akan tertutup rapat. Tapi, Ainul menangis mata kirinya sahaja dapat ditutup. Mata kanannya terbuka,” ujar bapa kepada dua orang anak.
Selain itu, Ahmad Saifudin juga mengimbau saat awal Ainul dibedah. Katanya muka sebelah bengkak. Namun begitu, kini beliau bersyukur apabila bengkak tersebut semakin surut.
Ads
“Tapi apa pun, kami tetap bersyukur dan ini hanyalah masalah kecil. InshaAllah apabila Ainul dah besar, kami akan rujuk pakar pembedahan plastik untuk buat reconstruction jika perlu.
“Sebenarnya sebulan yang lalu kami sudah jumpa pakar pembedahan plastik berkenaan saraf mukanya yang rosak (damage). Doktor menyatakan Ainul masih kecil. Budak kecil sel-sel dan saraf baru akan tumbuh setiap hari.
“Jadi, berkemungkinan muka disebelah kanan Ainul boleh pulih sendiri. Mungkin. Sebab kanak-kanak bukan seperti orang dewasa. Kanak-kanak punya pemulihan (recovery) sangat pantas,” kata Ahmad Safiuddin yang telah mendapatkan konsultasi pakar.
Dalam pada itu, beliau juga memberitahu sekiranya pemulihan saraf tidak terjadi apabila Ainul berusia lebih 12 tahun atau mengganggu perkembangan, beliau merancang untuk membawa Ainul menjalani pembedahan plastik.
Ads
“Andai kata apabila sudah besar keadaan sebelah kanan muka masih sama, pembedahan plastik boleh dilakukan. Tapi, bukanlah dalam masa terdekat. Mungkin tunggu Ainul berusia 12 tahun dan ke atas. Tapi jika perkara ini mengganggu proses percakapan, pembelajaran dan pemakanannya, mungkin pembedahan akan diawalkan.
“Pakar menasihati, biarlah Ainul main dulu. Dia sudah banyak struggle pada awal kelahiran. Biar Ainul rehat. Asalkan dia aktif, boleh makan, boleh bermain, maka leave her alone,” kongsi Ahmad Safiuddin.
Seperti yang kita tahu ramai mangsa yang térbabit dalam pasca banjir terkandas kali ini terutama di kawasan Shah Alam, Meru dan Klang kini berada di pusat pemulihan.
Walau bagaimanapun, bagi yang masih berada di kawasan selamat turut diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan bersedia jika hujan turun berterusan selama beberapa hari.
Jadi ada beberapa perkara perlu kita diambli kira dalam menghadapi persediaan awal bagi menghadapi bencana kali ini.
Perkongsian Public Health Malaysia turut mengingatkan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk hadapi bencana ini terutama sekali jika terpaksa ke pusat perpindahan sementara.
Kredit Pic: Sinar Harian
Standby! Kita tak tahu bila bencana akan berlaku. Ini juga keperluan jika mangsa perlu dipindahkan ke pusat pemidahan sementara.
Semasa bencana, komunikasi sangat penting. Pastikan ada powerbank yang telah di charge.
Masih ingat dengan penyanyi wanita, Waheeda Wassini yang sekian lama menyepi dari industri hiburan?
Haaa.. rupanya Waheeda masih belum melupakan minatnya dalam bidang muzik. Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, Waheeda sebenarnya masih bergiat aktif dalam dunia seni yang diminatinya.
Lama Waheeda Wassini Menyepi, Rupanya Masih Aktif Dalam Dunia Seni
Menerusi sebuah video yang tular di laman TikTok, rata-rata warganet meluahkan kerinduan terhadap penyanyi muslimah ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mula mengimbau semula kenangan ketika zaman Waheeda begitu popular dengan kecantikan dan keayuaan dirinya dalam berpakaian dan bertudung.
Terdahulu menerusi sebuah laporan berita, wanita yang berusia 45 tahun itu akui sukar untuk menjauhkan dirinya dari seni muzik, namun dia memilih untuk berhijrah setelah mendirikan rumah tangga.
“Niat asalnya, saya ingin meletakkan noktah dalam dunia nyanyian. Namun dalam diri saya, saya rasa tak boleh (berhenti).
“Pendapat saya, ini adalah kerja Allah, walau macam mana pun saya menolak, ia tetap kembali,” kata Waheeda yang menikahi penyanyi nasyid, Akhil Hayy.
“Saya sebenarnya pemuzik di hati. Lima tahun saya dihantar ke kelas muzik, sampai sekarang, tetap muzik dalam hati saya. Muzik tidak salah kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia.
“Namun, saya meletakkan diri sebagai pemuzik, bukan penyanyi. Jadi, apabila anda pemuzik, anda tidak akan berhenti.
Seperti kita tahu selebriti yang juga pernah dinobatkan Miss Word Malaysia 2008, Dr. Soo Wincci kini berada di Sepanyol bagi menghabiskan pengajian PhD keduanya dalam bidang Artistik Produksi di University of Polytechnic di sana.
Berada di negara berkenaan dalam situasi pandemia Covid-19 ini turut memberi cabaran hebat buat beliau dalam meneruskan pengajianya.
Menurut Dr. Soo Wincci ketika dihubungi oleh Nona, Sepanyol sedang menjalani lockdown dan kes jangkitan COVID-19 di sana cecah 10 ribu kes setiap hari.
“Di bumi Sepenyol ini masih lockdown. Situasi di sini agak buruk dengan kes harian yang mencapai lima angka.
“Bila tak boleh keluar rumah, aktiviti saya di sini terbatas dan apa yang boleh saya buat adalah masak, menulis, belajar dan tulis lagu.
“Sebagai seorang yang sedang menyiapkan PhD, saya menghadapi cabaran apabila terpaksa menjalani online class. Belajar secara atas talian ini membuat kerja menjadi dua kali ganda.
“Bayangkan ketika membuat PhD pertama dulu pun memang susah, ini pula dengan cabaran situasi yang tak dijangka ini. Menyiapkan projek PhD dalam bidang muzik dan artistik bukan mudah. Perlu banyak berbincang dengan guru.
“Tambahan pula semuanya dalam bahasa Sepanyol. Namun, semua cabaran ini saya anggap hanya ujian untuk mengejar impian saya,” tutur Dr. Soo Wincci tentang cabaran PhD keduanya.
Tambah Dr. Soo Wincci, melalui situasi begini sendirian di Sepanyol kadang-kala membuatkan semangatnya ‘tergelincir’.
“Banyak kali juga saya putus asa dan balik Malaysia. Tapi saya faham setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Saya perlu pulihkan semangat kembali untuk habiskan pengajian ini.
“Saya terpaksa menunggu selama 10 tahun untuk belajar di Berklee College of Music di Valencia kampus Sepanyol ini.
“Kolej ini merupakan impian semua ahli muzik untuk masuk belajar, tak kan saya nak berhenti separuh jalan,” ucap Dr. Soo Wincci yang dijadualkan pulang ke Malaysia bulan April nanti.