Umumnya kita mempunyai kumpulan darah jenis O, A, AB. Bagi kebanyakan penduduk dunia, kumpulan darah jenis positif paling mudah ditemui kerana ramai memiliknya. Namun bagi individu yang darahnya jenis agak rare iaitu susah ditemui, biasanya mereka ini memiliki darah jenis negetif.

Untuk pengetahuan, darah ganjil atau sukar ditemui (rare blood) merupakan kumpulan darah penuh yang tidak mempunyai apa-apa antigen dan antibodi.

Kumpulan darah ini dikategorikan sebagai darah negatif (-) dan berbeza daripada kumpulan darah biasa iaitu positif.

Dikongsi dari fb Tabung Darah Hospital Umum Sarawak, pihak hospital mengucapkan terima kasih kepada penderma darah ganjil (A Negatif), Cik Nurhafizza binti Osman yang telah mendermakan darah beliau di Blood Bank Hospital Umum Sarawak pada 20 Julai 2022.

Gadis Miliki Darah Ganjil Jenis A Negetif,  Kumpulan Darah Rare Yang Jarang Ditemui
Cik Nurhafizza binti Osman yang telah mendermakan darah beliau di Blood Bank Hospital Umum Sarawak
Gadis Miliki Darah Ganjil Jenis A Negetif,  Kumpulan Darah Rare Yang Jarang Ditemui
Kumpulan darah rare ini amat sukar ditemui

Darah rare ini pada gadis ini mula dikesan pada 16 September 2019 di Petra Jaya.

IKLAN

“Selamat pagi semua. Hari ini kita amat bertuah menerima seorang lagi Penderma Darah Ganjil (negatif) iaitu Cik Nurhafizza Osman.

“Mula menderma pada 16 September 2019 Di Pasaraya Mydin Petra Jaya sekadar ingin mencuba sahaja.

IKLAN

“Namun selepas Itu beliau diminta untuk menghadirkan ke Tabung Darah dan dimaklumkan bahawa beliau adalah penderma yang berdarah ganjil dan kekerapan menderma hanya atas panggilan sahaja,” menurut perkongsian itu.

Tambah mereka lagi, diharapkan  sumbangan yang diberikan ini, dapat memberi cetusan inspirasi kepada anda di luar sana yang berkeinginan untuk menderma darah, bagi menyokong kelangsungan kehidupan kepada orang lain.

IKLAN

“Anda Wira kami” tulis mereka.

Untuk info, bagi mereka yang memiliki darah jenis rare begini boleh mendermankan darah kepada kumpulan mana pun namun jika mereka ditimpa musibah, mereka hanya boleh menerima darah dari kumpulan yang sama sahaja.

Selain itu:  Siti Nordiana Kongsi Rahsia Pemakanan Sihatnya, Patutlah Awet Muda

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI