Muscle woman photo created by tirachardz - www.freepik.com

Jika anda melakukan plank setiap hari, ini 7 perkara hebat yang akan berlaku!

1. Meningkatkan Kekuatan Teras Badan

Plank merupakan senaman ideal untuk anda memperkuatkan otot abdomen dan ia sekali gus menstabilkan kekuatan teras badan. Antara otot yang diperkuatkan di bahagian abdomen ialah tranverse abdominus, rectus abdominus, external oblique muscles dan glutes.

2. Merendahkan Risiko Kecederaan Belakang

Senaman plank juga mampu menguatkan otot di bahagian belakang. Ia menguatkan otot badan sekali gus bahagian tulang belakang dan pinggul juga boleh dilindungi daripada kecederaan luar. Menurut American Council on Exercise, melakukan plank setiap hari bukan sahaja boleh mengurangkan sakit belakang malah ia memberikan sokongan kuat kepada bahagian tersebut.

IKLAN

3. Memperbaiki Postur Badan

Ramai orang yang mengambil remeh akan postur badan. Tahukah anda postur badan ketika anda berdiri merupakan salah satu first impression kepada orang lain. Selain itu, kedudukan postur yang betul juga boleh memastikan tulang dan sendi anda lebih sihat. Ia juga mengurangkan tekanan yang tak elok kepada badan anda.

Kelebihan Senaman Planking Setiap Hari, Antaranya Bentuk Badan Jadi Lebih Menarik!
Fit woman photo created by drobotdean – www.freepik.com

4. Meningkatkan Metabolisme

IKLAN

Jika anda melakukan plank setiap hari pastinya merasa perubahan dalam masa singkat. Otot yang anda bina dengan melakukan plank memastikan segala kalori yang anda makan dapat dibakar dengan sempurna. Melakukan plank kira-kira 2 ke 10 minit sehari mampu meningkatkan kadar metabolisme anda!

5. Keseimbangan Lebih Sempurna

Pernahkah anda cuba berdiri dengan sebelah kaki? Jika anda tak dapat lakukannya lebih daripada 10 saat itu bermakna keseimbangan badan anda lemah. Jadi bagaimana untuk meningkatkan keseimbangan badan? Lakukan sahaja plank setiap hari. Ia akan melatih otot abdomen untuk memberi sokongan keseimbangan semasa anda berdiri.

IKLAN
Selain itu:  Wanita Ini Kongsi Cara Mudah & Berkesan Kecilkan Liang Pori Pada Wajah

6. Lebih Fleksibel

Selain memberi kekuatan otot abdomen dan badan, plank juga meningkatkan kemampuan fleksibiliti badan anda. Antara bahagian badan anda yang akan menjadi lebih fleksibel ialah bahu, tulang kipas dan tulang selangka. Manakala aktiviti regangan semasa plank boleh meningkatkan fleksibiliti bahagian kaki, peha dan juga badan.

7. Kesihatan Mental

Plan juga memberikan kesan secara tak langsung kepada sistem saraf. Dengan kesihatan sistem saraf yang baik, ia boleh meningkatkan kesihatan mental dan melegakan sebarang tekanan sama ada fizikal dan mental. Senaman plank juga mempunyai elemen ‘bertafakur’ yang boleh menenangkan fikiran anda.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI