Seperti yang kita maklum, penyanyi yang popular dengan lagu Diri Ku Tapak Sulaiman, Elyana yang sudah hampir 10 tahun menghidap kanser limfoma.
Namun sehingga hari ini Elyana masih bertahan menentang kanser dan bersyukur masih sihat. Walau pun begitu figura ini perlu banyak berehat kerana cepat berasa penat dan tidak boleh berjalan banyak.
“Memandangkan penyakit kanser saya sudah lama, sekarang kata doktor ia merebak ke beberapa organ badan seperti rahim, hati dan pangkal paha.
“Ketika dimasukkan ke hospital selama lima hari pada November lalu, walaupun saya dimaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan, tetapi didapati sel-sel itu sudah menyerang ke bahagian badan yang lain,” ujarnya.
Tangguh Rawatan Kemoterapi Kesihatan Tidak Mengizinkan
Menurut penjelasan Elyana seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, doktor mahu dirinya menjalankan rawatan kemoterapi secepat mungkin, namun sekarang terpaksa diangguhkan seketika kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
“Sekarang, saya pun masih hilang selera makan dan berat badan pula 41 kg. Dalam badan saya ketika ini tiada lemak, jadi bimbang juga kalau tak dapat menjalani rawatan itu dengan lancar,” terang Elyana yang akui tidak mempunyai selera makan sejak beberapa bulan lalu malah kini badannya semakin lemah.
Namun Elyana juga menyatakan dia perlukan masa untuk menguatkan badan terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan kimoterapi.
Rahsiakan Penyakit, Elyana Tidak Mahu Orang Bersimpati
Elyana dmengakui pada awalnya dia bukan sengaja mahu merahsiakan tentang penyakitnya, namun sebenarnya bersebab. Niat utama dia merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan umum adalah tidak mahu orang bersimpati dengan keadaannya.
“Awal-awal dulu memang saya cuba merahsiakan penyakit saya daripada orang lain sebab saya ingin jadi seperti Elyana yang dulu.
“Apabila saya dapat tahu ada kanser, saya rasa ia pengakhiran hidup. Perasaan saya bercampur-baur, ada rasa malu, rasa down dan tak boleh nak buat kerja serta lakukan aktiviti lasak lagi.
“Saya sebenarnya rasa takut bila orang tahu saya sakit, orang akan beri layanan berbeza. Saya tak nak perkara itu berlaku. Satu lagi perkara yang saya tak suka apabila setiap kali berjumpa, orang akan tanya dah sihat ke belum dan komen tentang bentuk tubuh saya.
“Perkara ini sangat sensitif pada saya. Walaupun saya tahu kadang-kadang orang yang bertanya tak bermaksud negatif, tetapi pesakit kanser ia amat sensitif.
“Oleh sebab itu menjadi tujuan utama saya untuk tidak berkongsi tentang penyakit saya dengan orang lain,” jelas Elyana lagi.
Bagi Elyana, antara hikmah daripada ujian penyakit kansernya ialah Allah menyedarkan dirinya agar lebih menghargai diri sendiri.
Selama ini, dia merasakan telah menjaga diri dengan baik sekali dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan tetapi sebenarnya dia tidak pernah menjaga perasaannya sendiri.
Setiap hari, dia alpa menjaga perasaan orang lain daripada menjaga perasaan sendiri. Tetapi setelah diuji sakit, Elyana lebih menjaga perasaan dan juga perasaan orang-orang tersayang.
Manakala, hikmah keduanya pula menjadikan dia lebih kuat dan mendidik dirinya menjadi insan yang lebih bersabar. Dia lebih selesa mengambil pendekatan take it easy dan insyallah Allah sentiasa ada membantu memudahkan kehidupannya kini.
“Saya pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kalau kita sentiasa berdoa pasti ada jalan penyembuhan yang Allah akan bagi.
Ads
“Oleh itu, kepada semua pesakit kanser di luar sana dan keluarga mereka, satu sahaja saya ingin pesan, jangan lupa support each other sebab pesakit kanser atau pesakit kronik perlukan sokongan insan tersayang.
“Sebenarnya enjoylah kehidupan ini sebab segalanya telah berlaku dan tiada apa yang dapat kita patah balik atau meratapi. Kita sememangnya tak mampu untuk melawan takdir. Apa yang boleh kita buat, teruskan kehidupan dan pandang ke hadapan.
“Jangan lupa berdoa dan berusaha melakukan ‘proses penyembuhan. Jika anda buat kimoterapi atau radioterapi, jangan lupa minum air banyak-banyak dan jangan lupa makan sebab badan kita perlukan tenaga dan stamina untuk melawan segala penyakit,” ujarnya yang berharap anda semua dapat mendoakan Elyana dan keluarganya mendapat penyembuhan daripada Allah SWT.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 9, dan mengambil seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun.
Abah ajar guna masker beras rahsia Ziana Zain kekal cantik walau usia dah 55 tahun. Penampilan selebriti ini setiap kali muncul di khalayak memang begitu menarik perhatian.
Bukan saja sentiasa kelihatan fit dan bertenaga, malah kejelitaan wajahnya juga turut terserlah biarpun usianya kini mencecah 55 tahun.
Tidak dinafikan dari dulu sampai sekarang penyanyi yang terkenal lagu Madah Berhelah, Ziana Zain ini begitu menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.
Sia sangka dalam usia mencecah lebih 50 tahun, penampilan Ziana Zain masih kekal cantik, langsing, seperti tidak dimakan usia.
Dalam satu perkongsian melalui majalah Intred dulu, Ziana pernah berkongsi rahsia kecantikannya yang lebih senang memilih petua tradisional untuk menjaga penampilannya. Antaranya yang dikongsi
1. Amalkan jus segar seperti timun & epal hijau setiap pagi
Selalu amalkan setiap pagi minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, akan ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti.
Tengah hari dan malam, biasanya jarang ambil nasi, cukuplah sayur- sayuran atau lauk.
2. Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, lari keliling rumah
Paling penting, peredaran darah perlu lancar. Badan mesti aktif. Kalau tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Akan lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting.
3. Tak pernah sentuh ais
Salah satu petua lain pula ialah dia juga tidak pernah menyentuh ais melainkan terlalu teringin. Selalunya, memang jaranglah. Mungkin untuk menjaga suara.
4. Abah yang ajar cara untuk menjaga wajah
Ziana Zain juga menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Terima kasih kepada Abah yang dari dulu selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan. Bab ini memang amat berdisiplin. Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan.
5. Abah ajar buat masker muka & buat minyak kepala sendiri
Antara petua Abah yang sampai sekarang diingati ialah masker muka. Caranya, rendam beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Tempekkan pada muka.
Rambut pula, kalau dulu, Abah masak minyak kelapa sendiri. Kemudian, Abah campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan ke kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut.
Untuk pengetahuan, Ziana Zain yang juga kini berstatus ibu tunggal yang kini membesarkan empat orang anak-anaknya, hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suaminya.
Siapa sangka kecacatan yang dialami tidak mematahkan semangat untuk menempa nama di peringkat antarabangsa.
Malah menjadi pendorong kuat untuk terus berjaya seterusnya membuka mata dunia bahawa mereka yang cacat juga boleh melakar impian masing-masing.
Bagi Victoria Salcedo, 23 tahun, berasal dari Guayaquil, Ecuador menempa sejarah apabila berjaya melayakkan diri menjadi salah seorang finalis pertandingan Miss Ecuador 2021.
Jika menang, dia bakal mewakili negara berkenaan ke pertandingan Miss Universe 2021 yang dikatakan akan berlangsung penghujung tahun.
Victoria yang juga seorang pelajar hilang kedua belah tangan dan sebelah kaki dalam insiden renjatan elektrik ketika berusia 5 tahun.
Sejak daripada itu, kehidupannya berubah 100% dan dia tidak mampu hidup seperti gadis normal tetapi ia sedikitpun langsung tidak mematahkan semangat Victoria untuk terus maju ke depan.
Biarpun dikategoikan sebagai orang kurang upaya (OKU) disebabkan kecacatan kekal dialami, namun tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kehidupan dan memburu impian.
Malah dia yang sangat berpengaruh di media sosial juga turut menyampaikan mesej di medium sosial agar masyarakat lebih bersikap memahami.
Dia yang juga pelajar dalam bidang kewartawan berkata insiden berlaku bukan penghalang untuknya mengejar impian.