Bila mula diet, perkara paling seronok bila tengok jarum atau penunjuk digital pada alat penimbang menunjukkan perubahan atau penurunan. Tapi ada sesetengah daripada kita yang dah buat macam-macam tapi tidak membuahkan hasil.

Pastinya perkara itu membuatkan diri sedikit rasa kurang bermotivasi untuk teruskan usaha diet yang dilakukan, lantas kekal dengan berat badan yang berlebihan.

Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, CSOWM, FAND, Pengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Dunia, Herbalife Nutrition ada 5 petua untuk anda yang mengalami masalah seumpama ini.

Memandangkan situasi kembali normal setelah dua tahun berada di rumah, ramai orang sama ada baru memulakan atau memulakan semula perjalanan penurunan berat badan untuk mencapai matlamat kesihatan mereka. Namun, sama seperti mana-mana perjalanan hidup yang lain, sudah pasti ada cabaran yang mungkin sukar diatasi, seperti tiada perkembangan dalam penurunan berat badan.

Dah Diet Macam-macam Berat Macam Statik, Bangkit Kembali Dengan 5 Cara Ni!
Susan Bowerman, Senior Director, Worldwide Nutrition Education and Training, Herbalife Nutrition

Jika penurunan berat badan anda telah terhenti, mari baca lima petua terbaik saya untuk membantu anda mencapai matlamat dalam menurunkan berat badan serta mengelakkan perkembangan mendatar.

Salah satu bahagian yang lebih mengecewakan adalah perkembangan mendatar dalam penurunan berat badan yang tidak dapat dielakkan. Segalanya kelihatan berjalan lancar, tetapi tiba-tiba, tidak kira apa jua yang anda lakukan, anda mendapati jarum penimbang berat tidak berganjak. Apabila perkembangan mingguan anda telah terhenti, anda telah mengalami ‘perkembangan mendatar dalam penurunan berat’ dan kebanyakan orang yang berdiet berpendapat kekurangan perkembangan teramat menyakitkan hati. Apabila anda mengurangkan kalori, badan anda memberi reaksi seolah-olah tiada lagi makanan masuk ke badan. Maka, badan anda lakukan perkara yang telah diaturkan: menyimpan kalori tersimpan dengan merendahkan kadar pembakaran kalori. Kadar metabolisme badan anda iaitu kalori yang dibakar setiap hari hanya untuk memastikan badan anda berfungsi, telah menurun sedikit. Penurunan tidaklah besar (10% paling banyak), tetapi kebiasaannya mencukupi untuk menyekat penurunan berat badan anda. Tiba-tiba, anda berasa terkandas dalam perkembangan mendatar yang digeruni.

IKLAN

Kadar metabolisme rehat anda ditentukan oleh saiz badan anda dan kadar ini mempengaruhi kebanyakan kadar pembakaran kalori setiap hari. Maka, memang masuk akal apabila berat anda menurun, kadar metabolisme anda turut menurun.

Dah Diet Macam-macam Berat Macam Statik, Bangkit Kembali Dengan 5 Cara Ni!

Untuk terus menurunkan berat pada kadar yang sama, anda perlu sama ada mengurangkan lagi pengambilan kalori atau banyakkan bersenam. Ataupun, terimalah bahawa kadar penurunan berat anda akan menjadi perlahan apabila anda kian menghampiri matlamat. Di bawah ini terdapat beberapa petua untuk membantu anda mengatasinya:

  1. Gunakan diari makanan untuk mengawasi pengambilan kalori

Mungkin anda menjadi lebih berwaspada apabila mula berdiet, dengan menimbang dan mengukur semua yang anda makan, tetapi mungkin ukuran anda tidak tepat seperti dulu. Kalau anda lebih konsisten dengan diari anda, ia boleh membantu menghentikan perkembangan mendatar dan kembali menurunkan berat.

IKLAN

Dah Diet Macam-macam Berat Macam Statik, Bangkit Kembali Dengan 5 Cara Ni!

  1. Minum protein shake

Gantikan dua sajian setiap hari dengan satu protein shake agar anda tidak melebihi had kalori. Apabila membuat protein shake, anda tahu bahan sebenar yang memasuki badan dan berapa banyak kalori yang terkandung dalam serbuk protein, susu dan buah. Ini dapat mengelakkan tekaan dalam kiraan kalori. Gantikan dua sajian dalam sehari dengan protein shake, makan makanan sihat untuk sajian ketiga serta banyakkan snek makanan protein yang kurang lemak, sayur dan buah.

  1. Kurangkan makan di luar

Mungkin ini sukar dilakukan, tetapi ini boleh mendatangkan perbezaan. Tidak kira betapa berwaspada anda berasa ketika mengunjungi restoran, kebiasaannya sukar untuk menganggarkan secara tepat berapa banyak kalori yang anda sedang makan. Selalunya sukar untuk mengetahui cara sebenar makanan disediakan. Lemak dan kalori tambahan selalu menanti. Jika anda makan di luar lebih kerap daripada kebiasaan, cuba kurangkan selama beberapa minggu untuk lihat jika cara ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan semula.

IKLAN
  1. Tingkatkan latihan kardio dan kekuatan

Apabila anda membina otot, kadar metabolisme rehat anda bertambah. Jika anda telah lama bersenam, badan anda mungkin berada dalam keadaan yang lebih baik. Itu bermaksud jika anda tidak menambahkan intensiti senaman, anda mungkin tidak akan membakar kalori sebanyak seperti dulu. Tambahkan pergerakan baru dalam rutin senaman anda, tambahkan intensiti dan angkat berat.

Dah Diet Macam-macam Berat Macam Statik, Bangkit Kembali Dengan 5 Cara Ni!

  1. Periksa komposisi badan

Anggap yang anda sebenarnya mungkin telah mencapai berat yang sepatutnya. Jika boleh, periksa komposisi badan anda. Otot adalah lebih padat dan mengambil kurang ruang berbanding lemak badan. Jadi, jika otot anda lebih banyak berbanding orang biasa, mungkin peratusan lemak badan anda dalam julat yang normal, walaupun berat anda lebih tinggi daripada yang anda andaikan. Jika begitu, anda mungkin tiada lagi berat untuk diturunkan.