Bila mula diet, perkara paling seronok bila tengok jarum atau penunjuk digital pada alat penimbang menunjukkan perubahan atau penurunan. Tapi ada sesetengah daripada kita yang dah buat macam-macam tapi tidak membuahkan hasil.
Pastinya perkara itu membuatkan diri sedikit rasa kurang bermotivasi untuk teruskan usaha diet yang dilakukan, lantas kekal dengan berat badan yang berlebihan.
Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, CSOWM, FAND, Pengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Dunia, Herbalife Nutrition ada 5 petua untuk anda yang mengalami masalah seumpama ini.
Memandangkan situasi kembali normal setelah dua tahun berada di rumah, ramai orang sama ada baru memulakan atau memulakan semula perjalanan penurunan berat badan untuk mencapai matlamat kesihatan mereka. Namun, sama seperti mana-mana perjalanan hidup yang lain, sudah pasti ada cabaran yang mungkin sukar diatasi, seperti tiada perkembangan dalam penurunan berat badan.
Susan Bowerman, Senior Director, Worldwide Nutrition Education and Training, Herbalife Nutrition
Jika penurunan berat badan anda telah terhenti, mari baca lima petua terbaik saya untuk membantu anda mencapai matlamat dalam menurunkan berat badan serta mengelakkan perkembangan mendatar.
Ads
Salah satu bahagian yang lebih mengecewakan adalah perkembangan mendatar dalam penurunan berat badan yang tidak dapat dielakkan. Segalanya kelihatan berjalan lancar, tetapi tiba-tiba, tidak kira apa jua yang anda lakukan, anda mendapati jarum penimbang berat tidak berganjak. Apabila perkembangan mingguan anda telah terhenti, anda telah mengalami ‘perkembangan mendatar dalam penurunan berat’ dan kebanyakan orang yang berdiet berpendapat kekurangan perkembangan teramat menyakitkan hati. Apabila anda mengurangkan kalori, badan anda memberi reaksi seolah-olah tiada lagi makanan masuk ke badan. Maka, badan anda lakukan perkara yang telah diaturkan: menyimpan kalori tersimpan dengan merendahkan kadar pembakaran kalori. Kadar metabolisme badan anda iaitu kalori yang dibakar setiap hari hanya untuk memastikan badan anda berfungsi, telah menurun sedikit. Penurunan tidaklah besar (10% paling banyak), tetapi kebiasaannya mencukupi untuk menyekat penurunan berat badan anda. Tiba-tiba, anda berasa terkandas dalam perkembangan mendatar yang digeruni.
Kadar metabolisme rehat anda ditentukan oleh saiz badan anda dan kadar ini mempengaruhi kebanyakan kadar pembakaran kalori setiap hari. Maka, memang masuk akal apabila berat anda menurun, kadar metabolisme anda turut menurun.
Untuk terus menurunkan berat pada kadar yang sama, anda perlu sama ada mengurangkan lagi pengambilan kalori atau banyakkan bersenam. Ataupun, terimalah bahawa kadar penurunan berat anda akan menjadi perlahan apabila anda kian menghampiri matlamat. Di bawah ini terdapat beberapa petua untuk membantu anda mengatasinya:
Ads
Gunakan diari makanan untuk mengawasi pengambilan kalori
Mungkin anda menjadi lebih berwaspada apabila mula berdiet, dengan menimbang dan mengukur semua yang anda makan, tetapi mungkin ukuran anda tidak tepat seperti dulu. Kalau anda lebih konsisten dengan diari anda, ia boleh membantu menghentikan perkembangan mendatar dan kembali menurunkan berat.
Minum protein shake
Gantikan dua sajian setiap hari dengan satu protein shake agar anda tidak melebihi had kalori. Apabila membuat protein shake, anda tahu bahan sebenar yang memasuki badan dan berapa banyak kalori yang terkandung dalam serbuk protein, susu dan buah. Ini dapat mengelakkan tekaan dalam kiraan kalori. Gantikan dua sajian dalam sehari dengan protein shake, makan makanan sihat untuk sajian ketiga serta banyakkan snek makanan protein yang kurang lemak, sayur dan buah.
Kurangkan makan di luar
Mungkin ini sukar dilakukan, tetapi ini boleh mendatangkan perbezaan. Tidak kira betapa berwaspada anda berasa ketika mengunjungi restoran, kebiasaannya sukar untuk menganggarkan secara tepat berapa banyak kalori yang anda sedang makan. Selalunya sukar untuk mengetahui cara sebenar makanan disediakan. Lemak dan kalori tambahan selalu menanti. Jika anda makan di luar lebih kerap daripada kebiasaan, cuba kurangkan selama beberapa minggu untuk lihat jika cara ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan semula.
Ads
Tingkatkan latihan kardio dan kekuatan
Apabila anda membina otot, kadar metabolisme rehat anda bertambah. Jika anda telah lama bersenam, badan anda mungkin berada dalam keadaan yang lebih baik. Itu bermaksud jika anda tidak menambahkan intensiti senaman, anda mungkin tidak akan membakar kalori sebanyak seperti dulu. Tambahkan pergerakan baru dalam rutin senaman anda, tambahkan intensiti dan angkat berat.
Periksa komposisi badan
Anggap yang anda sebenarnya mungkin telah mencapai berat yang sepatutnya. Jika boleh, periksa komposisi badan anda. Otot adalah lebih padat dan mengambil kurang ruang berbanding lemak badan. Jadi, jika otot anda lebih banyak berbanding orang biasa, mungkin peratusan lemak badan anda dalam julat yang normal, walaupun berat anda lebih tinggi daripada yang anda andaikan. Jika begitu, anda mungkin tiada lagi berat untuk diturunkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Oleh kerana sering mengikuti page di media sosial Diet Suku-Suku Separuh memberi kesedaran kepadanya untuk menurunkan berat badan cara lebih sihat.
Setelah lima bulan melakukan diet, wanita ini akhirnya berjaya meleyapkan hingga 18 kg berat badan berbanding sebelum ini.
Malah dia juga kini sudah boleh menukar size baru dari 42 kepada 36 saja. Bukan itu saja badan juga jadi ringan dan lebih penting dapat dukung anak tanpa rasa penat.
Ayuh ikuti perkongsian sahabat Diet Suku-Suku Separuh, Siti Farah yang mengamalkan cara lebih sihat.
Terima kasih sangat2 group ni SBB menyedarkan saya. Best rupanya diet ini. Bila follow dsss ni..
Alhamdulillah ada sedikit perubahan sepanjang 5bulan ++ .Ada penurunan Dari weight Dan banyak jugak fat/inch loss.
Sebelum
Seluar Dari saiz 42 sekarang dah tukar ke 36 now dah rasa longgar Sikit 36 Pon. Syukur Alhamdulillah badan Pon Rasa ringan sangat.
Bila berjalan dah boleh dukung anak kecik. Dulu memang kalau boleh tak mahu dukung anak sambil jalan Sebab memang tak larat,penat, dan mengah bila jalan..
Banyak lagi nak kena buang lemak ini. Moga saya dan kita semua yang sedang berjuang terus bersemangat untuk terus sihat
Ada perubahan
Edit post: – Senaman yang hari-hari saya buat Zumba,skipping,brisk walk – Pagi, petang kadang-kadang Malam Pon buat sekejap – Makan memang follow dsss ini kadang-kadang eat clean,Ada Hari kelaut jugak kadang-kadang – Air Manis memang cut terus, air yang ada caffeine pun memang tak ambik langsung – Ini saja yang saya amalkan. Jangan fokus dekat loss weight tapi fokus dekat inch/fat loss – Yang penting Jangan stress-stress. Diet santai dann enjoy ja..nak makan apa makan saja ikut calories badan masing-masing ok..
Maintain badan langsing dan berwajah cantik, Salina Salibi yang terkenal dalam drama Gerak Khas sebagai seorang polis rajin pasang badan.
Bukan biasa-biasa bila dia kongsi saiz pinggangnya bersain 26 inci, dengan berstatus isteri dan ibu kepada dua anak, ini cukup menarik untuk ketahui apa rutin penjagaan tubuh badannya.
Nak-nak pula umurnya sudah masuk 41 tahun, memang bertuah. Jom ketahui rahsia Salina dapatkan pinggang yang ramping.
Salina Salibi Rajin Pakai Bengkung
Bagi mendapatkan saiz pinggang seperti itu, Salina mendedahkan dia sering memakai bengkung sepanjang hari dan setiap hari. Kongsinya lagi, bengkung tidak boleh dipakai begitu saja tanpa menyesuaikannya dengan saiz badan kita.
“Antara tip yang boleh saya amalkan dalam memilih bengkung, kena tahu bengkung yang sesuai dengan saiz badan kita. Jangan sampai terlalu terseksa dan sampai tak bernafas.”
Untuk Salina sendiri, bengkung pilihan yang selesa dan menjadi kegemarannya adalah bengkung jenis pinggang. Katanya bengkung jenis ini lebih selesa untuk kita bergerak, tak buatkan perut menjadi senak dan menampakkan garis-garis bengkung apabila memakai baju.
Owh ya, Salina pakai bengkung sekurang-kurangnya lapan jam sehari tau untuk dapatkan pinggang yang ramping dan tampil langsing.
Jadi, kalau rasa nak pinggang ramping macam ini, anda kena lah rajin pakai bengkung selalu. Bukan setakat pakai lepas bersalin, tetapi amalkan setiap hari.
Rezeki pelakon Puteri Sarah Liyana, banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah dan menganggap ini adalah sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah suci adalah tempat terbaik untuknya muhasabah diri.
Kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, umrah boleh dilaksanakan beberapa kali oleh semua umat Islam sekiranya mempunyai peluang dan rezeki dijemput ke sana.
Tanah Suci Tempat Terbaik Puteri Sarah Bertenang
Tulisnya di Instagram, “Ramai yang tanya kenapa asyik pergi umrah je ? Berapa kali pergi umrah? Takde limit pun. This is my rezeki. This is my healing place sambil beribadah dan muhasabah diri sendiri.
“In sha Allah, siapa yang baca ni Sarah doakan semoga anda semua dijemput ke rumah Allah juga.”
Bacakan Kiriman Doa Depan Kaabah
Pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu juga memaklumkan, sempat membaca kiriman doa peminat di hadapan Kaabah selain turut memohon agar dirinya dijemput sekali lagi ke Tanah Suci bagi menunaikan haji pada masa akan datang.
“Alhamdulillah doa-doa yang anda semua mesej langsung (DM) atau WhatsApp saya sudah bacakan di depan Kaabah.
“Ya Allah panggilah hambaMu yang lemah, hina ini untuk kembali ke sini menunaikan umrah atau haji dengan takdir kekuasaanMu.
“Aku yakin jika Engkau berkehendak maka tidak ada satu pun yang boleh menghalangnya,” tulisnya panjang lebar.
Januari lalu, Puteri Sarah dan dua orang cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5, bersama-sama menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.