Semakin cantik dan sopan dengan penampilan terkini, pelakon wanita, Lana Nordin kini jadi perhatian ramai selepas berhijrah kepada fasa yang lebih ‘manis’ dipandang.
Lana Nordin Bahagia Dengan Cara Hidup Sekarang
Menurut perkongsiannya di ruangan hiburan Kosmo!, dia kini lebih bahagia apabila suaminya yang juga pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie semakin mendalami agama Islam.
Apa yang menarik dikongsikan Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 42, selepas sembilan tahun berkahwin, suaminya sangat disiplin dalam ibadah solat termasuk tidak pernah meninggalkan solat Jumaat.
Bukan itu sahaja, David juga selalu akan mengejutkan Lana untuk solat subuh walaupun dia sedang berada di luar negara.
“Selama berkahwin perubahan paling ketara dalam diri suami adalah daripada susah solat sekarang menjadi mudah solat.
Ads
“Dia juga sangat tepati waktu dan disiplin serta tidak pernah gagal ke masjid untuk solat Jumaat. Jika dia ada pertandingan di luar negara, dia akan hubungi saya untuk memastikan isterinya bangun solat subuh.
“Kami saling mengingatkan antara satu sama lain tentang solat. Pada saya ini adalah kebahagian tetapi saya jarang berkongsi perkara sebegini kerana bimbang penyakit ain,” ujar Lana.
Tambah Lana, suaminya mudah untuk menerima ajaran agama Islam kerana sebelum berkahwin dia pernah menetap di Abu Dhabi, selama tujuh tahun.
Bahkan suaminya kini juga mengikuti kelas mengaji Iqra bersama-sama anak sulungnya.
Ads
“Setiap Ahad selama dua jam saya memang jemput ustaz dan ustazah yang merupakan pasangan suami isteri untuk mengajar anak dan suami mengaji bermula daripada Iqra.
“Satu jam mengaji dan satu jam lagi untuk kelas agama. Saya pun tidak sempurna dan pandai, jadi apa sahaja kemusykilan akan ditanya terus jadi suami lebih mudah faham,” kata Lana.
Suami Banyak Berubah Ke Arah Kebaikan
Selain itu kata Lana, anak sulungnya, Gua Quinn, 9, juga sudah melakukan ibadah solat cukup lima waktu.
Ads
“Alhamdulillah, sekarang anak saya cukup solat lima waktu dan akan marah jika tidak solat berjemaah bersama daddy.
“Sekarang saya dalam proses mengajar suami menjadi imam dalam solat. Walaupun hanya pandai baca surah al-Fatiha dan tidak tahu surah-surah lain pada saya itu sudah memadai.
“Saya gembira dengan perubahan dia sebab cabaran paling besar untuk saya adalah membimbing suami sebab saya sendiri tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipelajari,” tutur Lana yang kini sibuk dengan perniagaan makanannya, Lana’s Bakery Land.
Untuk rekod, Lana dan David atau nama Islamnya, Mohd. Daud mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015 dan suaminya itu memeluk Islam setahun sebelum mereka berkahwin.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Gia Quinn McKienzie, 9 , dan William Daud McKienzie, 6.
Cuba jadikan rutin harian, Abby Abadi dilihat rajin bersenam bersama anak lelakinya, Danish Hakimi dan hasilnya nampak lebih muda dari umur sebenarnya. Sangat terinspirasi untuk kita turunkan berat badan sama.
Abby Abadi Bersenam
Tulisnya menerusi kapsyen Instagram, “Kita ada target. Nak kurangkan berat badan untuk jaga kesihatan. Nak sihat, shantik, nak sekecil burung kedidi, kena exercise, kena jaga makan, kena buang toksin dalam badan, kena detox dengan Berryfull.”
Malah penyanyi dan pelakon wanita itu turut mengajak sesiapa yang berdekatan sekitar Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Taman Melawati dan Ampang untuk berzumba bersama. Nekad nak buang 10kg lagi, katanya.
Raikan Hasilnya Selepas Gigih Bersenam
Namun terbaru, Abby ada berkongsi gambarnya terkini yang kelihatan lebih kurus daripada sebelum ini. Wajahnya juga nampak awet muda.
Tulisnya, “Meraikan kemenangan berjaya kurus sikit. Nak teruskan usaha untuk sikit lagi. Doakan tau! Tak nak ‘dobokkk’ dah. Insaf!
“Tengok gambar-gambar 2-4 bulan sebelum ini, buruk sungguh rasa. Kali ini kita kumpul biar korang tengok sendiri. Seriuss jomlah insaf bersama.”
Haa.. ketara bukan? Nak slim dan kulit cantik memang kena usaha keras, ya. Nak-nak kalau kita hampir masuk umur 40an, kena jaga makan dan keluarkan peluh setiap hari walau sekejap.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat pada penampilannya yang sentiasa bergerak aktif dan lincah bagaikan tidak menduga rupanya sedang menghidap kesakitan.
Pelakon Singapura yang popular di Malaysia, Datuk Aaron Aziz mendedahkan dirinya kini sedang berjuang melawan kesakitan tumor yang dikatakan semakin membesar.
Menerusi satu video di laman Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan namun terikat dengan jadual kerja yang padat.
Dalam entri tersebut, Aaron turut memuat naik gambarnya dimasukkan ke dalam mesin MRI serta memaklumkan tumornya itu semakin membesar.
“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni.
“Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,”
Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendaoakan agar pelakon itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
elvinamohamad Get well soon abang. Semoga dipermudahkan..
Pada penghujung kapsyen pula, dia turut meletakkan #cervicalspondylosis iaitu penyakit pada bahagian tulang leher dan #schwannoma iaitu sejenis tumor saraf yang terbentuk di dalam sistem saraf.
Terdahulu, media pernah melaporkan Aaron mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian leher sejak sembilan tahun lalu sehingga terpaksa keluar masuk hospital namun tetap bekerja keras demi keluarga.
Kita doakan semoga segala urusan Aaron Aziz dipermudahkan dan kembali sihat seperti sebelumnya.
Tidak dinafikan, bukan mudah untuk seseorang itu menurunkan berat badan. Walaupun hanya sedikit penurunan berlaku tetapi memberi kegembiraan atas usaha dilakukan sebelum itu.
Apatah lagi jika usia masih muda, dan tidak mahu berterusan menanggung berat badan berlebihan.
Seperti perkongsian Siti Aishah melalui Grup Diet Suku-Suku Separuh, memberitahu bagaimana dia berjaya menurunkan berat sehingga 11 kg hanya dalam masa 2 bulan.
Berkat disipln dengan amalan dilakukan, wanita ini akhirnya berjaya mendapat berat ideal diimpikan.
Bukan itu sahaja, jika sebelum ini ketika berat badan berlebihan mengalami sakit kaki dan lutut, tetapi kini badannya rasa lebih sihat dan mudah untuknya melakukan kerja rumah terutama senang dalam melakukan ibadah.