Semakin cantik dan sopan dengan penampilan terkini, pelakon wanita, Lana Nordin kini jadi perhatian ramai selepas berhijrah kepada fasa yang lebih ‘manis’ dipandang.
Lana Nordin Bahagia Dengan Cara Hidup Sekarang
Menurut perkongsiannya di ruangan hiburan Kosmo!, dia kini lebih bahagia apabila suaminya yang juga pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie semakin mendalami agama Islam.
Apa yang menarik dikongsikan Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 42, selepas sembilan tahun berkahwin, suaminya sangat disiplin dalam ibadah solat termasuk tidak pernah meninggalkan solat Jumaat.
Bukan itu sahaja, David juga selalu akan mengejutkan Lana untuk solat subuh walaupun dia sedang berada di luar negara.
“Selama berkahwin perubahan paling ketara dalam diri suami adalah daripada susah solat sekarang menjadi mudah solat.
“Dia juga sangat tepati waktu dan disiplin serta tidak pernah gagal ke masjid untuk solat Jumaat. Jika dia ada pertandingan di luar negara, dia akan hubungi saya untuk memastikan isterinya bangun solat subuh.
Ads
“Kami saling mengingatkan antara satu sama lain tentang solat. Pada saya ini adalah kebahagian tetapi saya jarang berkongsi perkara sebegini kerana bimbang penyakit ain,” ujar Lana.
Tambah Lana, suaminya mudah untuk menerima ajaran agama Islam kerana sebelum berkahwin dia pernah menetap di Abu Dhabi, selama tujuh tahun.
Bahkan suaminya kini juga mengikuti kelas mengaji Iqra bersama-sama anak sulungnya.
“Setiap Ahad selama dua jam saya memang jemput ustaz dan ustazah yang merupakan pasangan suami isteri untuk mengajar anak dan suami mengaji bermula daripada Iqra.
Ads
“Satu jam mengaji dan satu jam lagi untuk kelas agama. Saya pun tidak sempurna dan pandai, jadi apa sahaja kemusykilan akan ditanya terus jadi suami lebih mudah faham,” kata Lana.
Suami Banyak Berubah Ke Arah Kebaikan
Selain itu kata Lana, anak sulungnya, Gua Quinn, 9, juga sudah melakukan ibadah solat cukup lima waktu.
Ads
“Alhamdulillah, sekarang anak saya cukup solat lima waktu dan akan marah jika tidak solat berjemaah bersama daddy.
“Sekarang saya dalam proses mengajar suami menjadi imam dalam solat. Walaupun hanya pandai baca surah al-Fatiha dan tidak tahu surah-surah lain pada saya itu sudah memadai.
“Saya gembira dengan perubahan dia sebab cabaran paling besar untuk saya adalah membimbing suami sebab saya sendiri tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipelajari,” tutur Lana yang kini sibuk dengan perniagaan makanannya, Lana’s Bakery Land.
Untuk rekod, Lana dan David atau nama Islamnya, Mohd. Daud mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015 dan suaminya itu memeluk Islam setahun sebelum mereka berkahwin.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Gia Quinn McKienzie, 9 , dan William Daud McKienzie, 6.
Pernah ditegur tentang rupa paras tak menarik, pengacara televisyen, Fiza Sabjahan tidak patah semangat dan mengabaikan segala kata-kata negatif yang dilemparkan itu.
Usaha dan keyakinan itu akhirnya membuahkan hasil apabila Fiza atau Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 42, berjaya meletakkan namanya di tahap ini.
Fiza Sabjahan Pernah Ditegur Rupa Paras Tak Cantik
Malah, dia kini menyimpan hasrat untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu sebagai pelapis. “Masa mula-mula saya menceburkan diri dalam bidang pengacaraan, saya buat program besar. Pada waktu itu ada orang= yang merasakan saya tidak cukup cantik untuk mengemudikan program tersebut.
“Tapi ada ramai individu (yang dikenali termasuk bos) yang hari ini berkata kepada saya, kita bekerja kerana bakat.
Mereka cakap percaya pada rezeki Allah, satu hari nanti orang nampak bakat kita.
“Jadi saya terus berusaha dan buat kerja cuba jadi sebaik mungkin. Saya berharap dapat melahirkan generasi pelapis yang lebih bagus daripada kami (pengacara) yang sedia ada sekarang ini,” katanya lagi.
Fiza bagaimanapun berjaya membuktikan bakat dan kemampuan dirinya apabila dinobatkan sebagai Pengacara TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2024 baru- baru ini.
Siapkan Diri Jadi Lebih Menarik
Dalam pada itu, Fiza berpendapat untuk menjadi seorang personaliti televisyen, mereka perlu mengeluarkan belanja untuk persiapan diri agar lebih berketerampilan menarik.
Selain penampilan diri, seorang pengacara juga perlu mempunyai sikap yang baik dan menghormati orang sekeliling untuk kekal lama dalam industri penyiaran.
“‘Saya rasa penting untuk kita ada sedikit ‘belanja’ untuk kekal relevan dalam industri ini. Saya kira maintenance itu penting. Tak semestinya mahal, tapi kita perlu untuk letakkan diri kita dalam satu tempat.
“Penampilan itu dilihat secara keseluruhannya termasuk attitude juga. Kalau sentiasa kena menghormati orang lain walaupun ada rakan-rakan yang lain itu lebih muda tetapi perlu juga hormati mereka” ujarnya.
Cara Kekal Relavan
Kongsi Fiza, dia tidak mempunyai sebarang resipi kejayaan namun percaya usaha dalam melakukan yang terbaik dan berani untuk berubah membuatkan dirinya kekal relevan dalam dunia penyiaran.
“Saya tidak ada resipi tertentu untuk berjaya sebagai pengacara tetapi saya percaya dalam kita bekerja asalkan tidak menganiaya orang dan jalankan kerja sebaik mungkin insya-Allah semuanyadipermudahkan.
“Mungkin kita rasa sudah sedikit lama dalam industri tetapi tidak salah untuk kita belajar daripada orang baru kerana zaman sudah berubah.
“Penonton dan generasi juga sudah berubah. Jadi kalau saya nak tackle generasi baru, saya pun kena ubah diri saya juga,” katanya.
“Pada 2019, saya ada slipped disc dengan berat badan 85kg. Jadi, saya terpaksa turunkan berat sebab sudah terlampau sakit.
“Apabila buat pemeriksaan darah dan penyakit lain, doktor menasihati saya untuk mulakan penjagaan pemakanan. Alhamdulillah, saya tiada masalah darah tinggi dan kencing manis.
“Memandangkan saya memiliki rangka kecil, jadi kalau tidak buat apa-apa memang akan menjadi lebih teruk. Disebabkan itu saya berusaha. Mahu atau tidak dan sebab fikir kesihatan, saya buat secara perlahan-lahan. Bukan sebab nak cantik pun.
“Doktor memberi nasihat cara pemakanan yang sesuai dengan kumpulan darah saya. Saya ikut semua.
“Cuma tidak boleh buat senaman sebab slipped disc. Alhamdulillah sekarang berat kekal antara 48 hingga 50kg. Ia adalah berat asal saya dulu,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Shima, dalam tempoh enam bulan pertama, dia tidak mengambil nasi, gula dan hanya makan sayur-sayuran.
“Memang ‘sakit’ juga, tapi hasilnya berat saya turun daripada 85kg ke 75kg. Pada November tahun lalu berat saya sudah mencecah 48kg. Selepas itu, saya cuba kekalkan. Sekarang pun saya hanya gunakan gula merah. Makan nasi pun jarang dan jika ambil pun segenggam saja.
“Saya tak mampu sediakan makanan diet yang mahal. Saya hanya makan sayur, telur, ikan dan sumber protin lain.
“Saya nak sihat saja, tapi tidak ada jalan pintas. Ini pengalaman sendiri. Disiplin kena kuat. Semuanya saya masak di rumah sebab senang nak kawal,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya sekarang, Shima berkata, dia sudah tidak mengalami masalah sakit tumit dan lutut. Tetapi masih ada masalah slipped disc.
Dan ini antara menu diet yang disediakan oleh Shima sepanjang proses menurunkan berat badan.
Baru seminggu melahirkan anak keduanya, tetapi penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan tampil berseri-seri semasa majlis aqiqah, maulud dan tahnik anak keduanya semalam.
Selepas genap tujuh hari pada hari Isnin melahirkan, Siti dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sepakat memilih untuk menamakan putera kesayangan dengan nama Muhammad Afwa.
Siti memberitahu, Muhammad Afwa dipilih kerana nama itu membawa makna keampunan atau kemaafan.