Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet. Strict Jaga Makan & Rajin Ke Gym, Hasilnya Mantap! Semuanya bermula sewaktu zaman PKP dua tahun lalu. Ketika itu disebabkan aktiviti terhad, jadi berat badan semakin naik sehingga mencecah 100 kilogram.

Waktu itu Hisham Jejai Musa, sudah mula insaf untuk melakukan diet dan akhirnya berjaya turun sebanyak tiga kilogram.

Artikel Lain: ‘Nak Sihat Kenalah Strict Jaga Makan Minum’. Rahsia Penyanyi Azie Kekal Cantik & Awet Muda Diusia 45 Tahun!

Hajat untuk menurunkan lebih lagi kilogram agak terbatas dengan pelbagai alasan. Namun itu semua bukan alasan untuk terus melakukan diet sebenarnya bagi mengurangkan berat badan.

Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet

Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet. Strict Jaga Makan & Rajin Ke Gym, Hasilnya Mantap!
masa kat sabah.. baju yang sama.. tak letak mana-mana pic ni

Memulakan diet pada 17 Jun lalu dan nekad melakukannya hingga betul-betul jadi. Ini kerana sebelum itu dia kecewa gambar ketika bercuti di Sabah semuanya nampak tidak cantik dan memuaskan hati.

IKLAN

Biarpun dihiasi dengan background dan view sudah cantik tetapi gambar subjek (dirinya) kelihatan tidak cantik. Malah dia tidak sanggup untuknya posting di mana-mana media sosial.

Ketika memulakan diet beratnya sekitar 97 kilogram dan sehingga hari ini dia sudah berjaya mengurangkan sehingga 15 kilogram menjadikan beratnya sekitar 82 kilogram.

Artikel Lain: Genetik Punca Lambat Kurus. Fasha Sandha Nekad Tak Sentuh Nasi 2 Minggu & Workout, Hasilnya Berat Turun!

IKLAN

Strict Jaga Makan & Rajin Ke Gym, Hasilnya Mantap

Namun begitu tidak berpuas hati dengan penurunan itu, dia masih lagi dalam target untuk sampai ke angka 70 kilogram.

Tidak lokek berkongsi tip berjaya turunkan 15 kilogram dalam empat bulan ini dengan kebanyakan ilmu diet yang dipelajari melalui grup diet suku-suku separuh.

IKLAN

Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet. Strict Jaga Makan & Rajin Ke Gym, Hasilnya Mantap!

Antara tip diperoleh:
1. Sedut ilmu-ilmu dalam grup ini dan hadamkan
2. Korbankan rutin yang biasa kita buat. Contoh: makan bertambah kurangkan, minum manis kurangkan.
3. Selain pemakanan yang betul. Petang-petang abang ke gym.. malam lepas Maghrib.. abang berjalan 5km. Ya abg jalan jaa. Tak larat ceq aii. Lagipun kaki sakitt nak lari..
*ok tu jaa laa.. nanti dah dapat 70kg abg up lagi..la abg cuti diet.. sebab abg ada kat oversea.. balik ni sambung

Artikel Lain: Tolak Air Manis, Minuman Bergas & Rajin Workout. Cara Pantas Yazmin Aziz Hilang 8KG Dalam Sebulan