Mempunyai berat badan berlebihan sehingga mencecah lebih 90 KG menyebabkan dirinya cepat mengah dan sukar untuk melakukan urusan ibadah.
Dia mengakui proses mengandung untuk mendapatkan anak selepas 9 tahun berkahwin menyebabkan dia kemudiannya mengalami masalah berat badan mendadak.
Bukan itu sahaja pelbagai lagi penyakit lain datang menyerang seperti kencing manis dan darah tinggi serta menanggung sakit belakang yang keterlaluan.
Tidak mahu berterusan menanggung sakit begitu, akhirnya wanita ini Fauziah Ahmad, 43 tahun, mengambil keputusan untuk melakukan prosedur pembedahan bariatrik pada tahun 2018 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Gambar sebelum
Doktor Saran Lakukan Bariatrik
“Sebelum ini saya memang mengalami masalah gerd akibat pertambahan berat badan yang berlebihan. Apabila bertemu doktor, dia menyarankan untuk saya melakukan prosedur ini.
“Tujuannya bukan untuk cantik dan kurus semata-mata, tetapi lebih kepada mahu mengubah gaya hidup sihat.
“Alhamdulillah sepanjang proses melakukan kaedah ini tidak mengalami sebarang risiko membahayakan. Cuma ada alami masalah darah beku di kaki, sedikit pendarahan dan ada bahagian stapler yang terbuka.
“Tetapi risikonya sangat rendah dan semua ini doktor yang beritahu selepas pembedahan. Alhamdulillah saya tidak alami kesan teruk selepas lakukan pembedahan berkenaan. Inilah yang doktor akan beritahu kepada semua pesakit yang melakukan prosedur bariatrik ini,” ujarnya yang berjaya mengurangkan berat sebelum iaitu 98Kg kepada 70KG.
Gambar sebelum.
Tiada Lagi Alami Masalah Kesihatan
Menurutnya lagi, kos bagi prosedur yang dilakukan lebih RM30 ribu tetapi berbaloi kerana tidak lagi mengalami masalah kesihatan dan berpeluang untuk mengamalkan gaya hidup sihat selepas itu.
Tambah Fauziah, doktor hanya membuang 75 peratus kantung perut dan proses dilakukan tidak mengambil masa lama.
Dia juga sangat gembira dengan perubahan yang berlaku selepas pembedahan kerana mengakui tidak lagi mengalami masalah kencing manis, darah tinggi dan sakit belakang juga turut hilang.
Ads
“Namun begitu, untuk kekal dengan berat yang ada kita juga perlu menjaga diet dengan setiasa mengamalkan pengambilan diet seimbang.
“Jika sebelum ini tidak suka bersenam, tetapi lepas mendapat berat ideal, saya rajin mengamalkan senaman ringan untuk membantu badan jadi lebih fit dan bertenaga.
“Bagi mereka yang ada masalah berat badan berlebihan, boleh cuba kaedah ini untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang akan menganggu kehidupan kita sebelum itu.
Ads
“Tetapi perlu ingat bariatrik bukan jalan pintas untuk kurus. Untuk kekalkan apa yang kita sudah buat, usaha perlu ada juga contoh dengan menukar cara hidup dan pemakanan.
Keluarga yang banyak beri sokongan.
“Selain itu, senaman juga perlu dilakukan untuk kekal sihat dan terus fit. Buatlah senaman yang kita mampu buat asalkan boleh keluarkan peluh dan tidak membahayakan diri.
“Paling penting kena juga jaga pemakanan dengan diet lebih seimbang,” tambahnya yang menolak tanggapan orang bahawa prosedur bariatrik dilakukan bukanlah kurus sebab potong perut tetapi lebih kepada mengamalkan gaya hidup sihat.
Ada kalanya kalau salah makan akan menyebabkan badan masuk angin hingga menyebabkan kita jadi tidak selesa.
Salah satu cara untuk hilangkan angin dalam badan adalah dengan menggunakan bahan dapur terutama penggunaan bawang putih.
Menurut perkongsian Aisyah Kadar Bajrai angın akan keluar berdas-das dalam badan apabila makan bawang putih ini.
Berdas Angin Keluar Guna Petua Bawang Putih
Siapa dalam badan banyak angin. Korang boleh try petua Aisyah share malam ni. Kita guna 4 bahan jek.
Petua ni dah la senang nak buat, rasa dia pun sedap sangat. Yang best, kalau dalam badan banyak angin, bila makan bawang putih ni berdas-das angin keluar.
Ok jom tengok cara buat bawang putih ni.
PETUA BUANG ANGIN
Bahan-bahan;
– bawang putih (dibuang kulit)
– lada hitam ( ditumbuk kasar)
– sedikit garam
– minyak zaitun light ( memang untuk goreng)
Caranya ;
Goreng bawang putih sampai lembut. Pastu masukkan garam dan lada hitam.
Bawang putih ni paling sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Lepas makan bawang putih ni, angin memang non stop keluar. Lega naa rasa perut. Badan pun rasa ringan.
Setiap orang pastinya punya impian untuk kekal awet muda, sihat dan bertenaga walaupun usia sudah bertambah.
Tidak perlu menggunakan produk kosmetik mahal sebaliknya hanya mengamalkan minum jus pelbagai campuran buah-buahan dan sayuran.
Dengan mengamalkan pengambilan secara konsisten dapat membantu sebagai anti penuan kala usia menjengah 30-an.
Siapa yang tidak mahu sihat dan muda sentiasa? Pastinya perkongsian sebegini begitu manfaat untuk diri sendiri dan keluarga.
Memang tidak dinafikan buah-buahan dan sayur-sayuran ini memang banyak manfaatnya. Cuma bagi mereka yang sibuk pastinya, akan culas untuk makan makanan yang sihat.
Yang pasti, campuran buahan-buahan dan sayuran ini akan memberi manfaat kepada yang mengamalkannya.
Mudah sahaja. Kisar dan minum. Malah ada petua mengatakan, jika mahu mendapat lebih khasiat, minum segera dalam tempoh dua minit.
Amalkan minuman ini. Seminggu sekali sudah memadai untuk kesihatan diri. Minuman ini adalah untuk kurus, kulit cantik, mata cantik, kulit mulus dan halus, toksin keluar, darah lancar, penjagaan usus, tenaga zahir dan batin.
Untuk Kurus
Untuk Kulit Cantik
Untuk Buang Toksin
Untuk Darah Lancar
Untuk Tenaga
Untuk Buang Angin
Merawat Kulit Menggelupas Dan Untuk Rambut Cantik
Untuk Mata Cantik
Untuk Hilangkan ‘Eyebag’
Untuk Rawat Kulit Lebih Awet Muda
Untuk Wajah Berseri
Untuk Bantu Hilangkan Darah Tinggi
Untuk Kulit Tegang
Untuk Bibir Cantik
Untuk Kulit Cerah
Untuk Rawat Dalaman – Daun Belalai Gajah Dan Bukan Cili Api
Untuk Awet Muda
Untuk Segar Seharian
Kisar sahaja semua bahan dan boleh sejukkan dalam peti sejuk. Boleh buat stok untuk beberapa hari.
Pelbagai motivasi yang menjadikan seseoran itu berazam untuk memiliki tubuh yang langsing dengan berat ideal.
Tidak kira apa juga alasan, jadikan ia sebagai satu sebab nak kurus supaya lebih mudah untuk beribadah.
Namun begitu tidak ada jalan mudah untuk kurus, sebaliknya dengan menjaga pemakanan konsisten salah satu cara berjaya bagi mendapatkan berat badan yang konsisten.
Seperti perkongsian salah seorang sahabat Diet Suku-Suku Separuh, Muslaini Chin yang memberitahu berjaya kurangkan 4 kg setelah 4 minggu mencuba kaedah DSSS ini.
Turut berkongsi 12 menu yang membuatkan dirinya turun 4 kg dalam masa sebulan.