Proses untuk mendapatkan berat badan ideal untuk kesihatan diri memang memerlukan masa yang lama dan tidak mudah, tapi dengan tekad dan kesungguhan, sesuatu usaha itu pasti akan menghasilkan kejayaan.

Berkongsi journey untuk mengurangkan berat badan yang dari 82kg ke 60kg dalam masa tiga bulan memang bukan satu kerja yang mudah buat Siti Aishah Che Harif, tapi menurutnya perkara paling penting adalah konsisten dalam berdiet.

Tambahnya juga bila berjaya mengurangkan berat badan, beberapa masalah seperti kulit kusam, haid tidak teratur dan muka berjerawat hilang begitu sahaja, malah kulit menjadi lebih sihat dan badan juga lebih ringan untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian.

Ambil Masa 3 Bulan Wanita Ini Berjaya Tranformasi Diri. Bukan Je Dapat Berat Ideal, Kulit Pun Makin Sihat! Ambil Masa 3 Bulan Wanita Ini Berjaya Tranformasi Diri. Bukan Je Dapat Berat Ideal, Kulit Pun Makin Sihat!

Berjaya kurangkan berat badan dari 82kg ke 60kg dalam masa 3 bulan

Okey ni gambar sebagai pembakar semangat untuk awak semua yang tengah berdiet tu

Yess kita bila gemuk ramai yang hina and mengata tentang kita… confident level kita pun hilang dengan mulut toxic people kan

So anggaplah kata-kata diaorang tu jadi semangat and kehendak untuk kita diet

Olah caci maki tu kepada pembakar semangat

And satu lagi kalau kita diet jangan bagitahu orang

IKLAN

Ambil Masa 3 Bulan Wanita Ini Berjaya Tranformasi Diri. Bukan Je Dapat Berat Ideal, Kulit Pun Makin Sihat!

Biar mereka sendiri yang tegur perubahan kita!!

Why tak boleh bagitahu kita diet

1) akan ada yang cakap

“alah tak payah diet laa bukan kurus pun”

(Semangat akan hilang kalau awak jenis yang mental tak kuat)

2) alaaaaa gemuk dah cantik

IKLAN

Kita pun (selesa) diet pun tak jadi

Kalau boleh diet jangan sebab orang diet sebab diri kita sendiri insyaAllah akan menjadi

82kg-60kg dalam masa 3bulan lebih2 je

Konsisten adalah kunci

Muka berseri tu lepas kurus Sebab badan kurang toxic

Selain itu:  Berkongsi Tarikh Lahir Sama, Elfira Loy & Anzalna Nasir Kongsi Wajah & Nama Anak Kedua

Ambil Masa 3 Bulan Wanita Ini Berjaya Tranformasi Diri. Bukan Je Dapat Berat Ideal, Kulit Pun Makin Sihat!

IKLAN

Hai assalamualaikum

Sebenarnya diet ni tak susah pun kalau kita ada kehendak. Sis dari 82kg ke 60kg dalam masa 3bulan. Yang penting konsisten je percaya pada proses…

Sebelum lost weight:

  • Kulit hitam
  • Berjerawat
  • Period tak teratur

Selepas lostweight:

  • Badan rasa ringan
  • Muka tak ada jerawat
  • Kulit makin sihat

Sumber: Siti Aishah Che Harif

 

 

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI