Salah satu cara diet yang paling berkesan dan selamat adalah dengan mengamalkan Diet Suku-Suku Separuh (DSSS).

Walaupun perjalanannya sedikit lambat tetapi jika diamalkan secara konsisten tidak hairan anda boleh melenyapkan beberapa KG dalam masa beberapa bulan.

Seperti perkongsian wanita ini Siti Zubaidah yang hilang 8 KG hasil mengamalkan diet DSSS setelah melahirkan anak kedua secara pembedahan.

Mulakan diet hujung tahun lepas dan kini dia boleh tersenyum melihat perubahan badannya yang sudah kembali langsing. Kalau dulu berat sekitar 61 KG tetapi kini sudah 53 Kg dalam masa 6 bulan ini.

Berkongsi caranya dan juga makanan yang diambil sepanjang lakukan proses DSSS

Hilang 8 KG Lepas Amal Diet DSSS

Hai geng…orang yang sama, badan je dah lain. Start dsss hjg bln1/2021… Mula dengan jaga portion makan,berjoging..

Saya ini tak ada la gemuk mana..dulu masa anak 1 berat baru 45kg…Tapi lepas bersalin czer anak 2nd dulu tu..berat naik sikit-sikit…smpai la tahun 2020 hujung tahun itu macam eh rasa dah gemok..even ade je cakap tak gemuk la, ok la tu..ok apa..muka pon bulat oi..haha

Awal Januari tu rasa macam eh..kan slim jugak la..mesti kena semangt jugak buat dsss ni.. Now ini lah hasil nya

IKLAN

Dari pinggang 31″..sekarang 28″. Even BMI dah normal dengan ketinggian..tapi tetap nak capai target berat 48kg.. Lepas itu baru boleh maintain..

Tips tak ada tips..cuma jaga portion je,air manis memang tak amik..sebab sejenis tak suke minum air manis..bulan puasa hari tu memang tak sentuh manis langsung..sebab setiap dalam portion pemknn kite tu ada ada gula..

Masak apa semua macam biasa je..guna gula, garam dan perasa..cume portion makan je kurangkan..

IKLAN

 

Sekarang tak pergi joging sebab pkp…kita workout tabata je kat umah..

IKLAN

Kurus sebab nak lebih sihat dan bertenaga..sebab ada anak-anak dan suami nak kena urus,senang nak buat amalan….so kurus cantik tu bonus la

So ape tggu lgi…jom sama² kurus..jangan biar gemok tu lama-lama

#sukusukuseparuh
#sharingiscaring
#kurustanpaproduk
#53kg
#154cm

Artikel Berkaitan:

Berjaya Hilangkan 56 KG, Gadis Ini Dedah Rahsianya Amat Diet ‘Eat Clean’ & Suku-Suku Separuh

Capat Berat Ideal Sepantas 3 Minggu, Gadis Dedah Rahsia Hanya Amalkan Diet Atkins

Amal Diet Pisang, Cara Wanita Ini Turunkan Berat 42KG Hanya Dalam Tempoh 8 Bulan