Sebelum ini hanya membaca kisah mereka yang positif dijangkiti virus Covid-19 di paparan media sosial.

Sesekali terfikir kesakitan yang dialami sementelah seseorang itu mengalami tanda seperti demam berpanjangan, selesema serta batuk berkahak.

Walaupun mengamalkan SOP dan sangat berhati-hati, namun siapa sangka akhirnya diri sendiri menjadi mangsa jangkitan virus yang sangat merbahaya ini.

Demam On Off & Sesak Nafas

Bagi Elly Jalil, dia mula mengalami demam secara on off dan keadaan ketika itu memang badan rasa sejuk menggigil.

Bukan itu saja, dia juga turut mengalami rasa sesak nafas yang menyebabkan dirinya terbayang mati disebabkan virus ini.

Suami Isteri Positif Covid-19. 10 Hari Wanita Tahan Diri Peluk & Cium Anak Elak Jangkitan!

“Rasanya ini disebabkan masalah batuk dan kahak yang banyak dalam tekak. Saya juga turut merasakan susah untuk tidur malam. Sebelum ini bila saya tengok orang lain yang disahkan positif seperti demam dan batuk nampak macam biasa saja.

“Tetapi rupanya bila dah mengalami sendiri, masya-Allah betapa deritanya saat itu. Bagi saya, saya masih lagi sanggup sakit beranak daripada menjadi mangsa virus Covid-19 ini,” ujar Elly, salah seorang team Web Digital di Ideaktiv.

Menurut Elly lagi rasa sesak nafas seperti merasakan nafas kita pendek, mengah dan penatnya seperti baru berlari. Padahal baru saja jalan beberapa langkah.

IKLAN

Hanya Duduk Rumah Tapi…

Tambahnya, seperti orang lain dia juga sangat menjaga SOP dan hanya duduk rumah bagi mengelak jangkitan.

“Kalau ikutkan kami suami isteri memang tak ada pergi kemana-mana. Lagi-lagi dengan perlaksanaan PKP dan hanya ‘work form home’ dan duduk rumah saja. Cuma kami ada keluar beli barang keperluan harian.

“Tetapi sudah ditakdirkan saya dan suami turut dijangkiti virus ini. Mula-mula suami yang alami muntah dan cirit serta hilang selera makan. Jadi pada 16/6 dia buat swab test dan keputusan positif. Selepas suami dah buat swab test memang saya dan anak asingkan diri terus.

Selain itu:  Wanita Gembira Dapat Berat Ideal Tanpa Guna Produk. Kongsi Menu Diet Sihat Diamalkan!
Suami Isteri Positif Covid-19. 10 Hari Wanita Tahan Diri Peluk & Cium Anak Elak Jangkitan!
Terus asingkan diri dengan anak.

“Suami duduk bilik dekat atas. Masa ini memang saya dah start pakai mask 24 jam dalam rumah, sarung tangan, kerap sanitize rumah dan tak peluk atau cium anak.

“Waktu ini saya hanya mengalami simptom yang ringan seperti batuk dan selsema je. Masih larat nak jaga anak kami,” ceritanya yang turut mendapat panggilan untuk melakukan swab test pada 18/6 bersama dengan anak yang berusia 1 tahun 10 bulan di Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat.

“Pada 20/6, saya juga telah disahkan result positif. Alhamdulillah anak kami negatif. Bila dapat tahu saya positif 20/6, masa inilah simptom saya pula mula teruk. Batuk sesak nafas demam semua. Jadi saya dan suami membuat keputusan untuk duduk sekali jaga anak.

IKLAN

“Oleh sebab masing-masing tak larat jadi kena gilir-gilir jaga anak. Memang penat dan sakit tapi nasib baik anak macam memahami. Main sendiri, tidur sendiri dan dia juga dah tak menyusu badan,” kata Elly yang sepatutnya  menerima suntikan sehari selepas suami disahkan positif.

Syukur Akhirnya Bebas Jangkitan

Setelah hampir 10 hari kuarantin di rumah, dia dan suami akhirnya bersyukur bebas dari virus Covid-19. Namun saat berdepan situasi dijangkiti virus ini memberi pengalaman sangat berharga buat dirinya sekeluarga.

Suami Isteri Positif Covid-19. 10 Hari Wanita Tahan Diri Peluk & Cium Anak Elak Jangkitan!
Pengalaman yang sangat berharga dan berguna.

“Memang kena kuat fizikal and mental untuk hadapi sakit akibat virus Covid 19 ni. Macam saya alhamdulillah ada suami yang boleh bantu sama-sama jaga anak. Ada keluarga dan jiran-jiran yang baik hantarkan makanan dan bekalan ubat.

“Waktu ini memang kami sangat mementingkan keselamatan anak. Walaupun positif, tetapi saya sentiasa memakai mask di rumah, mandi dan cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelak anak dijangkiti. Alhamdulillah anak tidak dijangkiti virus yang saya kira sangat-sangat merbahaya dan boleh bawa maut.

Selain itu:  Elak Badan Rasa Tak Sihat, Amalkan Minum Segelas Jus Oren Setiap Pagi

“Oleh itu saya nak pesan jika tiada urusan duduk saja di rumah. Kalau boleh beli barang secara online. Ini bag mengelak diri dijangkiti virus yang boleh ada di mana-mana.

“Apatah lagi bagi yang belum menerima apa-apa suntikan vaksin sebagai perlindungan, jadi sentiasalah jaga SOP kendiri,” tambah Elly sebelum mengakhiri perbualan

IKLAN
Suami Isteri Positif Covid-19. 10 Hari Wanita Tahan Diri Peluk & Cium Anak Elak Jangkitan!
Antara suplemen diambil.

Tip Elak Anak Negatif:

1. Pakai mask dalam rumah 24 jam sehari

2. Kerap mandi and cuci tangan

3. Pastikan sanitize barang/mainan dalam rumah

4. Kurangkan sentuh anak seperti peluk dan cium

Suami Isteri Positif Covid-19. 10 Hari Wanita Tahan Diri Peluk & Cium Anak Elak Jangkitan!
Keperluan yang wajb ada ketika kuarantin.

Artikel Berkaitan:

Dapat Jangkitan Di Hospital, Nenek Elfira Loy Meninggal Dunia Lepas Disahkan Positif Covid-19

Sembuh Tapi Alami Komplikasi Batuk, Hidung Sumbat & Lendir Di Tekak. Gejala Long Covid Menakutkan Survivor!

“Covid Survivor Tak Payah Tunggu Lama…” Nabila Huda Selamat Terima Vaksin Lepas Sebulan Positif

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI