Selepas tercetus varian Delta, Lambda beberapa bulan lalu, kini muncul pula varian terbaru Covid-19 iaitu Omicron.

Varian ini nyata menggemparkan seluruh dunia dan pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan dikatakan memiliki gejala tidka jauh beza dengan virus lain.

Menurut Ketua Persatuan Perubatan Afrika Selatan, Dr Angelique Coetzee berkata, varian ini boleh merebak dengan lebih cepat berbanding varian lain seperti Delta.

Dr Angelique berkata, gejala umum yang boleh dialami pesakit adalah seperti keletihan dan sakit kepala namun ia hanya gejala ringan dan boleh dirawat di rumah.

“Pesakit mengadu mereka berasa letih selama satu atau dua hari. Gejala lain yang dihadapi adalah sakit kepala dan badan selain kerongkong.

“Mereka ini tidak mengalami batuk-batuk, tidak juga hilang deria bau dan rasa,” katanya ketika ditemu bual bersama BBC.

Gejala ini kata Dr Angelique menjelaskan bahawa simptom ditunjukkan varian ini tidak jauh beza dengan jangkitan virus normal.

IKLAN

Bagaimanapun kata Dr Angelique, meskipun tidak jauh beza dengan gejala Covid-19 yang lain tetapi apa membezakannya adalah ia memiliki tingkat mutasi lebih tinggi sehingga penularannya cepat meskipun dengan gejala ringan.

Lebih Bahaya Dari Varian Delta, Ini Info Perlu Tahu Mengenai Virus Omicron
Dr Angelique Coetzee.

Dr Angelique merupakan salah seorang doktor yang merawat pesakit dengan varian ini di Afrika Selatan.

Kemunculan varian baharu ini telah mendorong sejumlah negara mengambil langkah cepat dengan menyekat kemasukan perjalanan dari dan ke negara-negara di kawasan Afrika selain Eropah, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menyarankan agar setiap orang kembali patuh kepada protokol kesihatan seperti menjaga jarak satu meter, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

IKLAN

Ini kerana sudah banyak negara seperti di Eropah dan Amerika Syarikat mula melonggarkan protokol itu.

Selain itu:  Gosok Gigi Sebelum Atau Selepas Sarapan Pagi? Ini Yang Patut Kita Tahu!

Tidak hanya itu, WHO turut menyarankan agar meningkatkan ventilasi selain menghindari kawasan sesak selain segera mendapatkan vaksin.

Lebih Bahaya Dari Varian Delta, Ini Info Perlu Tahu Mengenai Virus Omicron

Info Ekstra:
Untuk virus COVID-Omicron baharu, terdapat:
-Tiada batuk
-Tak demam
-Banyak sahaja:
-Sakit sendi
-Sakit kepala
-Sakit leher
-Sakit pinggang atas
-Pneumonia
– Tiada selera

IKLAN

– Dikatakan juga COVID-Omicron adalah 5 kali lebih toksik daripada Delta dan mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi.
– Ia mengambil sedikit masa untuk melampau, dan kadangkala tiada gejala.
– Beberapa pesakit yang telah dirawat tidak mengalami demam atau sakit, tetapi melaporkan radang paru-paru dada ringan pada X-ray.
– Ujian swab hidung biasanya negatif untuk COVID-Omicron, dan terdapat semakin banyak negatif palsu daripada ujian nasofaring.
– Ini bermakna virus akan merebak dan merebak terus ke paru-paru, membawa kepada tekanan pernafasan akut yang disebabkan oleh radang paru-paru virus.
– Ini menjelaskan mengapa ia menjadi tajam, ganas dan maut.
– Sila berhati-hati, elakkan tempat yang sesak, jaga jarak 1.5m walaupun di tempat terbuka, pakai topeng dua lapis, pakai topeng, dan basuh tangan anda dengan kerap apabila semua orang asimtomatik (semasa batuk atau bersin).

Sumber: Mstar

Artikel Berkaitan:

Lepas Varian Delta, Virus Jenis Varian Mu Pula Patut Kita Takuti. Ini Fakta Lengkap Perlu Tahu!

Bersenam Di Luar Atau Gym, Pilihan Pakaian Penting. Mudahkan Pergerakan & Elak Cedera!

Kelebihan Minum Air Rebusan Kurma Cina, Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI