Sebelum ini pelakon Sweet Qismina telah disahkan positif Covid-19. Dan terbaru selebriti Nora Danish dan Tiz Zaqyah juga turut positif virus berkenaan.
Memaklumkan perkara ini di laman Instagram pelakon Tiz Zaqyah memberitahu dia menerima panggilan daripada Pusat Perubatan Subang Jaya yang memaklumkan berita duka itu.
“Pihak hospital menasihatkan saya supaya menjalani kuarantin di rumah buat masa ini sebelum tindakan selanjutnya. Doakan saya dan keluarga,” ujarnya.
Berkongsi simptom awal yang dialaminya, pelakon Covid Oh Covid itu mengalami simptom seperti batuk ringan dan menggigil selain terasa tidak sedap badan.
“Tolong lakukan ujian saringan sekiranya mengalami gejala seperti demam, selesema, bersin, batuk atau sakit kepala bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
“Jangan terlalu yakin kerana ada individu yang sama sekali tidak menunjukkan gejala,” katanya memberi pesanan.
Sebelum itu pula, Nora Danish juga turut memaklumkan dirinya terpaksa menangguhkan suntikan vaksin pertama di UKM, Bangi kerana turut positif Covid-19.
Jelas Nora, dia pada awalnya menjalani ujian calitan selepas menjadi kontak rapat dalam kategori C (kontak rapat kepada individu yang menjadi kontak rapat individu positif Covid-19).
“Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positif Covid-19 harini 9 Mei 2021. Semalam, Nora ada buat test sebab close contact kategori C.
“Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tak ada sebarang simptom.
“Sekarang Nora kuarantin sendiri di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR test jam 12 tengah hari tadi dan doakan untuk kami semua ye,” tulisnya menerusi Instagram.
Bukan setahun dua penyanyi dan pelakon ini berjuang dengan kanser yang dihidapi.
Tetapi lebih 10 tahun dirinya menderita kanser limfoma hingga mengakibatkan dia berdepan masalah setahun hilang berat badan, tumpah darah dan sebagainya.
Dan hari ini, penderitaan berakhir apabila Elyana memaklumkan dirinya kini bebas dan pulih daripada kanser limfoma yang dihadapi sesak 11 tahun lalu.
Perkhabaran itu dikongsi melalui laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan bersama doktor untuk tatapan umum.
Menurut Elyana, dia sentiasa menunggu detik bahagia ini selain tidak putus berdoa agar dirinya kembali sihat.
Sebaik muat naik posting, ramai rakan selebriti dan netizen turut mengucap syukur dengan perkembangan terbaru dirinya itu. Rata-rata terus memberikan kata-kata semangat pada Elyana untuk meneruskan kehidupan.
Siapa sangka pada mulanya hanya mengalami sakit kepala yang dianggap migraine biasa.
Tetapi apabila membuat pemeriksaan rupanya disahkan menghidap sakit buah pinggang.
Perkongsian di laman twitter @LuthfiMY bagaimana wanita ini yang mendedahkan bagaimana dia mengalami masalah buah pinggang tahap 5 hingga menyebabkan terpaksa menjalani rawatan di hospital.
Sebelum itu dia mengalami simptom seperti kerap kencing, kerap letih dan kadang-kadang sesak nafas.
Ayuh ikuti luahan perkongsiannya di laman sosial.
Bermula dengan SAKIT KEPALA YANG DIANGGAP MIGRAINE BIASA, sampai disahkan sakit buah pinggang tahap 5! Ayat “siapa sangka?” wajib diungkap oleh semua pesakit kan Perkongsian Adinda Syuhada buka mata orang ramai tentang Chronic Kidney Failure (CKD) penyakit dalam senyap
Elok je boleh berjoget, tapi siapa sangka. Jom baca, jangan suruh aku lukis. Ni aku kongsi pengalaman aku. Simptom-simptom yang terjadi pada aku adalah kerap kencing, selalu letih dan kadang-kadang jadi sesak nafas..
Sampai la satu haritu dia sakit kepala sampai kena lumpuh sebelah muka! scary! Nasib baik la bells palsy ini tak lumpuh selamanya. tapi teruk jugak lumpuh sebelah muka selama 2 minggu
Walaupun muka dah senget sebelah dia buat donno je sampai la kawan suruh ke klinik. Dari klinik la dia dapat reference ke hospital kerajaan. dekat hospital kerajaan kena buat macam-macam
Dia disahkan mengidap CKD & dimasukkan ke wad. Kesiannya, bukan mudah untuk terima hakikat kena sakit buah pinggang kronik pada usia yang muda.
Akhir sekali, dia diberi pilihan sama ada nak kena tebuk kat perut ataupun leher. bila kena CKD ni dah kena buat dialisis buah pinggang sepanjang hayat. Banyak pengajaran yang kita dapat daripada perkongsian pesakit CKD ni.
Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid.
Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid.
Seperti sebuah perkongsian Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad yang mengatakan hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan.
Terdapat dua jenis hormon tiroid iaitu tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3), yang masing-masing mewakili 99.9% dan 0.1% hormon tiroid.
Selepas dirembes keluar dari kelenjar tiroid, jumlah T4 yang banyak akan ditukarkan kepada T3, yang merupakan hormon yang paling aktif daripada segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan.
Gambar sekadar hiasan.
Isi Kandungan
PENYEBAB
Masalah tiroid boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan utama iaitu;
1. Masalah yang berpunca daripada fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal.
a) Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif).
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti penyakit graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan.
b) Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang aktif).
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis).
2. Masalah yang berpunca daripada struktur kelenjar tiroid itu sendiri.
a) Goiter
Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan suatu keadaan di mana kelenjar tiroid membengkak.
b) Nodul tiroid
Bermaksud terdapat ketulan yang abnormal di dalam kelenjar tiroid dan boleh disebabkan oleh ‘benign cysts’ dan ‘benign tumor’ serta jarang-jarang berlaku iaitu barah tiroid.
c) Barah tiroid adalah lebih banyak berlaku di kalangan wanita dewasa jika dibandingkan dengan lelaki ataupun remaja.
Terdapat beberapa jenis barah tiroid. Ia bergantung kepada jenis sel barah itu berasal.
GEJALA
Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan.
1. Tangan menggeletar (tremor)
2. Rasa gementar
3. Degupan jantung yang laju
4. Mudah berpeluh dan panas
5. Susut berat badan
6. Lesu dan cepat berasa letih
Gambar sekadar hiasan.
Hipotiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah.
Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti:
1. Lesu
2. Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
3. Kulit kering
4. Sembelit
5. Sentiasa berasa sejuk
6. Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita
Goiter merupakan pembengkakan pada kelenjar tiroid dan boleh mempunyai gejala-gejala hipertiroidsme, hipotiroidisme ataupun eutiroid (fungsi tiroid yang normal).
Nodul tiroid pula boleh terdapat satu nodul ataupun berbilang. Apabila nodul terlalu besar, ia boleh menekan struktur-struktur berhampiran dan boleh menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau suara menjadi kasar.
Barah tiroid terjadi apabila terdapat gejala-gejala seperti ketulan pada kelenjar tiroid, suara menjadi kasar, kesukaran bernafas atau menelan, noda-noda limfa yang membengkak di bahagian leher, batuk atau sakit tekak yang berterusan dan sakit pada leher yang berterusan.
KOMPLIKASI
Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut;
1. Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
2. Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
3. Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
4. Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
5. Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
6. Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.
Gambar sekadar hiasan.
Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut;
1. Masalah jantung seperti “atrial fibrillation” dan lemah jantung boleh terjadi akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.
2. Masalah tulang rapuh (osteoporosis) akibat gangguan ke atas metabolisme kalsium di dalam badan.
3. Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit grave di mana bola mata akan terbonjol, merah dan bengkak.
4. ‘Thyroid storm’- keadaan yg amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.
Goiter yang terlalu besar boleh menyebabkan masalah kesukaran bernafas atau menelan di samping masalah daripada segi kecantikan atau kosmetik.
Barah tiroid boleh berlaku semula walaupun selepas pembedahan membuang kelenjar tiroid dijalankan, lebih-lebih lagi dalam tempoh lima tahun selepas pembedahan.
Pemeriksaan dari semasa ke semasa perlu dilakukan bagi mengesan barah tiroid daripada berlaku semula. Barah tiroid yang berlaku semula boleh dirawat sepenuhnya.
RAWATAN
Masalah tiroid boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan. Ia bergantung kepada jenis masalah tiroid tersebut.
Bagi masalah hipotiroidisme, hormon tiroid boleh diganti dengan pengambilan pil sintetik hormon tiroid secara oral.
Bagi masalah hipertiroidisme, penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid dapat dikurangkan melalui ubat-ubatan yang diambil secara oral.
Bagi mengawal gejala-gejala yang disebabkan oleh hipertiroidisme seperti denyutan jantung yang laju, terdapat ubat-ubatan yang boleh diberi secara oral juga.
Jika masalah hipertiroidisme tidak dapat dikawal secara ubat-ubatan, rawatan ablasi radioaktif dapat digunakan untuk mematikan tisu kelenjar tiroid secara selektif.
Rawatan secara pembedahan adalah perlu bagi masalah tiroid yang terdapat kemungkinan merupakan barah tiroid.
Pembedahan juga boleh dijadikan sebagai rawatan jika goiter terlalu besar hingga menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau kesukaran untuk menelan juga untuk kes nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan yang tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan.
Memang masker avokado cukup sesuai untuk anda yang berkulit kering, sebab kesan pakainya buat kulit jadi bertambah lembut dan lembap macam pakai moisturizer.