Bagi mereka yang disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kurantin kendiri memang sangat digalakkkan untuk sentiasa memeriksa kesihatan diri terutama level oksigen menggunakan oximeter.
Jika paras di bawah 90, anda perlu segera pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Namun menjadi masalah jika mahu membawa ahli keluarga yang positif kerana bimbang turut dijangkiti.
Perkongsian Dr Hana Hadzrami memberi tip untuk membawa pesakit Covid-19 ke hospital dengan lebih selamat menggunakan kenderaan sendiri.
Menurutnya, anda perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang asas.
Ads
“Pertamanya pemandu perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang asas. Perlu memakai pelitup muka jenis N95 dan juga face shield (pelindung muka) dan juga menggunakan sarung tangan. Jika ada apron plastik ebih baik untuk anda memakainya.
“Manakala untuk pesakit Covid-19 pula tidak perlu memakai pakaian PPE sebaliknya hanya perlu memakai pelitup muka 3-ply surgical mask.
“Kedua amalkan penjarakan fizikal dalam kereta. Contohnya jika anda berada di seat pemandu,pesakit perlu berada di belakang berlawanan dengan kedudukan anda. Pastikan juga jarak anda sejauh mungkin dengan pesakit
“Ketiga, anda perlu pastikan pengaliran udara yang cukup dalam kereta. Elakkan guna penghawa dingin dan bukalah tingkap,” ujarnya dalam satu perkongsian video Tik Tok.
Ads
Tambahnya lagi, dengan membuka tingkap ketika kereta sedang bergerak, boleh mengurangkantransmisi virus lebih daripada 50 peratus.
“Jika anda memandu dengan kelajuan perlahán, anda boleh buka semua tingkap. Namun jika anda memandu laju atau tidak dapat membuat tingkap kerana hujan, anda boleh buka tingkap separuh iaitu tingkap berlawanan dengan tempat duduk penumpang.
“Pastikan tingkap dibuka secara diagonal berlawanan dengan anda dan juga pesakit. Anda juga perlu membuka tingkap setiap 10 minit dan separuh pun sudah cukup.
Ads
“Kemudian setelah balik ke rumah, mandi dan bersihkan diri serta jangan lupa untuk lap dan nyahkuman (bersihkan) kereta anda selepas itu,” katanya lagi.
Jadi bagi anda yang mahu membawa sendiri ahli keluarga yang positif, boleh ikut panduan diberikan Dr Hana Hadzrami memandangkan kos untuk perkhidmatan ambulance juga agak mahal terutama untuk pesakit Covid-19.
Masih muda tetapi Farisha Iris tak kedekut kongsi tip cantik yang dia amalkan dalam rutin hariannya kepada umum.
Pernah menjadi peserta Idola Kecil, Ceria Popstar dan Big Stage, Farisha mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya.
Farisha Iris Kongsi Tip Cantik, Umur 20-an Dah Boleh Mula
Yelah, ramai peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.
Haa… jom ‘gali’ rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris!
1. Rehat Yang Mencukupi
Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.
Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.
“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.
2. Ambil Air Secukupnya
Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.
Dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!
“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.
3. Sentiasa Berada Dalam Lingkungan Positif
Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.
Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.
Tapi Farisha juga rajin pakai mask ya, ini yang dia amalkan.
Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:
“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.
Jangan kata anak dara tak perlu jaga kulit wajah sebab masih muda ya, sebaiknya pembaca Rapi kena mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Barulah boleh maintain kulit berish tanpa cela biar pun umur dah meningkat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau anda mahu kecilkan liang pori guna kiub timun, ini salah satu cara paling jimat dan berkesan. Langsung tidak mengeringkan kulit, malah kiub ini bagus untuk anjalkan kulit dengan rasa fresh!
Menurut Puan Rosnani Ikan, memang ramai yang dah amalkan petua ni. Caranya mudah je, okay jom buat.
Kecilkan Liang Pori Guna Kiub Timun, Satu Bahan Pun Kulit Dah Cantik
Bahan utama :
Timun
Ini cara-caranya :
1. Kisar timun hingga hancur.
2. Masukkan terus hasil kisar/sagat timun tu dalam bekas ais cube.
3. Pastikan muka dah dibersihkan dahulu dari sebarang krim atau makeup.
3. Gosok timun yang dah beku tu diseluruh muka, fokus pada kawasan pori dan jerawat.
4. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering.
5. Bilas dengan air bersih.
Kelebihan kiub ais timun yang anda perlu tahu dan mesti kena cuba:
Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata.
Mencerahkan kulit.
Mengatasi masalah kulit berminyak.
Mengecilkan liang liang pori.
Merawat masalah kulit sensitif.
Merawat masalah kulit kering.
Mencegah penuaan kulit.
Getah timun membantu membersihkan kulit, memudarkan parut dan mengecutkan jerawat. Kandungan air yg tinggi dalam timun dapat bantu untuk kulit kekal lembap dan tegang. Kulit terbaik adalah kulit yg lembap, bukan terlalu berminyak mahupun terlalu kering.
Jadi lepas ini sila amalkan pakai kiub timun ini sahaja, sekurang-kuranya kulit tetap terjaga tanpa cela.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebiasaannya wanita lepas bersalin terutama secara pembedahan akan diingatkan untuk makan pelbagai petua pemakanan berkhasiat terutama untuk sembuhkan luka dalaman.
Salah satunya makan ikan haruan yang dikatakan dapat membantu sembuhkan luka dalaman dan juga luaran.
Walaupun dikatakan petua ini ada memberi hasil, tetapi perkongsian wanita ini NurSyafiqah Hanif berbeza yang baru 15 hari melahirkan anak keduanya melalui kaedah pembedahan.
Dia mengadu bahawa perutnya di bahagian kanan sakit dan dikatakan mempunyai masalah apendiks.
Apabila melakukan pembedahan, rupanya punca kepada sakit tersebut adalah dari ‘ikan’ yang dimakannya. Ayuh, ikuti perkongsiannya yang mengalami masalah ini setahun yang lalu.
Gambar sekadar hiasan.
Ovari Kena Buang Lepas Makan Ikan Haruan 15 Hari Bersalin
Bismillah dpat sikit kekuatan nak bercerita .
2februari 2021 5am . 15 hari baru czer lahirkan anakku diuji pulak dengan masalah lain . Aku dikejutkan dengan demam ketar perut belah kanan sakit sangat even tak ditekan . Tak sanggup tanggung sakit aku mintak suami hantar ke hospital jerantut . Sampai sana dorang amik sampel air kencing , darah and xray . Dari pukul 6 pagi sampai pukul 12 baru dapat result .
Aku dkjutkan dgn pnyakit apendik , dalam kapala terpikir allahu aku kene oprate pulak ni allahu kuat ke aku ni. Okey dorang tranfer aku ke hoshas naik ambulans, allahu dalam ambulanss bertmbah-tambah lagi sakit sebab ambulans kan laju langgar je semua . Aku cuba istigfar mengucap dah nak smpai hoshas.
Alhamdulilahh sykur sangat dah sampai . Sampai-sampai sana dalam pukul 2 macam tulah. Duduk zone kuning . Doktor sana repeat scan yes nampak mcm ade apendikk . Lepass tu naik dewan bersalin untuk scan pendarah kat czer alhmdulilah takde apa. Lepas tu sementara nak tunggu oprate, aku dimasukkan wad dahulu .
Kat situ macam-macam drama berlaku berlinang airmata call ibu call abah call makayah mrtua call tokayah wsp fmily trdekat wsp group kawan-kawan mintak solatkan hajat untuk aku doakan aku selamat .
Semua berlinang airmta, aku cari kekuatan kat mereka . Yelahkan bius 1 bdan aku takut dah takleh sedar. Suami dari start smpai hoshas dari petang sampai ke malam ada dekat sisi . Meratap meraung sama-sama . Allahu tuhan je tahu . Tak pernah suami aku down gitu . Tapi dia nampak kuat sebab tak nak bagi aku lagi lemahh semangat.
Pukul 10 malam masih takde panggilan dari bilik oprate, sebab kes banyak . Aku ni kategori emergency jugak tapi tak teruk apendikk je kan . Ok turn ak no 3 . Pukul 12 gitu baru blik ot call stanby nak oprate , aku dah start berlinang airmata . Berpisah dengan suami diluar blik ot .
Aku sorang-sorang masukk aku istgfar mengucap selawat . Masuk-masuk bilik oprate dorang masukkan aku gas lepas tu dorang ajar aku cara bernafas dengn betul . Seingat aku last dorang cakap , puan kami nak masuk buat bius nie . Lepasss itu aku tak sedar apa dah .
Nak dijadikan cerita aku sedar pkul 5 pagi deme allahu 3 jam aku operate 3 jam jugak mereka nak sedarkan aku. Aku keluar dari bilik oprate suami aku takde. Rupanya suami aku dekat suh berehat sebab nak sedarkan aku terlalu lama. Suami aku tunggu kat wad aku msuk, tapi aku dipindahkan ke wad lain, okey misi call suami suh bawak barang-barang . Okey suami datang , masa itu SUAMI TERANGKAN KAT AKU PASAL OPERATE TADI . AKU TAKKUAT NAK DENGAR . RUPANYE BUKAN SETAKAT APENDIK JE DORANG BUANG TAPI DORANG BUANG OVARI BELAH KANAN DANN TIUB ( SEPERTI AK BULAT DiDALAM GAMBAR)
Suami terangkan dekat aku yang tandatangan . Doktor terangkan kat dia ovari dan tiub aku ada bernanah , korang tau sebab apa? Sebab ikan haruan. Allahu memang salah aku makan ikan haruan terlalu awal. Doktor cakap kalau tak buang takut merebak ke paru-paru dan aku boleh out . Allahu, suami tak sanggup hilang aku dia tandatangan jugak.
Tapi untuk mgandung lagi boleh sebab masih ada ovari sebelah kiri . (Tu aku nak prtimbangkan nty ak dh rase serik nk ngdung lagi) okey lpastuu aku down gila ramai tanya kenapa apa semua . Tapi aku takde kekuatan lagi .
Paling aku sedih aku dipasangkan tiub kat perut dalam mase 24 jam untuk buang nanah-nanah yang masih lekat ( mAaf tak boleh tampilkan gambar nak tengok pm tepi) aku tak boleh bangun sebab masih ada tiub dekat perut 100% suami uruskan bengkak susu apa semua suami buat . Aku maseh lemah .
3hb aku masih bertarung dengan sakit, dorang offkan tiup kencing so terpaksa suami angkat aku ke tandas . Kat tiub perut tu betapa sakitnya allahu ,seksanya . 4hb pkul 10 pagi baru dorang buang tiub kat perut alhamdulilah ringgan sikit beban aku . Tapi nak bangun tu sakit lagi lah.
Masa dorang buang tiub kat perut tanpa biuss, sakit tuhan je tahu allhuakbar, aku cuba kuat sekuat kuatnya, suami dah tak boleh naik jaga dah tak bagi. Takpelah aku cuba kuatkan diri . Sekarang aku dah boleh slow-slow bangun even masih sakit . Suami kena masuk time waktu melawat jee .
Sekarang masih di wad lagi . Mintak-mintak lah esok lusa dah boleh balik . Aku rindukan anak-anak aku. Maaf terlalu pnjg bcritaa . Ingt lpas beranakk czer kalau sayangkan rahim korang jangan makan ikan hruan. Luar nampak cantik dalaman kita tak tahu . Aku dah terkena , so korang sayangi lah rahim korang. Aku nak share kan pengalaman aku tak nak wanita-wanita kat luar sana rasa macam mana aku rasa . Doakan aku cepat sembuh dan boleh balik yee .
Jadi kepada mana-mana wanita yang melalui pengalaman bersalin secara pembedahan, dengar dulu apa yang doktor katakan jika tidak mahu pengalaman sama seperti wanita ini.