Masih ramai wanita takut nak pakai putih, tak berani dek kerana risau nampak lebih berisi, jarang dan cepat kotor.
Namun tahukah anda, pakaian berwarna putih sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan?
Kelebihan Pakai Baju Putih
Selain kelihatan bersih dan suci, pemilihan warna serba putih memainkan peranan penting dalam menyerlahkan penampilan seseorang sebagaimana perkongsian seorang perunding imej terkenal, Wawa Idris.
Ini kelebihan memakai baju putih:
Ads
1) Memberi aura elegan dan bersih
Putih merupakan warna eksklusif dan sangat sesuai jika digayakan ke majlis tertentu mahupun acara santai.
Ads
2) Minimalis dan rapi
Pakaian putih membuatkan seseorang kelihatan lebih rapi dan organize, sekali gus memberikan kesan positif kepada pemakainya.
3) Mudah mix & match
Sebagai contoh, pemilihan tudung, akseseori, kasut mahupun beg tangan. Kan lebih mudah dan tak perlu membuang masa memadankan aksesori tertentu.
Ads
4) Ilusi lebih tinggi
Pakaian berwarna putih mampu mencipta kesan tubuh yang lebih ramping, namun ia juga bergantung pada rekaan dan potongan pakaian tersebut.
5) Timeless
Warna yang tidak ada musim atau trend. Ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Nampak banyak kelebihannya, bukan? Jadi, selepas ini anda kena berani pakai putih untuk nampak lebih ayu dan tampak berbeza depan orang ramai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sopan dan nampak manis dengan berhijab, penyanyi Nana Sheme mendedahkan tidak lagi berdepan serangan keresahan atau penyakit anxiety selepas disatukan dengan suaminya, Zikri Zakaria.
Pernah bergantung dengan ubat di bawah pemantauan doktor sejak berusia 12 tahun bagi menenangkan diri, Nana Sheme atau nama penuhnya Nur Nabilah Hashimi itu bersyukur apabila tidak lagi memerlukan pil atau berjumpa pakar bermula pada 2019.
Menerusi portal Kosmo!, penyanyi berusia 28 tahun itu berkongsi, “Saya pernah mengalami masalah anxiety sejak awal belasan tahun yang memerlukan saya mengambil pil sehingga keadaan kesihatan saya disahkan pulih sekitar empat tahun lalu.
“Perkara ini pernah saya kongsikan ketika awal kemunculan dulu yang asalnya berpunca daripada trauma ketika kecil berikutan perpisahan orang tua saya disusuli pemergian ibu pada usia saya 15 tahun.
“Alhamdulillah, selepas bertemu suami saya, Zikri Zakaria empat tahun lalu yang menjadi tempat saya berkongsi semua cerita dan tempat mengadu, emosi saya semakin stabil dan kembali tenang.
“Berbeza dengan dulu, hal kecil yang sebenarnya tiada isu pun boleh mengganggu fikiran, tapi sekarang segala kebimbangan dapat saya atasi tanpa perlu ubat-ubatan,” katanya.
Sebelum ini, penyanyi yang pernah menjadi sensasi YouTube dan dikenali menerusi lagu Hantu atau Buaya pada 2014 itu pernah berkongsi situasinya berjumpa pakar psikiatri berikutan trauma dialami sejak remaja.
Melihat gaya penampilannya menerusi perkongsian kaman Instagram, Nana Sheme cukup rajin buat rawatan kulit wajahnya dan bersenam.
Jadi tidak pelik jika wajahnya tampak gebu dan mulus walau sesekali bergambar tanpa solekan. Memang cantik, orangnya!
Kata anak jati Bumi Kenyalang itu, sepanjang tempoh tiada karya baharu ada pihak menyangka dia sudah bersara, sedangkan hakikatnya menyanyi tetap nombor satu.
“Saya masih buat persembahan pentas, cuma mungkin kurang aktif dalam media sosial walaupun menyedari kepentingan medium ini sebagai gelanggang promosi.
“Sejujurnya sikap introvert menyebabkan saya jarang berkongsi aktiviti harian seperti penggiat seni lain malah selepas single Ragu-Ragu empat tahun lalu, kerjaya saya agak perlahan.
“Sekarang saya baru berjinak-jinak dengan TikTok sekaligus berharap penghasilan single terbaharu ini membolehkan saya terus aktif mendekati peminat,” ujarnya.
Mengenai Aku Mencoba, lagu yang digarap sendiri bersama suaminya, Zikri Zakaria yang berkisar perjuangan hidup melambangkan kematangan dirinya berbanding kemunculan perdana hampir sedekad lalu.
“Lagu ini dilhamkan realiti yang dilalui setiap insan termasuk saya sendiri yang menjalani pelbagai rintangan dalam kehidupan, namun memilih untuk terus berjuang dan tidak berputus asa.
“Jujurnya selepas sebulan saya dan suami berkahwin pada Oktober 2022, kami diuji dari segi kewangan, dan emosi sampaikan saya pernah terkasar membuatkan saya muhasabah diri,” katanya.
Terdahulu, lagu Hantu atau Buaya melonjakkan nama penyanyi itu sehingga berada antara 10 lagu teratas dalam Carta Red Box Karaoke pada 2015.
Nana mendirikan rumahtangga dengan penerbit muzik, Zikri Zakaria pada 22 Oktober tahun lalu selepas berkenalan ketika menyertai program Big Stage musim tiga.
Ketika hamil seseorang itu ada kalanya berdepan dengan pelbagai masalah alahan atau sakit lain yang datang menyerang.
Antaranya adalah mengalami demam dan situasi akan jadi lebih teruk jika berlaku di akhir kehamilan.
Apakah risiko bakal ibu dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika diuji dengan masalah demikian.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu kesannya jika wanita hamil diserang demam di awal dan di akhir kehamilan.
Demam yang dihadapi oleh wanita yang hamil, memang merisaukan. Demam ketika hamil adalah sesuatu yang cuba dielakkan namun apabila diuji dengan gejala demam, mahu atau tidak, wanita yang hamil harus menerima dengan hati yang redha.
Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.
Suhu badan normal bagi seseorang yang sihat ialah 37°C. Jika melebihi tahap ini, anda akan dikira sedang mengalami gejala demam.
Adakah demam memberikan kemudharatan pada wanita yang hamil? Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudharatan demam dan suhu panas terhadap bayi dalam rahem.
Cuma saya mahu menarik perhatian pada satu penulisan di dalam Journal of Paediatric and Perinatal Epidemiology, yang mengatakan bahawa secara amnya, demam yang dialami oleh wanita hamil tidak memberikan apa-apa risiko kepada anak yang dilahirkan.
Ada kajian yang menunjukkan jika seorang wanita hamil mengalami demam melebihi 39.0 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga kali, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection), maka terdapat kemungkinan bahawa risiko bagi bayi yang dilahirkan mudah mengalami sawan adalah tinggi. Namun kajian ini agak lemah.
Walau bagaimanapun, janganlah terlalu risau kerana demam yang rendah (kurang dari 100.4 darjah Fahrenheit) adalah selamat dan tidak perlu dirisaukan walaupun masih lagi di awal kehamilan.
Namun demam yang agak tinggi (melebihi 103 darjah Fahrenheit atau 39.5 darjah Celcius) mungkin boleh memberikan kesan mudaharat pada bayi.
Ini kerana demam yang tinggi pada awal kehamilan, akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida terutama jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan.
Malah ada beberapa kajian yang agak lemah menunjukkan bahawa suhu badan terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Hal ini juga boleh berlaku pada wanita yang mandi di dalam hot tubs atau sauna ketika hamil.
Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan lebih sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudharat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahem (intrauterine infection).
Saya mencadangkan wanita hamil yang mengalami demam agar mengambil bacaan suhu yang betul. Adalah sukar untuk mengatakan seseorang wanita mengalami demam hanya dengan meletakkan belakang tapak tangan di dahi. Oleh itu gunakanlah thermometer agar dapat mencatat bacaan dengan lebih tepat.
Minumlah air suam kosong yang banyak. Demam akan membuatkan seseorang akan merasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Oleh itu harus menambah jumlah air yang diambil ketika mengalami demam.
Jika demam bersama-sama dengan loya dan muntah, bolehlah minum air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Selain itu, wanita hamil yang mengalami demam boleh menuam dengan tuala basah. Letakkan tuala basah pada dahi dan dada, membantu haba dari badan dikeluarkan dari tubuh dan mengurangkan demam.
Berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat. Adakalanya punca demam dapat dikesan dengan pemeriksaan darah dan air kencing. Untuk meredakan demam dengan cepat, doktor mungkin akan memberikan ubat paracetamol yang selamat digunakan oleh wanita hamil dengan dos yang ditetapkan.
Bersabarlah ketika menghadapi ujian demam. #HealthDrZubaidi
Ada orang kata, muka bulat itu tandanya berat dah naik. Eh, memang golongan perempuan cukup risau terlebih makan, takut tetiba muka dan badan jadi bulat semacam!
Bagi wanita perubahan bentuk muka menandakan bahawa berat badannya telah bertambah dan harus mengubah diet pemakanan bagi menurunkan semula berat badan.
Tapi adakah konsep pemikiran sebegini berlandaskan fakta atau mitos semata-mata? Jom kita semak sama ada benar atau tidak muka bulat, menandakan berat badan telah bertambah.
Fakta – Dipetik daripada Fatherly, muka bulat berlemak dipengaruhi faktor kenaikan berat badan secara keseluruhannya.
Ini kerana amalan gaya pemakanan yang gemar mengambil makanan dan minuman beralkohol, manis, masin, kurang tidur, atau terlalu kerap tertekan boleh mempengaruhi kenaikkan berat badan diri lalu memberi kesan yang sama pada muka.
Apabila berat badan naik, wanita akan dapat lihat sendiri perbezaan saiz tubuh berbeza dari yang normal dan muka pula secara keseluruhannya menjadi chubby dan penuh.
Fakta – Dipetik daripada Today, ada juga wanita yang mempunyai muka dan pipi yang tembam malah bentuk mereka juga badan tak banyak berubah, tapi yang peliknya apabila timbang berat badan telah bertambah jadi di mana silapnya?
Hal ini berlaku kerana dipengaruhi amalan pemakanan yang tidak sihat seperti gemar makan makanan tinggi kandungan garam dengan kerap, kurang minum air masak, kurang bersenam, kerap makan makanan ringan, kurang kalsium dan kerap minum minuman beralkohol serta merokok.
Ada sesetangah wanita mengalami penambahan berat badan tanpa mempengaruhi bentuk badan mereka, cuma boleh dikesan menerusi perubahan muka bulat dan pipi tembam.
Fakta – Tubuh dan wajah merupakan kayu ukur indeks jisim badan (BMI) dan berat badan diri, justeru itu jika wajah yang pada awalnya runcing tiba-tiba menjadi chubby dan pipi kelihatan penuh berlemak. Maka boleh jadi badan mengalami berat badan berlebihan dari biasa.
Haaa… sekarang anda yang macam mana? Muka bulat semula jadi atau sebab berat sudah naik?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.