Eh, betul ke hanya dengan minum kopi americano, anda mampu menurunkan berat dan membuang lebihan lemak badan?
Minum Kopi Americano
Tahukah, untuk penurunan berat badan yang optimum, minum kopi tanpa tambahan gula atau krimer tiruan boleh mengurangkan kalori. Dan kopi americano jenis ais ialah pilihan yang bagus.
Kopi sebenarnya boleh membantu anda untuk kurus, asalkan anda tidak memakannya dengan sebiji donat atau sepotong kek.
Menurut sebuah kajian di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, minum kopi 4 cawan sehari boleh mengurangkan lemak di dalam badan sebanyak 4%.
Ads
Kopi mengandungi lebih 1,000 sebatian, kebanyakannya memberi manfaat kesihatan dan boleh merangsang pembakaran lemak semasa aktiviti atau rehat.
@coachakmal 4 Tips Cara Minum Kopi, Untuk Bantu Kurus. 1. Minum kopi o kosong, pada waktu pagi. Mengikut kajian, sarapan atau tidak kita di waktu pagi, tidak memberi kesan kepada diet kita, tapi konsisten atau tidak, kita bersarapan, atau tak bersarapan, lebih memberi kesan. Maksudnya konsisten atau istiqamah itu lebih penting, bukannya waktu kita makan. Sesetengah orang memang tak berselera sarapan pagi, tapi tekak rasa nak minum sesuatu. Minumlah kopi o kosong, untuk hilangkan rasa dahaga, lebih bertenaga dan bersemangat! Kalau kawan2 ajak minum pagi pun, order je black coffee… Kan ke mudah. So takdelah berisiko terlebih makan pada hari tersebut. 2. Minum 2 ke 3 cup kopi o kosong, jika senaman pagi. Mengikut kajian, prestasi sukan kita paling optimal memang ialah pada waktu petang, banyak rekod dunia dalam sukan, dicapai di waktu petang. Sekiranya kita selalu senaman petang, tiba2 kita terpaksa senaman pagi, maka elok, kita minum 2 ke 3 cup kopi o kosong, sebagai preworkout. Ianya akan memberi kita boost untuk mencapai tahap prestasi yang sama, seperti kita bersenam di waktu petang. So, tak perlulah kita membatalkan sesi senaman kita pada hari tersebut, lantas, dapat mengekalkan energy expenditure kita, seperti biasa, lalu lebih membantu diet kita, untuk mengecutkan lemak badan. 3. Minum Kopi O Kosong Decaf. Kopi decaf, lebih memberikan rasa kenyang berbanding kopi o kosong. Kopi o kosong lebih memberi rasa kenyang, berbanding air kosong biasa. Tapi dengan kopi decad, iainya tiada caffein, jadi ianya tidak mengganggu tidur kita. Tidur yang berkualiti, membolehkan pengecutan lemak yang lebih optimal, ketika kita berdiet. 4. Tambah Pemanis Tiruan Zero Mengikut kajian, minuman yang ada pemanis tiruan lebih berkesan membantu kita dalam perjalanan diet kita, untuk menjadi kurus, dan kekal kurus, berbanding air kosong biasa. Jadi tambahlah gula tiruan, sekiranya anda ingin mempunya ruang kalori intake yang lebih fleksibel, supaya boleh makan makanan yang lebih memuaskan, lebih mudah berdiet, dan of course sekiranya anda tak suka rasa kopi o kosong, tapi masih mahu faedah dari secangkir kopi.. semoga memberi manfaat, jemput share! #kopikurus#kopikurusviral#tipsdiet#kurus#coachakmal#tipskurus♬ Lofi Vibes – Gentle State
Perkara Penting Kalau Nak Layan Kopi
Berikut adalah beberapa perkara penting yang membantu semasa minum kopi pada waktu pagi untuk penurunan berat badan:
Ads
Kafein:
Perangsang terkenal yang meningkatkan metabolisme dan meningkatkan pembakaran lemak sebanyak kira-kira 10%.
Chlorogenic Acid:
Membantu mengurangkan kolesterol, paras gula dalam darah, dan penyerapan lemak untuk kawalan berat badan yang lebih baik.
Ads
Antioksidan:
Kopi kaya dengan antioksidan yang mengurangkan keradangan dan risiko penyakit, yang merupakan faktor dalam pengurusan berat badan.
Dalam perkongsian di laman sosial Twitter, Dr Samhan menerangkan pelbagai fakta kesihatan tubuh yang menarik untuk dikongsi. Mendapat lebih 18K retweet, info yang dikongsikan ini membuktikan bahawa tubuh kita penuh dengan rahsia.
Telinga kita mempunyai mekanisme pembersihan sendiri. Korek telinga berisiko merosakkan gegendang telinga. Biarkan ia keluar sendiri kerana ia melindungi telinga daripada jangkitan.
Mungkin ramai tidak tahu, hidung menghasilkan mukus atau hingus sekitar 1 cawan sehari. Ia berfungsi sebagai penapis habuk, bakteria dan alergen.
Jantung adalah otot paling setia bekerja, berdenyut tanpa henti sepanjang hayat. Inilah sebab utama kesihatan jantung penting dalam menjaga kesihatan tubuh.
Apabila jantung berhenti, bekalan oksigen ke otak juga terhenti. Itulah sebab CPR sangat penting dalam kecemasan.
Setiap hari buah pinggang menapis sekitar 50 galon darah untuk menyingkirkan toksin. Inilah antara fakta kesihatan tubuh yang sering diremehkan.
Walaupun remaja sudah matang fizikal, perkembangan otak berterusan hingga umur 26 tahun.
Telefon pintar sering disentuh tanpa kita sedar, menjadi tempat terkumpulnya bakteria. Rajinlah lap telefon untuk kesihatan tubuh yang lebih baik.
Selepas makan, lebih banyak darah dihantar ke sistem penghadaman untuk mencerna makanan, menyebabkan rasa mengantuk.
Tulang belakang memampat sepanjang hari kerana graviti. Apabila tidur, ia kembali memanjang sedikit, membuatkan kita lebih tinggi pada waktu pagi.
Setiap minit tubuh menghasilkan sel mati. Itulah sebabnya disarankan mengibas katil selepas bangun tidur untuk kebersihan.
Mimpi adalah hasil aktiviti otak semasa tidur REM. Fakta kesihatan tubuh ini menunjukkan otak tetap aktif walaupun kita tidur.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lain orang lain bentuk fizikal seseorang. Ada yang bertubuh kecil dan mempunyai saiz badan yang berisi hingga menyebabkan obesiti.
Keadaan ini dikaitkan dengan faktor pemakanan dan mereka ini lebih terdedah kepada pelbagai risiko penyakit.
Malah dalam laporan Kosmo dikatakan juga lebih 50 peratus atau kira-kira 11.5 juta individu dewasa negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan ketika ini, sekali gus berisiko menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kira-kira 60 peratus atau 6.9 juta individu dewasa itu melibatkan golongan wanita yang mengalami masalah obesiti terutama mereka berusia dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an.
Perkara itu didedahkan oleh pakar perundingan, pembedahan dan bariatrik, Dr. Mustafa Mohammad Taher.
Masih belum terlewat untuk kita mengatasi masalah ini, salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan.
Dalam satu perkongsian twitter Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu punca suka makan lewat malam antara punca anda tidak mampu mengawal berat badan.
Malah jika perbuatan ini dijadikan satu amalan mengakibatkan anda berdepan masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
Justeru dikongsi beberapa petua untuk elak daripada kita makan lewat malam.
– Jangan langkau waktu makan untuk elakkan rasa lapar melampau pada waktu makan seterusnya. – Amalkan pengambilan #suku-sukuseparuh bagi setiap waktu makan. – Ambil snek sihat seperti buah/susu sebelum tidur jika perlu.
-Berjaga lewat malam boleh mencetuskan rasa lapar yang keterlaluan. -Kurang tidur menyebabkan individu sering berasa lapar sepanjang hari -Elakkan aktiviti yang menyebabkan anda tidur lewat.
– Elakkan ambil makanan/mnuman yang tinggi kalori, gula dan lemak seperti coklat, burger, air berkarbonat atau kerepek. – Segera masuk tidur.
Masih ramai yang memandang remeh tentang sakit belakang, anggap cuma perlukan rehat namun sebenarnya ini berkait rapat dengan slipped disc.
Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Bagi yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui lebih jelas menerusi perkongsian ilmu daripada Dr Syid ini.
Aduh sakitnya belakang! Terus ada yang jadi doktor segera kata ‘ha itu mesti masalah slipped disc’. Sebenarnya banyak punca sakit belakang yang sebenarnya bukan berpunca daripada slipped disc.
Jadi untuk ketahui adakah benar itu slipped disc ataupun tidak perlu dapatkan nasihat doktor yang bertauliah. Bukannya doktor segera kedai kopi.
70% daripada kita semua pernah sakit belakang. 50% pernah sakit sedikit sahaja mungkin disebabkan oleh salah duduk dan boleh sembuh dalam masa seminggu. Manakala 90% sakit belakang mengambil masa untuk sembuh sekitar 1-3 bulan manakala 10% perlukan rawatan invasif iaitu pembedahan (ini kategori serius).
Apa itu disc?
Secara generalnya tulang belakang setiap manusia itu mempunyai 33 vertebra (tulang).
Di antara tulang itu pula mesti ada satu benda yang memainkan peranan seperti kusyen yang akan menyerap setiap hentakan pada tulang supaya setiap tulang itu tidak bertemu apabila berlaku hentakan.
Rupa bentuknya adalah bulat dan mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian “inti” yang dinamakan sebagai Nucleus Pulposus manakala bahagian luarnya adalah gentian-gentian elastik yang terdiri daripada kolagen yang dinamakan sebagai Annulus Fibrosus.
Apa yang berlaku hingga menyebabkan terjadinya masalah Slipped Disc?
Tulang belakang fungsinya untuk menstabilkan tubuh kita. Peranannya juga adalah untuk memegang unsur utama iaitu saraf tunjang.
Apa yang berlaku membawa kepada slipped disc yang mana disebabkan oleh hentakan ataupun salah pergerakan adalah keran disc berbentuk bulat. Apabila terkena hentakan, ia akan menyebabkan terhasilnya benjolan yang akan menghimpit saraf akar yang letaknya berhampiran saraf tunjang.
Apabila saraf akar tertekan akan menyebabkan terjadinya lenguh-lenguh, tak selesa dan sakitnya akan menjalar hingga ke kaki. Simptom lain yang sering terjadi ialah terasa seperti adanya letrik, panas dan kebas.
Slipped disc ini mempunyai banyak peringkat dan kesakitannya bergantung kepada tahap seriusnya benjolan yang menghimpit saraf akar tadi.
Peringkat Slip Disc
Peringkat pertama – Hanya terdapat benjolan tetapi fiber atau Annulus Fibrosus masih tidak pecah. Pada tahap ini ia masih boleh cepat sembuh dan tiada masalah. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Protrusion.
Peringkat kedua – Apabila disc sudah mengalami luka ataupun ianya sudah pecah akibat benjolan dari Nucleus Pulposus. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Extrusion.
Peringkat ketiga – Sudah pecah dan bahagian “inti” atau Nucleus Pulposus tadi sudah keluar dan masuk ke dalam rongga lain. Ia merupakan peringkat slipped disc yang serius dan saraf terhimpit dengan teruk. Kebiasaannya pada tahap ini, individu akan memerlukan pembedahan. Keadaan ini dipanggil Disc Sequestration.
Punca membawa kepada Slipped Disc
1) Angkat barang berat
– Angkat berat mesti dengan postur yang betul. Iaitu duduk, peluk, berdiri dan baru pusingkan badan.
– Slipped Disc mudah berlaku kepada lelaki yang berusia 35-50 tahun. Apabila usia melebihi 50 tahun, slipped disc jarang berlaku tetapi masalah spinal stenosis pula yang menyerang.
2) Obes
– Individu obes mudah mengalami masalah slipped disc. Ini kerana, berat badan berlebihan akan memberi beban yang tidak sepatutnya.
– Walaupun slipped disc dirawat, individu ini juga berisiko 12 kali ganda untuk mendapat slipped disc ini semula. Jadi, penting untuk turunkan berat badan.
3) Pekerjaan
– Kerja-kerja berat seperti buruh kasar atau pekerjaan yang sentiasa mengangkat benda berat boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc.
– Pekerjaan yang terlalu duduk lama seperti driver juga mudah terkena slipped disc. Individu ini memerlukan lumbar support. Bila duduk lama tulang akan terbeban.
4) Sejarah keluarga
– Jika dalam keluarga mempunyai sejarah slip disc, ahli keluarga lain juga berisiko mengalami slipped disc.
5) Tumit tinggi
– Wanita harus berhati-hati. Pada bahagian kaki mempunyai 28 tulang dan 44 sendi.
– Pemakaian kasut tumit tinggi yang lama akan menganggu paksi tulang menyebabkan tulang melengkung. Malah, ia meningkatkan risiko sakit belakang.
– Penggunaan kasut tumit tinggi seperti stiletto adalah tidak digalakkan. Jika ingin memakai kasut tumit tinggi, haruslah memilih kasut yang mempunyai tapak belakang yang lebih besar agar dapat mengimbangi berat badan seseorang.
Bagaimana untuk mengenal pasti adakah anda mempunyai masalah slipped disc?
1. Satu ujian mudah boleh dilakukan, iaitu dengan luruskan kaki dan angkat kaki anda hingga 90 darjah.
2. Jika anda tidak mempunyai sebarang kesakitan, anda bebas slipped disc.
3. Jika angkat kaki dan terasa sakit pada bahagian belakang, anda perlu ke klinik dan membuat pemeriksaan lanjut.
4. Sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain, contohnya seperti jangkitan kuman yang membawa kepada penyakit tuberculosis (TB), kanser, osteoporosis atau faktor penuaan. Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh penyakit batu karang.
5. Oleh itu, pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital perlu dilakukan. Jika benar ia adalah disebabkan oleh slipped disc, rawatan susulan seperti X-ray dan MRI akan dilakukan.
Rawatan Slipped Disc
1) Gaya Hidup
– Individu yang mempunyai slipped disc perlu tahu bagaimana cara terbaik untuk baring, duduk atau berdiri dengan betul. Jika perlu berdiri lama, elakkan lenguh dengan mengangkat sebelah kaki dan gilir-gilirkan di antara kanan dan kiri.
– Cara duduk – Elakkan duduk di atas sofa secara sembarangan. Sofa atau kerusi hendaklah mempunyai lumbar support.
– Cara tidur – Perlu teliti pada pemilihan tilam yang betul. Tilam tidak boleh terlalu lembut (spring) dan tidak boleh terlalu keras. Sebaiknya perlu ada lumbar support.
– Berjalan kaki – Elakkan jalan secara mendaki. Jika banyak berjalan dan terasa sakit pada bahagian belakang, perlu berhenti dan berehat seketika. Ia bertujuan untuk merehatkan otot.
– Elakkan letak dompet pada bahagian belakang seluar. – Elakkan kasut tumit tinggi. – Angkat benda berat dengan cara yang betul.
2) Senaman
– Senaman paling disyorkan untuk individu yang ada masalah slipped disc adalah berenang iaitu ‘frog style’. Ini adalah sangat bagus untuk menguatkan tulang belakang. Yoga juga sesuai untuk slipped disc.
– Selebihnya, dinasihatkan untuk berjumpa pakar fisioterapi bertauliah untuk dapatkan nasihat mengenai senaman yang sesuai.
3) Ubat
– Jika terasa sakit jangan sekali-kali untuk tunjuk hero/kuat. Segera dapatkan rawatan dan ubat.
– Ubat yang biasa diberi adalah seperti NSAID iaitu sejenis ubat tahan sakit. Namun, pengambilan ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan selama 6 bulan kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti ulser perut, gastrik dan masalah buah pinggang.
– Selain itu, koyok juga boleh digunakan bertujuan untuk dapatkan muscle relaxion.
4) Kuruskan badan
– Obesiti menyebabkan bebanan berlebihan pada tulang belakang. Oleh itu, individu ini dinasihatkan untuk menurunkan berat badan.
5) Urut
– Kiropraktik boleh dilakukan.
– Selain itu, acupuncture juga disyorkan untuk mengatasi masalah slipped disc.
6) Pembedahan
– Microdiscetomy – Kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
– Laminectomy – Potongan bahagian tulang belakang untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf atau memberi ruang kepada saraf tunjang.
– Foraminotomy – Pembedahan untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf yang ditekan oleh intervertebral foramina.
– Spinal fusion- Pembedahan yang dilakukan untuk menghubungkan satu atau lebih vertebra di bahagian tulang belakang.
– Pembedahan biasanya disarankan bagi individu yang mula mengalami kesan neurologi yang serius (Neurological Deficit). Sebagai contoh, seperti kesan sakit yang amat sangat hingga menyebabkan kaki mula lumpuh atau kebas yang serius. Juga pada situasi apabila buang air kecil dan air besar sudah tidak terasa. Pada tahap ini, pembedahan amatlah diperlukan. Perlu rujuk pakar ortopedik.
7) Nutrisi
– Bahan yang memegang atau menguatkan disc itu sebenarnya adalah kolagen. Dan kolagen ini pula akan menurun sebanyak 1.5 peratus setahun bermula usia individu itu mencecah 25 tahun. Pengambilan kolagen adalah digalakkan untuk menampung dan mengelakkan kemerosotan disc.
– Selain itu, pengambilan nutrisi anti-oksidan semulajadi seperti AstaREAL adalah disyorkan. Ini kerana ia mempunyai unsur yang hebat untuk melindungi disc daripada radikal bebas yang meyebabkan kepada kemerosotan diri.
– Ini boleh diambil sebagai suplemen untuk mencegah dan merawat masalah slipped disc pada tahap awal untuk sembuh.
BONUS untuk anda. KOMPLIKASI PEMBEDAHAN.
– Setiap pembedahan yang dilakukan sememangnya mempunyai risiko dan komplikasi.
– Journal yang membuat meta-analysis menyatakan antara komplikasi pembedahan slipped disc adalah:
a) 1-2 peratus pembedahan mempunyai risiko pendarahan dan menyebabkan jangkitan kuman.
b) 1-3 peratus mungkin boleh menyebabkan saraf calar, rosak atau terpotong.
c) 4-10 peratus yang telah dibedah juga mempunyai risiko untuk tak pulih sepenuhnya.
d) Namun kadar berjaya dalam pembedahan adalah tinggi.
Jadi, ambil langkah pencegahan awal sebelum ianya parah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.