Personal trainer photo created by freepik - www.freepik.com

MANDI SELEPAS BERSENAM

Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.

GUNA BODY WIPES

Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes. Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.

Tip Jaga Kulit Wajah & Badan Selepas Bersenam Berpeluh Sakan
Woman nature photo created by gpointstudio – www.freepik.com

PRODUK KULIT SESUAI

IKLAN

Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan. Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.

SENTIASA GUNA TUALA BERSIH

Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja. Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.

IKLAN

TUALA BERBEZA UNTUK FUNGSI BERBEZA

Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kulit sensitif.

IKLAN

BERSIHKAN PERALATAN GYM

Sebelum menggunakan mana-mana perlatan gym sebaiknya anda bersihkannya terlebih dahalu. Pihak gym kebiasaannya akan sentiasa memastikan kebersihan perlatan senaman namun sebagai langkah lebih selamat anda boleh bersihkan sendiri. Sebagai contoh jika anda nak guna dumbbell lebih elok bersihkan dahulu pemegangnya dengan kain atau tisu basah.

Selain itu:  Bila Penyakit Datang, Tekad Diet. Lepas 2 Tahun Pasangan Ini Berjaya Kurus Guna Kaedah Simple!

JANGAN BERKAKI AYAM

Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar. Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI