Masa yang banyak di rumah disebabkan PKP menyebabkan kita tidak lepas dari aktiviti makan bersama keluarga.
Situasi ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang itu boleh mengalami pertambahan berat badan mendadak.
Oleh itu, melakukan aktiviti riadah atau senaman mampu mengurangkan risiko penyakit seperti serangan jantung atau diabetes.
Menurut kajian Majlis Amerika, aktiviti fizikal juga dapat meningkatkan kekuatan otot badan, meningkatkan kadar metabolisma, mengurangkan pertumbuhan lemak sekali gus dapat menurunkan berat badan.
Bagaimanapun, terdapat banyak senaman yang memiliki fungsi berbeza sama ada untuk menguatkan otot atau menurunkan berat badan.
Ini antara senaman disarankan yang dapat membantu menurunkan berat badan menurut Insider Monkey:
1. Plank
Senaman ini dapat menguatkan otot teras dan meningkatkan proses pembakaran kalori. Senaman ini melibatkan kekuatan otot di bahagian belakang badan, tangan, kaki dan perut.
Cara melakukan senaman ini kelihatan sama seperti senaman tekan tubi. Sedikit berbeza dengan plank yang memperuntukkan untuk meletakkan tangan ke lantai pada posisi 90 darjah.
Pastikan kaki berada pada keadaan lurus. Cuba bertahan dalam posisi tersebut selama 10 saat, rehat seketika kemudian ulang sebanyak dua kali.
Ads
2. Tinju Bayang
Senaman tinju bayang merupakan salah satu kaedah kardio yang menghubungkan lengan dan kaki.
Keadah ini biasanya digunakan oleh peninju profesional untuk mengekalkan stamina mereka di gelanggang.
Senaman ini dipercayai dapat membakar sekitar 300 kalori dalam tempoh masa satu jam selain dapat menguatkan bahagian otot dan sendi badan.
3. Tendangan Pinggul
Proses tendangan pinggul ini sama seperti melakukan senaman lari setempat. Bagaimanapun, sedikit berbeza apabila kaki perlu diangkat sehingga mengena bahagian pinggul.
Difahamkan sebanyak 240 hingga 255.5 kalori berjaya dibakar dalam tempoh masa 30 minit senaman.
Ads
4. Lompat Bintang
Senaman lompat bintang ini boleh dikategorikan sebagai ‘senaman klasik’ kerana ia telah diajar sejak kecil di sekolah.
Senaman lompat bintang ini merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan efektif.
Bagi mendapatkan kadar penurunan berat badan yang memuaskan, lakukan 30 kali lompatan sebanyak 10 set. Sebelum melakukan set seterusnya, ambil 30 saat untuk berehat.
Ads
5. Lompatan Tali Skip
Sama seperti senaman lompat bintang, aktiviti lompatan tali skip ini turut menjadi salah satu rutin ketika di usia kanak-kanak.
Bukan sahaja anak kecil, malah atlet profesional juga gemar melalukan lompatan tali skip sebagai senaman memanaskan badan.
Senaman ini menghubungkan banyak anggota tubuh seperti bahu, kaki, tangan dan betis. Lakukan senaman ini selama 15 minit sahaja dapat membakar sekitar 200 hingga 300 kalori.
Pernah ‘Down’ Diet Tak Jadi Sebab Nafsu Makan. Nekad Buat Skipping, Berat Turun Lebih Cepat! Pelbagai cara dilakukan bagi seseorang itu berjaya menurunkan berat badan. Ada yang menggunakan ilmu diet diajar coach, cara eat clean ataupun kaedah intermittent fasting.
Namun bagi Nur Shafizaini dari Grup Diet Suku-Suku Separuh cukup berbangga kerana berjaya menurunkan berat badannya dengan cepat hanya dengan menggamalkan senaman tali skipping.
Bukan sekali dua tetapi empat kali dalam seminggu dan konsisten melakukannya. Ini merupakan salah satu kaedah paling cepat dan berkesan untuk turunkan berat badan.
Pernah ‘Down’ Diet Tak Jadi Sebab Nafsu Makan
.
Namun begitu menurunkan bukan itu sahaja, dia juga turut mengamalkan kaedah pemakanan diet suku-suku separuh bagi melenyapkan 12 kilogram selama hampir setahun.
Menurutnya pelbagai menu sihat yang disediakan sepanjang menjalani sesi DSSS. walaupun pada mulanya kurang ilmu tentang DSSS dan hanya tahu basic, tetapi tetap mencuba menyediakannya.
Tambahnya nak makan diet sihat tidak semestinya kena makanan yang mahal-mahal. Cukuplah sekadar makan apa yang ada dan kita mampu tetapi kurangkan kuantiti serta lebihkan buah dan sayuran.
Dia beruntung kerana badannya boleh menerima apa juga situasi makanan dimasak, tidak kiralah bakar, kukus atau stim. Turut mengurangkan gula dalam setiap pemakanan diambil.
Jika sebelum ini beratnya mencecah 72 kilogram dan setelah setahun melakukan keadah berkenaan, beratnya kini adalah 60 kilogram.
Memulakan diet pada September tahun lalu dan hingga kini dia sudah berpuas hati dengan penurunan berkenaan.
Walaupun mulanya banyak dugaan terutama bab makanan, malah dirinya hampir down kerana rasa tidak boleh untuk meneruskan diet berkenaan.
Namun tetap tekad kerana mahu diri jadi lebih sihat dan nak jaga badan. Setelah betulkan diet barulah dia kembali on track.
Paling menggembirakan apabila berjaya menyarung semula baju kebaya yang dipakai ketika tahun 2017. Kebanyakan baju yang dulu size S dan M sudah boleh disarung kembali.
Orang dulu-dulu lebih suka pakai inai homemade, ramai-ramai pakat berinai tiap kali cuti sekolah. Hasilnya merah menyala kalau kena gayanya, tak perlu pun beli di kedai.
Apa yang seronok, warnanya itu memang merah mahal. Bukan jenis cepat hilang. Haaa… kalau anda teringin nak buat sendirim boleh tengok cara buat inai homemade daripada Puan Rosdiana Dian ini.
Inai Homemade
Hi semua. Mak nak share inai homemade yang mak buat siang tadi. Sebenarnya anda boleh juga tanya pakcik Google. Cuma, resepi ni mak dapat daripada kawan mak. Mungkin lain orang lain bahannya, modal tak sampai 3 ringgit.
1. KAPUR SIREH/ KAPUR MAKAN TU
Ini paling utama. Tak ada ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet saja, jangan banyak-banyak takut panas. Nanti sakit pulak kuku tu mak tak jamin.
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi, jangan banyak sangat kang lain jadinya.
2. SABUN MANDI YANG JENIS KETUL/ BUKU
(Sukatan 2cm persegi). #Atau, sabun axion pun buleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).
3. PEWARNA MAKANAN WARNA CERI MERAH
Ini lah pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Harga dalam rm2.50. Ada juga yang pakai sirap. Ikut lah nak warna apa pun, oren, purple, hijau, coklat ke hitam ke. Siapa berani nak kuku kaler-kaler leh cuba. Jangan yang kordial tau, lain jadinya karang. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan.
CARA-CARA BANCUHAN:
1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Jangan campur air tau.
Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Cuci bersih-bersih.
Ini hasilnya, dapat satu tupperware kecil.
Apa yang best, inai macam ini tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong. Lagi satu, yang paling penting boleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda wajib tahu tip cuci tudung kalau nak pakai lama dan bentuknya terletak elok waktu sarung, barulah tak rasa rugi beli dengan harga yang ‘melambung’.
Dan tak kisahlah tentang harga, asal anda pandai jaga kualiti tudung untuk dipakai banyak kali dan tak perlulah membazir.
Sebenarnya tak susah pun untuk memastikan tudung sentiasa dalam keadaan baik, jom semak caranya.
Tip Mudah Cuci Tudung
Apa kata anda ikuti beberapa langkah mudah penjagaan tudung agar kualitinya sentiasa dalam keadaan baik.
1. Elak guna mesin basuh
Ingat ya, tudung bersifat ringan dan lembut. Justeru ia mudah rosak apabila dibasuh menggunakan mesin basuh. Apatah lagi, korang mencuci bersama pakaian yang berat seperti baju-T, jubah fabrik likra dan seluar jean.
2.Beg jaring
Kualiti benang hijab didapati akan rapuh tatkala ia ‘berbelit’ dengan pakaian lain di dalam mesin basuh. Namun begitu, bagi wanita yang ingin mencuci menggunakan mesin terbabit, cara terbaik adalah meletakkan tudung di dalam beg kain jaring. Beg berkenaan boleh dibeli di kedai perkakasan rumah atau pasar raya besar.
3.Jangan sental
Tudung sebaik-baiknya dibasuh menggunakan tangan, tetapi jangan disental dengan kuat. Memadai ia direndam di dalam baldi yang dicampurkan bahan pencuci dan pelembut fabrik antara 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas tudung dengan lembut menggunakan air bersih. Ketika menyidai pula elak memerah selendang atau tudung bawal terlalu kuat.
4.Elak cahaya matahari
Lazimnya, wanita akan mencari port pancaran matahari dengan harapan tudung cepat kering. Pun demikian, tahukah korang cara berkenaan tidak wajar dipraktikkan kerana ia akan menyebabkan warna tudung pudar, sekali gus tampak kusam.
5.Suhu rendah ketika menggosok
Seterusnya, apabila menggosok hijab pilihan jangan sesekali menetapkan suhu tinggi terutamanya pada tudung berasaskan fabrik lembut seperti sifon dan sutera. Haba panas melampau akan menyebabkan tudung terkoyak dan berlubang kerana terbakar.
Dapat sesuatu dalam perkongsian cuci tudung kali ini? Kalau mampu ubah, pasti warnanya tak cepat pudar dan boleh pakai banyak tahun sampai anak-anak pun masih mampu sarung. Jadi, usahakan yang terbaik ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!