Sebenarnya bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk seseorang itu menurunkan berat badan.

Ini kerana kita hanya makan sekali sehari dan menjaga pemakanan sebaik mungkin.

Namun begitu, ada juga yang tidak berjaya dan kenapa agaknya perkara ini berlaku. Malah berat jadi semakin bertambah-tambah seperti sebelumnya.

Ada sebab kenapa berat badan tidak turun walaupun seharian berpuasa.

1. Anda berdepan dengan tekanan yang terlalu tinggi

Kunci untuk menurunkan berat badan dengan mudah adalah menjalani kehidupan yang tenang dan bebas tekanan.

Sekiranya anda menhadapi tekanan yang tinggi, hormon kortisol dilepaskan ke dalam sistem oleh hipotalamus bagi melawan ‘saraf gembira’ yang dihasilkan.

Kesan sampingan hormon ini adalah peningkatan pengumpulan lemak badan. Ia juga mengurangkan jumlah jisim otot sistem anda, seterusnya menurunkan kadar metabolisme anda.

IKLAN

Satu lagi kesan sampingan tekanan adalah tabiat makan dengan berlebihan. Ada sesetengah orang yang mengalami tekanan kehilangan selera makan, namun ramai juga yang mengakui bahawa tekanan ‘memaksa’ mereka makan dengan lebih banyak.

2. Insomnia atau tidak cukup tidur

Punca kedua mengapa anda tidak kehilangan lemak yang anda harapkan adalah kerana anda tidak cukup tidur pada waktu malam.

Tidur yang cukup adalah penting kerana tidur tidak hanya mempengaruhi kadar metabolisme anda. Ia boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin dan membantu anda mengawal tahap kelaparan anda dengan lebih baik sepanjang hari.

Tidur yang cukup sangat mustahak untuk berjaya mengawal berat badan, jadi buatlah ‘janji temu’ dengan tempat tidur anda supaya mendapat cukup tidur selama 8 jam.

IKLAN

3. Diet tidak cukup dinamik

Sebab ketiga mengapa usaha anda mahu menurunkan berat badan boleh gagal adalah kerana diet yang terlalu seragam.

Diet perlu berbeza dalam nilai kalori untuk menjaga metabolisme pada tahap yang optimum.

Sekiranya anda mengambil makanan yang serupa setiap hari, badan anda perlahan-lahan akan terbiasa dengan tahap kalori sama setiap hari, hingga boleh menurunkan kadar metabolisme.

IKLAN

Untuk mengatasi keadaan itu, anda perlu lebih dinamik mengenai pengambilan makanan. Ini dapat dicapai dengan cara mempelbagaikan jumlah kalori dan jenis makanan yang anda makan setiap hari.

Sumber: Awani

Artikel Berkaitan:

Berat Pernah Cecah 100 KG, Nurul Zahid Dedah Buat Kaedah ‘Potong Usus’ Demi Kesihatan

Mandi Air Sejuk, Antara 7 Tip Elak Rasa Sering Mengantuk Di Bulan Puasa

Nak Hasil Solekan Jadi Wow, Elak Lakukan 10 Kesalahan Ini Waktu Mekap