Serik Kena ‘Eating Disorder’, Senaman Jadi Terapi. Rahsia Nadia Annuar Kekal Fit & Cantik! Personaliti ini hadir dalam dunia pengacaraan dengan pakej lengkap menjadikan figura ini cukup popular dan dikenali ramai.
Selain petah berkata-kata setiap kali mengacarakan suatu rancangan, kejelitaan Nadia Annuar juga turut mencuri perhatian ramai.
Dianugerahkan kulit puth bersih dengan susuk badan tinggi lampai ternyata ibu dua anak ini pandai menjaga kecantikan dirinya.
Nadia juga dilihat aktif melakukan aktiviti sihat dan kecergasan seperti bersenam dan dalam masa sama sibuk menguruskan perniagaan.
Ujarnya, amalan senaman membuatkan otak jadi lebih cergas, tubuh lebih cantik dan sihat. Tidak lengkap kehidupan Nadia jika dalam sehari tidak bersenam.
Sebelum itu rupanya, dia juga pernah mengalami masalah ‘eating disorder’ atau masalah gangguan pemakanan ketika berusia 26 tahun.
Masalah kecelaruan pemakanan yang dialaminya sudah sampai ke tahap tidak mahu makan.
“Ketika sakit, saya cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah ini. Alhamdulillah senaman dan aktiviti kecergasan adalah terapi terbaik buat diri saya. Sejak itu, saya mula bersenam setiap hari secara konsisten.
“Dalam seminggu, saya akan memperuntukkan empat hingga lima hari untuk bersenam. Tubuh juga perlu perlukan masa untuk berehat jadi tidak perlulah kita bersenam berlebihan sehingga boleh membahayakan tubuh.
“Selalunya dalam setiap sesi senaman, saya akan memperuntukkan masa selama lebih kurang satu jam setengah. Paling lama pun sekitar dua jam untuk satu sesi senaman. Aktiviti bersenam boleh dilakukan di rumah sahaja. Untuk mengekalkan stamina tubuh, kita perlu konsisten bersenam.
“Cara saya mengekalkan stamina tubuh ialah dengan bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan secara berkala.
“Bila kita sudah biasa bersenam, kita akan dapat rasa yang tubuh kita sentiasa cergas. Seelok-eloknya amalkan bersenam pada waktu pagi,” ujarnya yang juga merupakan anak kepada usahawan usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton.
Tambah Nadia lagi, bagi mendapatkan daya stamina yang tinggi bukan hanya perlu bersenam sahaja tetapi pada masa sama perlu mengawal pola pemakanan harian. Penting untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat.
“Saya memang tidak minum minuman manis. Tidak dapat dinafikan sebelum ini saya sudah terbiasa mengambil makanan dan minuman yang manis memandangkan keluarga saya berasalkan dari Kelantan. Namun lama-kelamaan saya sedar tabiat ini harus diubah.
“Saya jadikan kebiasaan minum kopi tanpa gula. Secara tidak langsung amalan ini membantu untuk ‘mencuci’ lidah. Percayalah apabila sudah terbiasa minum kopi kosong, kita tiada keinginan lagi untuk minum minuman yang manis,” kata Nadia yang juga gemar mengumpul pakain sukan.
Baginya pakaian sukan yang selesa dan cantik dengan warna dan corak ceria merupakan satu motivasi untuk terus bersenam.
Rupanya gigi taring jadi trend di Jepun, kalau di Malaysia berbeza ya. Ramai perempuan sanggup berhabis duit memakai pendakap gigi untuk mendapatkan gigi yang tersusun dan cantik.
Kalau nak tahu, perempuan di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring.
Gigi Taring Jadi Trend, Gadis Jepun Sanggup Berhabis Duit Untuk Pasang
Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal. Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670).
Namun, terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama.
Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.
Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin ramai anak, agak susah nak turun berat badan, inilah pandangan pelakon wanita, Yatt Hamzah yang baru sahaja habis berpantang selepas melahirkan bayi kelima.
“Memang makin ramai anak, makin susah nak kurus ya?” begitulah luahan dari ibu kepada lima cahaya mata, Yatt Hamzah.
Makin Ramai Anak, Yatt Rasa Lagi Susah Nak Turun Berat Badan
Akui walaupun berat badannya kini 70kg namun dia telah berjaya menurunkan lebih 15 kg selepas berpantang berbanding sewaktu hamil beratnya 90kg.
“Masa ni lepas berpantang anak ke 4, baby #SuciHawaZulaikha Berat masa ni 65kg turunlah dalam 13-14kg lepas berpantang.
Lepas Bersalin Anak Sulung Masih Melidi
“Masa kak Nia 11 tahun dulu lagi power, badan lebih kurus dan slim lepas bersalin daripada sebelumnya. 49-50kg masa tu memang melidi.
“Yelah masa tu zaman aktif berlakon drama mmg eloklah kurus slim tak adalah nampak mcm tong dalam TV,” tulis Yatt.
Kena Rajin Bersenam & Amalkan Gaya Hidup Sihat
Menurut Yatt lagi yang sedang berusaha menurunkan lagi berat badan, dia menolak pengambilan ubat kurus mahupun suplemen untuk kurus. Malah kini dia lebih selesa amalkan diet pemakanan eat clean.
“Sekarang berat 70kg lagi ni haa, tapi turun banyak lebih 15kg sebab masa bersalin haritu dekat 90kg!! Fuhh, mencabar betul Bonda anak 5 di usia 40an ni nak lose weight.
“Bonda pula bukan jenis ambil-ambil ubat atau supplement kurus. I always believe in eating clean and exercising in order to lose weight. There’s no such thing as short cut kalau nak kurus.
“Kena rajin bersenam dan amalkan cara hidup sihat. Supplement semua tu sebagai booster sahaja. Yang paling penting bersenam dan jaga makan,” pesan Yatt.
Berlari-lari Anak, Sambil Tolak Stroller Di Taman
Ibu ini juga menerangkan untuk mengeluarkan peluh, dia gigih berlari sambil menolak stroller. Walaupun bersama anak-anak sebenarnya mak-mak boleh saja bersenam!
“Mak-mak boleh amalkan tips ni, pagi-pagi atau petang boleh stroll anak-anak kat taman. Tolak baby sambil berlari-lari anak sikit. Jangan laju-laju kang terbalik anak tu naya!” kongsi Yatt.
Hah, setuju tak dengan pandangan Yatt Hamzah pasal ramai anak, makin susah nak turunkan berat badan?
Sumber/Sumber Foto : Instagram Yatt Hamzah
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fuh, ada trend buang lemak pipi pula untuk nampak kurus! Kemudian tular pula gambar Lea Michele menayang wajah baru dengan bentuk muka yang berbeza. Hilang pipi tembamnya tiba-tiba, memang lain habis!
Selepas melihat perubahan ketara pada wajahnya, ramai yang membuat andaian Lea mungkin mengikuti trend semasa kecantikan iaitu pembuangan buccal fat.
Mungkin sebab itulah efek mukanya lebih tampak tirus dan penonjolan tulang pipi yang tinggi.
Trend Buang Lemak Pipi, Memang Nampak Kurus Tapi Ada Kesannya!
Kalau ikutkan trend di TikTok, memang ramai yang berkongsi proses dan hasil pembuangan buccal fat. Jadi trend ini tak pelik, sama seperti lip filler atau penambahan implan.
Nama lain buccal fat ialah lemak pada pipi iaitu memang secara semula jadi ada pada setiap orang. Jadi pembuangan buccal fat salah satu kaedah untuk mendapatkan wajah yang kurus, tirus dan panjang. Bahkan bentuk rahang ‘jawline’ akan lebih ketara ala wajah supermodel.
Dipetik dari Beauty Insider, pembedahan ini adalah salah satu prosedur kosmetik yang kurang invasif dan tidak memakan masa. Rawatan cepat dan tidak menyakitkan yang mengambil kira-kira 30 minit dan boleh dilakukan di pusat aesthetic tempatan.
Kesan Buang Lemak Pipi
Namun ada perkara yang kita perlu sedar, pembuangan lemak semula jadi ini ada risiko baru pada perubahan wajah.
Pertama, semasa prosedur boleh berlaku kecederaan pada kalenjar ludah atau saraf muka secara tidak sengaja. Ini mungkin jarang terjadi tapi boleh ambil sebagai satu amaran untuk tidak teruja untuk melakukannya.
Kedua, kesan berpanjangan iaitu penyingkiran lemak pada wajah boleh membuat penampilan lebih nampak tua daripada usia. Anda perasan tak, mereka yang memiliki pipi yang tembam dan sihat kelihatan seperti keanak-anakan berbanding pipi kurus. Nampak comel!
Sebelum anda terjebak dengan trend ini, perlu ingat kesannya juga ya. Kalau ikut logik pun, secara semula jadi kita akan kehilangan lemak pipi seiring penambahan usia. Jadi kenapa guna cara pembedahan?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!