Setiap kali ziarah raya di rumah terbuka pasti kita akan disajikan dengan pelbagai juadah menyelerakan. Maklumlah Syawal kan sebulan jadi setiap hari pasti dapat undangan.
Nak tak nak mestilah kita akan menjamab sedikit sebanyak sajian disediakan tuan rumah. Lagi-lagi kalau menu kegemaran seperti ketupat, lemang dan rendang tersedia di meja hidangan.
Namun jangan risau ada beberapa tip boleh diikuti agar berat badan tidak akan naik walaupun sudah makan banyak.
Salah satu tip menarik dikongsi Weight Loss Motivator, Mohamad Faizal Saedon adalah pakai baju ketat. Kedengaran agak lucu tetapi sebenarnya menjadi.
Ikut tip lain yang dikongsi beliau jika mahu beraya sakan tanpa risau berat badan naik.
10 TIPS BERAYA TANPA RISAU BERAT BADAN NAIK
(no 10 agak kelakar tapi amat menjadi)
Ads
1. Elakkan Air manis. Bila ke rumah sanak saudara atau sahabat, jangan menikmati air manis. Segala macam sirap, Sunquick, bandung. Jangan segan untuk mintak air kosong dengan tuan rumah. Air manis seperi sirap mungkin berkalori sehingga 100 kalori hanya untuk segelas. Jadi jimatkan pengambilan kalori dengan hanya meminum air kosong sahaja.
2. Kurangkan kuih, biskut dan kerepek. Boleh makan, tapi ambil sedikit sahaja. Kawal nafsu mengunyah kalian dari memegang botol biskut raya sambil berborak. Kalau kuat, tak perlulah makan. Ingat pengorbanan melawan hawa nafsu amat berbaloi.
3. Makan hidangan utama dengan konsep suku suku separuh, kurangkan karbohidrat, lebihkan sayuran dan daging.
4. Jangan berborak sambil makan hidangan utama, ini bagi mengelakkan kita berada terlalu lama dihadapan lauk pauk. Lebih lama kita dimeja makan, lebih cenderung kita untuk menikmati hidangan tersebut.
Ads
5. Kurangkan pengambilan kuah seperti gulai, asam pedas atau apa jenis lauk yang berkuah. Disini kita mungkin boleh jimat beratus kalori. Cukup sekadar sesudu bersesuaian dengan pengambilan karbohidrat yang sedikit.
6. Banyakkan berjalan di hari tersebut. Bakar kalori dengan berjalan untuk kerumah sanak saudara. Jangan hanya naik kereta atau motorsikal.
Ads
7. Bersenam di petang hari raya. Ianya satu benda yang tidak mustahil dan tidak pelik. Terus bakar kalori yang masuk dengan aktiviti bersenam. Saranan saya 30-40minit berjump rope atau apa pun aktiviti pun sangat bagus bagi membakar kalori.
8. Berhenti makan lebih awal, mungkin pukul 4 petang menu terakhir dan hanya makan pula pada raya kedua jam 8 pagi. Kalian dah dapat lakukan Intermittent Fasting 16:8.
9. Banyakkan minum air kosong sebelum setiap hidangan. Disamping memenuhkan perut dan mengendurkan nafsu makan, air kosong sebelum makan dapat meningkatkan kadar metabolisma badan.
10. Pakai baju yang agak ketat, ini seolah kelakar. Tapi jika kita makan dengan banyak kita akan mudah rasa tak selesa dengan pakaian kita. Jadi ianya akan menjadi peringatan yang baik untuk kita berhenti makan.
Berikut adalah tips berdasarkan pengalaman saya sendiri bagi mengelakkan kita terlebih menikmati hidangan kegemaran kita yang dihidangkan semasa hari raya.
Untuk jadi lebih sihat dan kekal bertenaga, kita digalakakkan untuk melakukan aktiviti senaman atau workout.
Tidak kiralah senaman ringan atau berat bergantung pada tahap energi seseorang dan paling utama sikap rajin untuk bangun pagi atau petang bagi memulakan rutin senaman.
Perkongsian selebriti Nana Mahazan memberi tip bagaimana seseorang itu boleh rajin untuk workout dan dijadikan rutin harian.
Menurut, ada 3 tip mudah diberikan Nana untuk menjadikan badan dan minda jadi lebih sihat.
1. Set sehari atau malam sebelum untuk buat akiviti
2. Terus bangkit dan jangan fikir perkara lain
3. Jadikan rutin harian
Nana juga turut mengingatkan seseorang itu supaya turut mengambil pemakanan sihat dan sentiasa berfikir positif, sentiasa gémbira dan bersyukur pada Allah.
Baru-baru ini puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke 19 April lalu.
Dikatakan sebagai ‘Wanita Melayu Terakhir’, ternyata aura pesona cukup terserlah pada keperibadian yang dimiliki oleh tengku Fatimatuz Zahra’, hingga berjaya mencuri perhatian ramai.
Dalam perkongsian di laman Instagram @terengganu_royalfamily, gambar di muat naik sempena hari keputeraan, di mana Tengku Fatimatuz Zahra’ menggayakan busana pakaian tradisional dan songket Terengganu yang cukup indah, menarik serta mendapat pujian ramai.
noshazwani Cantik sgt tengku..slmt ulang tahun kelahiran YAM tengku.
shaheerashazlan Cantiknya tengku. Muka klasik melayu
nyunos64 Beautiful princess
__a.mokh Raut wajah melayu yg cantik. Selamat hari lahir Tengku Puteri
nurhairuniss Happy birthday Princess semoga sihat selalu so beautiful
Sebelum ini Tengku Fatimatuz Zahra’ juga adalah antara kerabat diraja di Malaysia yang popular dan sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi.
Terkenal dengan sifat lemah lembut dan senyuman yang sering terukir dibibirnya menjadikan penampilan dirinya tak jemu mata memandang.
Mewarisi kejelitaan bonda dan ayahandanya yang juga sangat popular dalam kalangan rakyat terutamanya di Negeri Terengganu.
Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21.
SofeaRose pilih KTM jalin kerjasama, unsur kemerdekaan mewarnai helaian hijab terbaru. Fesyen dan dunia kecantikan itu saling berkait rapat. Semua wanita pastinya mahu tampil bergaya jika sesuai dengan padanan fesyen dan solekan.
Sudah menjadi impian setiap wanita agar apa sahaja fesyen yang digayakan kena dengan penampilan mahupun apa juga situasi.
Pilihan fesyen yang bertemakan Merdeka juga tidak kurang hebatnya digayakan wanita masa kini.
Ada sahaja fesyen yang boleh dijadikan tema Merdeka dan Hari Malaysia asalkan kena dengan gaya.
Sejajar dengan fesyen dan Kemerdekaan, buat pertama kali di dalam sejarah industri fesyen tempatan, SofeaRose secara eksklusif melancarkan koleksi hijab terbaharu, The Nirmala Series sempena bulan Kemerdekaan ke-65 hasil kolaborasi bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Mempertaruhkan tiga koleksi hijab dan aksesori berupa totebag, magnetic pin, lanyard serta twilly, kolaborasi ini turut mencipta sejarah di dalam industri fesyen Tanah Air secara amnya apabila menjadi jenama pertama mengadakan Fashion Show SofeaRose X KTMB berlatarbelakangkan gerabak kereta api.
Setiap motif dan elemen yang ada pada Nirmala Series diinspirasikan oleh unsur Kemerdekaan dan KTMB iaitu kereta api, ekstrak bunga dan mercu tanda Malaysia. Setiap mainan warna juga membawa simbolik klasik dan keamanan.
Tampil dengan material Celine Matte Satin, Premium Chiffon dan pastinya Premium Cotton Voile khas buat pencinta hijab jenis bawal yang sinonim dengan citarasa mewah.
Mewarnai Helaian Hijab Terbaru
Tetap mengekalkan identiti SofeaRose iaitu hijab patuh syariah yang berukuran lebar, sebanyak 18 warna dipertaruhkan untuk rangkaian Long Shawl dan Square Scarf.
Setiap set akan hadir bersama hard covered box. Koleksi khas Merdeka SofeaRose X KTMB ini mempunyai element ren dan stesen kereta api yang menjadikan koleksi ini istimewa untuk dimiliki. Miliki hijab SofeaRose dengan mendapatkannya di butik atau secara online.