Usaha menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan atau diet sering menemui jalan buntu apabila gagal mencapai sasaran.

Biasanya diet dilakukan adalah dengan menghindarkan pengambilan nasi, tanpa karbohidrat atau mengawal kemasukan lemak ke dalam tubuh.

Kegagalan ini mungkin berpunca apabila terpaksa mengelak makanan kegemaran dan mudah lapar kerana nutrien yang masuk ke tubuh telah diserap menjadi tenaga.

Nak Kurus Cepat Guna Kaedah ‘Intermittent Fasting’, Tapi Kena Tahu Method Sesuai & Berdisiplin

Apa kata cuba diet Intermittent Fasting.

Intermittent Fasting adalah cara mengatur pola makanan dengan cara berpuasa dalam tempoh tertentu. Namun, diet cara ini membenarkan pengamalnya untuk minum air.

Diet cara ini bukan mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi mengatur bila perlu makan dan bila boleh mengelak pengambilan makanan seperti berpuasa.

Diet cara Intermittent Fasting lebih mudah kerana boleh makan apa sahaja termasuk makanan kegemaran cuma perlu mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Namun, keistimewaan intermittent fasting ini adalah pelakunya boleh memilih waktu yang sesuai dengan gaya hidupnya untuk berpuasa. Antara kaedah yang popular dan sering diamalkan adalah;

IKLAN

The 16/8 Method

Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan masa 16 jam berpuasa dan 8 jam masa untuk makan. Contohnya boleh memulakan hari dengan mengambil sarapan pada pukul 7.00 pagi dan boleh makan sehingga pukul 3.00 petang. Kemudian boleh mula berpuasa sehingga 16 jam lamanya. Ini bermakna anda boleh makan semula ketika sarapan esok harinya pada pukul 8.00 pagi.

Eat-Stop-Eat

Diet dengan cara ini Nampak lebih mudah tetapi pelaksanaanya mungkin sedikit mencabar. Kaedah ini dilakukan dengan berpuasa iaitu tidak mengambil sebarang makanan selama 24 jam tetapi boleh minum air.

Sebagai contoh boleh menikmati makanan sehingga pukul 7.00 petang pada hari Sabtu. Kemudian berpuasa sehingga pukul 7.00 petang hari Ahad keesokannya. Selepas berpuasa boleh kembali makan seperti biasa dengan mengambil 2,000 kalori sehari untuk wanita dan 2,500 sehari untuk lelaki.

Selain itu:  Kena Kecam Sebab Berisi, Wanita Tekad Buat Diet Suku-Suku Separuh. Lepas Setahun Berjaya Kurus!

Kaedah ini tidak menggalakkan berpuasa sehari atau dua hari dalam seminggu dan tidak boleh lebih daripada dua kali seminggu. Tidak juga dibenarkan melakukan amalan berpuasa ini dua hari berturut-turut.

Walaupun hanya mengamalkan amalan berpuasa sehari seminggu dapat mencipta difisit kalori sebanyak 10 peratus. Buat permulaan jika tidak mampu melakukan selama 24 jam boleh cuba dengan cara berperingkat mengikut kemampuan tubuh.

IKLAN

Nak Kurus Cepat Guna Kaedah ‘Intermittent Fasting’, Tapi Kena Tahu Method Sesuai & Berdisiplin

The 5:2 Diet

Diet mengikut kaedah ini pula tidak mengehadkan pengambilan makanan seharian sebaliknya mengurangi jumlah pengambilan makanan dengan hanya 25 peratus daripada jumlah pemakanan biasa.

Sebagai contoh, dua hari dalam seminggu, anda makan 25 peratus daripada rutin makan harian. Secara teknikalnya wanita hanya boleh makan dalam 500 kalori manakala lelaki pula dalam 600 kalori. Baki lagi 5 hari boleh meneruskan pola pemakanan yang biasa anda amalkan.   

Tip Berjaya Dalam Intermittent Fasting

• Banyak minum air kosong untuk mencegah dehidrasi sepanjang masa Intermittent Fasting.

• Dicadangkan untuk mula diet puasa ketika waktu malam yang memudahkan untuk berpuasa dalam waktu tidur.

IKLAN

• Sentiasa berpesan berpuasa bukan bermakna menahan lapar tetapi memberi tubuh berehat daripada sebarang aktiviti pencernaan.

• Digalakkan untuk mula diet puasa ketika anda sedang sibuk dengan tugasan agar dapat melupakan sebentar tentang pengambilan makanan.

• Usaha lebih efektif apabila diiringi dengan senaman yang bersesuaian.

Nak Kurus Cepat Guna Kaedah ‘Intermittent Fasting’, Tapi Kena Tahu Method Sesuai & Berdisiplin

Artikel Berkaitan:

Roti Tawar Gandum, Pilihan Terbaik Untuk Yang Diet. Sesuai Juga Diambil Buat Pesakit Diabetes!

Tak Susah Nak Kekal Langsing Walaupun Suka Makan, Syaratnya Pandai Potong Kalori Diambil

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI