My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Ads
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Ads
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagram, Loca B yang melahirkan anaknya setahun lalu memberitahu dia sudah berjaya mendapat bentuk badan sebelum mengandung dan gembira dengan perubahan bentuk fizikalnya.
Memberitahu tiga rules dalam memastikan dia berjaya melenyapkan 11 kg sepanjang setahaun perjalanan dietnya. Dia yang memiliki berat 60 kg dan kini beratnya sudah mencecah 49 kg.
1 year and i’m back to my normal weight. The goal is to be healthy and happy with my weight. The last video tho terasa berat
Rule no 1: Love your body at any weight.
Rule no 2: Trust the process. Jngan rushing nak turun berat badan. Numbers don’t mean much. Goal mesti logic.
Rule no3: Jangan restrict your food. Sejenis manusia yang messsti ada dessert just jangan menghantam. Makan sikit sikit tapi kerap that’s the best secret
I don’t believe in weight loss drinks macam choco shake tummy tea all that bs. recently start minum protein cause I dah start workout proper and at the weight where I just nak gain muscle and lean out dis body. k-bye
Ternyata perkongsiannya mendapat pujian ramai kerana tidak seperti orang lain yang kurus dengan makan suplemen. Tetapi Locka B hanya mengamalkan diet sihat melalui workout dilakukan.
sleepy.gebu damn this mama deserves an award so happy to see your progress and thank you for sharing your journey
morereech I love this especially yang bab choco shake ramai founder asyik jual…. Tapi kebanyakan mereka ada yg potong usus
tyty_zakarea You go girl..! I’m working out too and hope to get back to my normal weight.
akhmamohd Thank you for this sharing…such an inspiration
nonisgin Looks great ni baru real lost weight journey hehehe. U go mummy
Anda mesti pernah nampak toner jenama Hada Labo ini dekat drugstore kan? Memang ada banyak warna dan jenisnya.
Jadi kali ini anda boleh ambil peduli mana satu toner yang sesuai dengan masalah kulit anda.
Ini Cara Macam Mana Nak Pilih Toner Yang Sesuai Ikut Masalah Kulit
1. Blemish & Oil Control Hydrating Lotion
Yang ini sesuai untuk kulit jenis berminyak tapi dalam masa yang sama your skin dehydrated! This one texture dia very watery macam letak air dekat muka.
Sangat disarankan untuk siapa yang malas pakai toner!
Lepas pakai toner ini, kulit anda jadi kurang berminyak dan tak kering. Boleh pakai setiap hari.
2. Premium Whitening Lotion
Ini pula toner bagi anda yang ada masalah parut di wajah. Toner ni pun rasa sangat ringat macam tak pakai apa-apa di muka, sekejap saja kering.
Toner ini juga sesuai untuk anda yang ada dull/hyperpigmentation dan kulit terbakar dek kerana berjemur tengah panas.
Anda yang ada masalah jerawat, esok tu produk ini membantu soothe kan jerawat.
3. Premium Hydrating Lotion
Kulit terlalu kering? Haaa.. yang nak bouncy kulit macam pelakon kdrama, boleh grab yang ini. Anda patut cuba yang ini sebab texture very thick bila pakai rasa macam pakai moisturiser dah dia punya hydrating tu. LOVE!
Anda boleh pakai toner ini setiap malam dan bila nak apply mekap dan hasilnya tak akan bercapuk.
Rapi cadangkan ada grab dekat official store Hada Labo dalam Shopee. Sebab? Selalu ada diskaun!
Kredit gambar: sarahsofea
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat masa ini jika diserang demam saja akan buat kita jadi risau. Bimbang terkena jangkitan virus Covid-19 kerana itu salah satu tandanya selain selesema.
Tahukah kita ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan demam ini dan ada antaranya yang boleh membawa maut.
Perkongsian Dr Samhan Awang memberitahu penyakit yang boleh sebabkan demam dan bawa maut dalam masa singkat, antaranya demam denggi berdarah.
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan peningkatan suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius.
Pirogen yang dirembes oleh jangkitan akan menyebabkan sistem imunasi badan menghantar signal kepada hipotalamus di otak.
Hipotalamus akan ‘reset’ suhu badan menjadi lebih tinggi dengan tujuan untuk membunuh kuman tersebut. Badan akan mula mengigil, jantung berdenyut lebih laju dan aliran darah ke tangan semakin kurang untuk menaikkan suhu badan kepada tahap baru yang telah di ‘reset’.
5 penyakit yang menyebabkan demam dan maut dalam masa yang singkat :
1. Demam denggi berdarah
Denggi akan sebabkan Platelet menjadi rendah. Pesakit akan mengalami pendarahan seperti muntah darah,batuk berdarah,berak berdarah & gusi berdarah. Jika tak dirawat dengan cepat, akan maut.
2. Keracunan makanan
Ini akan menyebabkan muntah dan cirit birit yang berterusan. Air di dalam badan akan berkurangan. Badan akan menjadi lemah. Tekanan darah akan menjadi rendah dan badan tak mampu berfungsi dengan normal.
3. Jangkitan otak
Keradangan selaput otak(meningitis) disebabkan oleh bakteria Nesseria Meningitis. Ia mudah dijangkiti melalui titisan rembesan salur pernafasan. Pesakit akan mengalami demam panas,sakit kepala,muntah dan sawan.
4. Jangkitan paru-paru
Jangkitan paru-paru antara disebabkan oleh Streptococcus Pneumonia. Bakteria ini akan menjangkiti paru-paru dan seterusnya akan masuk kedalam darah dan menyebabkan sepsis. Pesakit akan mengalami demam yang tinggi ,batuk, selsema & kesukaran untuk bernafas.
5. Jangkitan virus
Jangkitan virus seperti influenza,SARS,Ebola dan yang terbaru coronavirus akan menyebabkan demam dan sukar untuk bernafas seterusnya boleh menyebabkan kematian.
Jika mengalami demam tinggi,sukar bernafas & sawan segera dapatkan rawatan doktor dengan segera.