Semalam telah bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan antara penerima terawal menerima suntikan vaksin ini.
Sebelum itu di luar negara ada beberapa rakyat Malaysia yang turut menerima vaksin covid-19 ini lebih awal.
Antaranya pengalaman seorang doktor dikenali sebagai Dr Wani di laman twitter yang berkhidmat sebagai dentist di India menerima suntikan vaksin ini.
Beliau memberitahu bagi mengalakkan orang ramai jadi panik dan risau akibat kesan daripada suntikan ini.
Pengalaman dapat suntikan vaksin
Ada beberapa vaksin di seluruh dunia
Dihasilkan oleh syarikat dan institut penyelidikan berbeza
IKLAN
Ini antara perbezaannya
Di India program suntikan vaksin percuma ini bermula sejak 1 Februari lalu untuk semua frontliner
Sebelum ini dah lama tunggu vaksin ini
Mula-mula daftar di kaunter pendaftaran untuk tahu pertama kali atau kali kedua terima vaksin
IKLAN
Nurse buat injection di bahagian lengan kiri, rasanya sama macam kena inject dekat sekolah
Nurse pesan jangan tonyoh di tempat injection
Ini antara temporary side effect lepas dapat suntikan
Sipmtom ini boleh jadi sama ada sehari lepas suntik atau seminggu kemudian
IKLAN
Rasa tak sedap badan, kemudian demam
Tipnya lepas dapat vaksin dapat rehat secukupnya, minum air & tidur awal
Keesokan harinya, bangun pagi sudah rasa lebih sihat. Dah boleh kerja macam biasa. Kesimpulannya jangan takut ambil vaksin, side effect hanya sementara saja
Dalam mengekang penularan virus Covid-19 terutamanya Varian Delta, kita sangat-sangat digalakkan untuk melakukan pencegahan kendiri dengan mengikut SOP dibenarkan.
Salah satunya adalah dengan penggunaan Face Shield yangbertujuan untuk perlindungan berganda setiap kali keluar rumah atas urusan penting.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan orang ramai menggunakan alat pelindung muka (face shield) bersama pelitup muka berganda (double mask) ketika berada di tempat awam.
Menurutnya, penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu memberi perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti Varian Delta yang kini dominan di dalam negara.
“Penggunaan alat pelindung muka perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan penularan dalam masyarakat,” katanya menerusi laman Facebooknya.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan penggunaan pelitup muka berganda bagi mengurangkan pendedahan kepada virus. Virus Covid-19 boleh memasuki badan seseorang melalui mulut, hidung dan mata.
Saranan ini turut dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengingatkan orang ramai supaya menggayakan Face Shield yang praktikal, yang dapat dihasilkan dan diedarkan dengan cepat dan berpatutan.
Penggunannya mestilah disertakan dengan facemask untuk perlindungan berganda dan menjamin risiko dijangkiti virus terutama Varian Delta yang boleh tersebar melalui udara dalam 15 saat saja.
“ Kita perlu menggunakan Face-shield yang praktikal, yang dapat dihasilkan dan diedarkan dengan cepat dan berpatutan.
“Penggunaan Faceshiled harus dimasukkan sebagai sebahagian strategi untuk mengurangkan penyebaran dan penularan jangkitan dalam masyarakat”
“Jika anda perlu ke tempat awam, menaiki kenderaan awam, pergi ke pasar, bertugas di kawasan yang tertutup seperti pasaraya, gunakanlah faceshield.
Seperti yang kita maklum, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telahpun bermula sejak pertengahan Mac lalu.
Sebelum ini fasa vaksin pertama telah diberikan kepada frontliner di seluruh negara. Dan perkembangan terkini pemberian vaksin menyaksikan slot vaksin AstraZeneca COVID-19 bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor telah ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh tiga jam 20 minit, selepas pendaftaran dibuka pada 12 tengah hari tadi.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah berkongsi kemas kini mengenai proses pendaftaran melalui akaun Twitternya berkata, mereka yang telah berdaftar akan menerima butiran lanjut mengenai temu janji pada aplikasi MySejahtera atau SMS mereka tidak lama lagi.
“Mereka yang tidak berjaya mendapatkan slot masih berpeluang meletakkan nama mereka dalam senarai menunggu di laman web sama di http://vaksincovid.gov.my,” katanya di Twitter.
Pada Sabtu, Khairy berkata, vaksin AstraZeneca dibuka kepada 268,000 individu secara ‘siapa cepat, dia dapat’ di laman web itu bagi penduduk KL dan Selangor dan temu janji pertama bagi slot vaksinasi itu akan dijalankan pada 5 Mei di PPV yang ditetapkan.
PPV itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Khairy juga dilaporkan berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan melancarkan inisiatif sama di negeri lain sementara menunggu penghantaran selanjutnya vaksin AstraZeneca.
Beliau berkata kerajaan juga dijadual menerima sejuta lagi dos vaksin AstraZeneca pada bulan ini melalui Akses Global Vaksin Covid-19 (COVAX).
“Kami akan memperluaskan pilihan ini di negeri-negeri lain, kecuali Sarawak yang telah menunjukkan penurunan dan akan memastikan mereka yang tidak mempunyai akses internet serta yang lain juga boleh mendaftar,” katanya.
Setiap hari kita lihat korban akibat Covid-19 semakin meningkat. Dan semalam mencatat 82 kematian.
Malah setiap kematian mencatat pengalaman yang sukar untuk dilupakan buat keluarga mangsa.
Seperti perkongsian di mana pesanan seorang ibu menyuruh lelaki ini supaya menjaga adik-adiknya dengan baik sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Muhammad Haidir Rodzi tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video itu adalah amanat terakhir ibu kepadanya sebagai anak sulung untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat COVID-19. Masih terngiang-ngiang di telinganya saat kata-kata itu dilafazkan.
Kedua ibu bapa, Rodzi (kiri) & Nazita Idris (gambar kanan tengah) yang menjadi meninggal dunia akibat Covid-10.
Sebelum itu ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lalu, manakala ibunya, Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
“Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka,” katanya mewakili adik beradik lain.
Muhammad Haidir bersama-sama empat adiknya, Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi berusia tujuh tahun kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.
Bercerita mengenai perkara itu, Muhammad Haidir berkata bapanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lalu dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif pada keesokan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin.
Namun, tanpa diduga, keluarga mereka menerima perkhabaran duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada jam 4.30 pagi keesokan harinya.
Lima beradik yang kehilangan kedua ibu bapa disebabkan virus merbahaya ini.
“Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital.
“Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang, manakala ibu pula mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.
“Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat daripada siapa?”, katanya lagi.
Muhammad Haidir berkata, arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif COVID-19, pada keesokan harinya.
Katanya, mereka adik-beradik juga didapati positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simptom yang teruk dan kini sudah sembuh daripada jangkitan itu.
Menjadikan kisah keluarganya sebagai contoh, Muhammad Haidir mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dan tidak memandang remeh terhadap penularan wabak COVID-19 yang boleh meragut nyawa insan tersayang.