Sempena kedatangan Ramadan tak lama lagi, pastinya buah kurma menjadi pilihan paling popular.

Tidak kira sama ada untuk berbuka puasa atau jadi juadah tambahan ketika bersahur.

Buahnya memang nampak kecil dengan pupa yang tidak menarik, tetapi mengandungi banyak khasiat.

Jadi rugi sangat bagi mereka yang tidak menggemarinya. Ayuh, kita periksa kelebihan makan kurma. Makan sebiji dua atau lebih untuk tubuh kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

1. Kandungan Nutrien Yang Tinggi

Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya. Namun, jangan biarkan ia menipu anda kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin

2. Tenaga Segera

Bagi individu yang melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru ni kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih bersenam.

IKLAN

3. Diet Sihat

Kurma juga mampu membantu dalam kita melalui diet yang sihat. Untuk individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.

Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak. Caranya dengan melecekkan kurma dan digaul dalam segelas susu rendah lemak. Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.

4. Bantu Mengurangkan Sembelit

Pengambilan kurma secara konsisten juga mampu menyelesaikan dan menghindarkan kita dari masalah sembelit. Umum mengetahui masalah sembelit sangatlah menyeksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir!

Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.

IKLAN

5. Menyihatkan Jantung

Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi adalah menjadi satu faktor penting mengapa ia perlu dijaga dengan rapi. Kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung.

Caranya mudah rendamkan ia semalaman, kemudian lecekkan pada waktu pagi dan makan.

6. Kawal Gula Dalam Darah

Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah. Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.

IKLAN

7. Meningkatkan Kesihatan Otak

Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

8. Menjaga Kesihatan Tulang

Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

Artikel Berkaitan:

Rugi Ratusan Ringgit Tapi Hasil Mengecewakan. Rezeki Pengantin Ini Dapat Sponsor Mekap MUA Bellaz!

Pilih Minum Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan

DIY Face Mist Guna Timun, Elak Kulit Wajah Jadi Kering Sepanjang Berpuasa