Sebagai wanita normal, pasti kita akan melalui fasa kitaran haid setiap bulan. Namun pernahkah anda mendengar mitos mengenai kedatangan haid yang dianggap kotor dan mengundang kemarahan.

Ini dikatakan terjadi di satu kawasan pedalaman di Nepal, di mana wanita yang sedang mengalami haid tidak boleh tinggal di dalam rumah.

Menurut mitos masyarakat tempatan, wanita haid di anggap “kotor’ dan akan mengundang kemarahan  Tuhan. Jika mereka ingkar, malapetaka akan berlaka pada keluarga tersebut.

Mereka akan bermalam di pondok kecil yang di bina di luar rumah. Menyedihkan, mitos ini menyebabkan ada wanita yang mati kesejukan di luar rumah.

Adakah kitaran haid ini satu hukuman buat wanita sehingga begitu banyak pantang larang yang di kaitkan dengan keadaan normal fisiologi wanita ini?

 

70 Ribu Kongsi Mitos Wanita Haid

Satu perkongsian mengenai “Apa Yang Wanita Perlu Tahu Ketika Period /Datang Haid” telah dikongsi oleh lebih 70 ribu netizen. 

Adakah benar apa yang di dakwa oleh laman ini?

Ikuti kupasan ringkas dan santai dari PHM

1. MITOS- Jangan memcuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka ketika datang haid dan boleh menyebabkan sakit kepala/ kepala masuk angin.

FAKTA-  Mencuci rambut ketika haid tidak menyebabkan kepala masuk angin. Liang rambut TIDAK terbuka semasa haid. KEBERSIHAN perlu di beri keutamaan semasa haid (PENTING!!)

IKLAN

2. MITOS – Jangan makan timun ketika sedang period kerana getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim..

FAKTA- Makan timun semasa haid TIDAK akan menyebabkan sebarang kesan pada dinding rahim kerana saluran pencernaan (perut, usus, dubur) TIDAK bersambung dengan rahim anda.

3. MITOS- Semua minuman sejuk tidak boleh diminum kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim.

FAKTA- Minum minuman sejuk bukan punca darah membeku. Seperti mana penerangan untuk mitos timun, air yang di minum akan melalui perut dan usus dan TIDAK mengalir ke rahim.

4. MITOS- air kelapa juga tidak boleh diminum disaat sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim anda sejuk.

FAKTA: Cuba bayangkan wanita yang tinggal di negara beriklim sejuk. Rahim nak sorok di mana? Minum air kelapa TIDAK menyebabkan rahim sejuk

IKLAN

5. Minuman bergas separti cola, pepsi dan apa saja yang bergas adalah tidak digalakan sama sekali diminum ketika haid. Selepas 5-10 tahun akan menyebabkan kanser rahim.

FAKTA – Minuman berkarbonat biasanya mengandungi kandungan gula yang TINGGI. Sama ada anda sedang haid atau tidak, kurangkan pengambilan makanan yang manis.

6. MITOS Ketika haid, tubuh tidak boleh terhantuk, terjatuh, dan terpukul dari benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, rahim boleh terluka.

FAKTA : Sekiranya impak pukulan di bahagian perut benar benar kuat, sesiapa saja berkemungkinan mengalami kecederaan tidak mengira sedang haid atau tidak.

Menjadi tanggungjawab kami untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai infomasi yang tepat.

IKLAN

Walaupun impak mitos mitos ini TIDAK sehebat mitos di Nepal, tetapi sampai bila kita hendak hidup dalam alam khayalan mitos?

 

Haid adalah satu kitaran normal bagi fisiologi wanita.

Dalam agama Islam sendiri, wanita yang sedang haid di beri keringanan untuk berehat dari ibadat sebagai penghargaan buat wanita.

Mengapa kita perlu menyukarkan golongan wanita dengan saranan yang tidak berasas?

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Artikel Berkaitan:

Buat Sambil Duduk, Doktor Ini Ajar Hilangkan ‘Period Cramp’ Waktu Datang Haid

Lagi Produk Kosmetik Racun Berjadual Dikesan KKM, Elak Beli ‘Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream’

Bukan Je Pesakit Kronik Kena Sihat, Tapi Tahu Jenis Ubat Diambil Sebelum Datang Ambil Suntikan Di PPV