Buah tembikai adalah antara buah-buahan yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan pencuci mulut.
Buahnya yang berwarna merah dan manis ini boleh dibuat penghilang dahaga kala cuaca panas.
Sama ada elok dimakan begitu saja atau dikisar menjadi jus buahan tanpa dimasukkan sebarang pemanis. Disenaraikan antara khasiat buah tembikai untuk kesihatan.
Tembikai mempunyai satu nutrisi yang dipanggil lycopene. Lycopene ini membantu melindungi sel badan dari rosak dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ianya terbukti dengan kajian yang dilakukan Universiti Purdue. Selain itu, satu lagi kajian yang diterbitkan pihak Jurnal Hipertensi Amerika juga menunjukkan tembikai dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi orang dewasa yang obesiti.
Lycopene juga mempunyai sifat anti-radang dan mampu bertindak sebagai anti-oksida untuk meneutralisasikan radikal bebas dalam badan.
Sifat anti-radang ini sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut, arthritis atau penyakit-penyakit yang berpunca dari stres, merokok dan juga pencemaran.
Kandungan tembikai yang penuh dengan air dapat membantu badan dari kehilangan air. Selain itu juga, air tembikai juga adalah konduktor yang baik dan ini sangat bagus untuk menghalang dari berlakunya strok haba. Jadi, kalau cuaca panas terik, teruslah mencari buah tembikai untuk dimakan ya.
Vitamin A sangat penting untuk kulit anda dan tembikai mampu membekalkan nutrisi ini kepada badan anda. Vitamin A juga membantu melembapkan kulit dan rambut sekaligus menggalakan pertumbuhan sel kolagen dan elastik yang baru setiap hari.
Minum satu cawan jus tembikai sebelum melakukan aktiviti sukan atau lasak mampu mengurangkan lenguh dan sengal otot selepas aktiviti tersebut. Fakta ini dibuktikan dengan satu kajian yang diterbitkan Jurnal Agrikultur dan Sains Makanan pada tahun 2013.
Selain itu, satu lagi kajian telah dibuat dan menunjukkan tembikai dapat membantu meningkatkan prestasi ahli sukan yang mengamalkan tembikai sebelum menjalankan sukan tersebut.
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain, tembikai dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser melalui sifat anti-oksida yang ada. Lycopene secara amnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengurangan kanser prostat menurut Institut Kanser Kebangsaan Amerika.
Setiap hari, anda terdedah dengan pelbagai jenis toksin. Sebahagiannya datang melalui pemakanan dan udara persekitaran anda. Jadi, tugas buah pinggan sangat penting bagi mengeluarkan toksin-toksin tersebut dari badan anda.
Dua nutrisi penting yang ada di dalam tembikai, iaitu potasium dan kalsium dapat membantu buah pinggang dalam proses mengeluarkan toksin dari badan. Jadi, amalkan makan tembikai setiap pagi untuk kesihatan yang lebih baik.
1 cawan buah tembikai yang telah dipotong seberat 152 gram mengandungi dan membekalkan:
– 43 kalori
– 0 gram lemak
– 2 miligram garam
– 11 gram karbohidrat
– 1 gram serat
– 17% vitamin A yang diperlukan setiap hari
– 21% vitamin C yang diperlukan setiap hari
– 2% zat besi yang perlu setiap hari &
– 1% kalsium yang diperlukan badan setiap hari
Viral baru-baru ini video di mana pelakon Will Smith telah menampar pelawak, Chris Rock kerana mempersendakan isterinya Jada Pinkett-Smith di pentas anugerah berprestij Oscar di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Ternyata sikap gentleman Will Smith mendapat pujian ramai kerana mempertahankan isterinya yang kini berimej botak dari menjadi bahan gurauan di pentas.
Namun sebenarnya jenaka kepala botak yang dikatakan oleh Chris Rock itu ada kena mengena dengan penyakit alopecia yang dialami oleh isteri kesayangan Will Smith ini.
Apa itu penyakit apolecia dan apakah punca seseorang boleh mengalami masalah ini. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menjelaskan mengenainya.
Sekarang ni, video Will Smith menampar Chris Rock(pelawak) semasa di pentas majlis Oscar berlangsung, sedang tular di media sosial.
Ini terjadi kerana Chris berjenaka tentang kepala botak Jada Pinkett(isteri Will). Jada sebenarnya berkepala botak kerana mengalami alopecia
Alopecia tu apa pula? Alopecia adalah kondisi di mana seseorang itu mempuyai masalah kehilangan rambut (atau bulu). Antara puncanya adalah:
– Stress – Keturunan – Hormon – Jangkitan (kulat/bakteria) – Masalah imun / ekzema – Malnutrisi(kurang zat)
Adakah alopecia ni masalah yang kekal? Jika tidak kekal, apa rawatan yang ada untuk merawatnya?
– Pengurusan stress : susun masa, cukupkan rehat, pengawalan emosi dan gaya hidup. – Hentikan pengambilan steroid anabolik (jika ada menggunakannya) – Pengambilan diet yang lebih seimbang dan teratur. Kurangkan makanan ringan. – Jika puncanya jangkitan kulat di kulit kepala, ubatnya antifungal. Jika bakteria, antibiotik. – Jika berpunca dari masalah autoimmune maka perlukan ubat mengawal respon imuniti.
Andai kata dah cuba buat yang di atas ni, tapi tak ada perubahan, maka bincang dengan doktor tentang: – Minoxidil 5%: serum – Fenesteride: pil – dan lain-lain *Fenesteride biasa diberi pada pesakit lelaki sahaja.Ubat² ini perlu pengambilan berterusan untuk menampakkan hasil. Andai kata rawatan dengan ubat masih tak mampu dapatkan hasil yang diharapkan, maka pilihan terakhir adalah : – Hair transplant:(tanam rambut) Doktor ambil rambut dekat kawasan yang tak botak, dan pindahkan(tanam) di kawasan yang botak. Maknanya guna rambut sendiri sahaja.
Kesimpulannya, ia masalah yang mempunyai pelbagai punca, dan bukan sekadar menjejaskan penampilan fizikal. Ia boleh mengganggu emosi dan keyakinan disi seseorang yang mengalaminya.
Maka, ia topik yang agak sensitif untuk dijadikan bahan lawak di majlis siaran langsung.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan Penafian: saya tak menyokong apa-apa bentuk keganasan.
Setelah hampir 21 tahun tidak pernah menang pertandingan ratu cantik Miss Universe, India kembali memecah dominasi apabila pesertanya yang dinobat sebagai juara menerusi jelitawan, Harnaaz Sandhu.
Pertandingan yang menghimpunkan ramai jelitawan seluruh dunia ini berjaya mengangkat nama Harnaaz Sandhu dengan mengetepikan 79 lagi peserta dari seluruh dunia.
Jelitawan ini sangat terserlah aura sebagai juara apabila melepas segmen tetap pertandingan, segmen pakaian mandi, gaun dan juga soal jawab pada peringkat top 5 dan top 3.
Harnaaz dilihat cemerlang dalam semua segmen terutama sewaktu menjawab soal jawab di mana dia di soal mengenai cara mengajak masyarakat dunia untuk mengambil serius akan isu perubahan iklim yang semakin meruncing.
Dia juga turut yakin memberikan pendapat ketika di tanya dalam soalan Top 3 yang menyaksikan dirinya bersaing dengan peserta dari Paraguay dan Afrika Selatan mengenai nasihat kepada gadis remaja di luar sana yang senang berdepan tekanan zaman ini.
Jawapan menyakinkan diberi menobatkan dirinya sebagai juara Miss Universe 2020. Ayuh kita lihat fakta menarik si cantik Harnaaz Sandhu yang baru berusia 21 tahun ini.
1. Berdarah Punjabi mengidolakan Priyanka Chpra sebagai pelakon wanita kegemarannya. malah ramai kata wajahnya mirip Priyanka dahulu di Miss World 2000.
2.Dilahirkan 3 Mac 2000. Ia juga merupakan tahun sama di mana wanita kedua dari India iaitu Lara Dutta menang gelaran Miss Universe 2000. 21 tahun kemudian tiara ini jadi milik Harnaaz Sandhu.
2. Wanita 21 tahun ini merupakan lulusan dari sekolah khusus wanita Post Graduate Government College. Dia juga menyambung pengajian Master dalam jurusan Public Admistration.
3. Harnaaz Sandhu telah mengikuti pertandingan kecantikan sejak usianya 17 tahun. Dia merupakan pemenang Times Freshface Miss Chandigarh 2017. Dia juga pernah menang Miss Max Emerging Star 2018 India.
4. Memiliki tinggi badan 175 cm, Harnaaz Sandhu menyukai bidang lakonan, menyanyi, tari, yoga, berenang, naik kuda dan memasak. Pada masa remajanya, Harnaaz mengaku kerap dibuli karena tubuhnya terlalu kurus.
5. Pada malam final Miss Universe 2021 Harnaaz Sandhu menampilkan bakat tersembunyinya iaitu meniru suara kucing.
6.Kali pertama India memenangi gelaran Miss Universe adalah menerusi Sushmita Sen pada tahun 1994 di Filipina. Manakala Lara menang di Cyprus dan Harnaaz pula di Israel.
7.Menerima ucapan tahniah dari pemenang terdahulu yang juga rakan senegara, Lara Dutta di laman twitter. Juga menerima ucapan tahniah oleh Priyanka Chopra di laman Instagramnya.
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.