Siapa yang tidak mengenali bayi yang mencipta fenomena tersendiri, Ainul Mardhiah.
Dia yang kini berusia tiga tahun sebelum ini menghidap Germ Cell Tumor sejak dilahirkan.
Kisahnya juga turut perhatian pelatih pakar bedah warganegara Malaysia di London, Dr Nur Amalina Che Bakri yang mengambil inisiatif mengaturkan pembedahan di Hospital Kanak-Kanak London.
Misi murni tersebut terlaksana apabila Dr Amalina bersama pasukan diketuai Ketua Unit Kraniofasial, Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong berjaya membuang tumor terbabit pada 10 Jun 2019.
Bagaimanapun, tumor seberat 200 gram pada bahagian mulut yang dialami anak sulung kepada pasangan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaidi itu berjaya dibuang.
Walaupunkini Ainul Mrdhiah menunjukkan perkembangan positif dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Bapanya, Ahmad Safiuddin berkongsi salah satu kesan daripada pembedahan yang dialami permata hatinya. Dikatakan, Ainul tidak dapat menggerakkan bahagian kanan mukanya.
“Saya nak share sikit kesan major operation Ainul di UK dahulu. Jika kita perhatikan muka Ainul, tampak bengkak sebelah kanan pipinya. Saya rasa, ini sahaja komplikasi pembedahan. Mukanya di sebelah kanannya tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan saraf-saraf tidak dapat disambung semula.
Ads
“Saraf-sarafnya ketika itu memang sangat halus. Umurnya pada waktu itu baru lapan bulan. Jadi memang agak mustahil pakar dapat menyambungkan seperti asal. Dan memang itulah komplikasinya, kata pakar, “tulis Ahmad Safiuddin baru-baru ini di laman Instagramnya.
Selain itu, beliau juga berkongsi apabila Ainul senyum atau ketawa jelas kelihatan pipi sebelah kanan tidak bergerak. Hanya sebelah kiri muka sahaja berfungsi dengan baik.
“Begitu juga kalau Ainul menangis. Biasanya kita kalau menangis mata akan tertutup rapat. Tapi, Ainul menangis mata kirinya sahaja dapat ditutup. Mata kanannya terbuka,” ujar bapa kepada dua orang anak.
Selain itu, Ahmad Saifudin juga mengimbau saat awal Ainul dibedah. Katanya muka sebelah bengkak. Namun begitu, kini beliau bersyukur apabila bengkak tersebut semakin surut.
Ads
“Tapi apa pun, kami tetap bersyukur dan ini hanyalah masalah kecil. InshaAllah apabila Ainul dah besar, kami akan rujuk pakar pembedahan plastik untuk buat reconstruction jika perlu.
“Sebenarnya sebulan yang lalu kami sudah jumpa pakar pembedahan plastik berkenaan saraf mukanya yang rosak (damage). Doktor menyatakan Ainul masih kecil. Budak kecil sel-sel dan saraf baru akan tumbuh setiap hari.
“Jadi, berkemungkinan muka disebelah kanan Ainul boleh pulih sendiri. Mungkin. Sebab kanak-kanak bukan seperti orang dewasa. Kanak-kanak punya pemulihan (recovery) sangat pantas,” kata Ahmad Safiuddin yang telah mendapatkan konsultasi pakar.
Dalam pada itu, beliau juga memberitahu sekiranya pemulihan saraf tidak terjadi apabila Ainul berusia lebih 12 tahun atau mengganggu perkembangan, beliau merancang untuk membawa Ainul menjalani pembedahan plastik.
Ads
“Andai kata apabila sudah besar keadaan sebelah kanan muka masih sama, pembedahan plastik boleh dilakukan. Tapi, bukanlah dalam masa terdekat. Mungkin tunggu Ainul berusia 12 tahun dan ke atas. Tapi jika perkara ini mengganggu proses percakapan, pembelajaran dan pemakanannya, mungkin pembedahan akan diawalkan.
“Pakar menasihati, biarlah Ainul main dulu. Dia sudah banyak struggle pada awal kelahiran. Biar Ainul rehat. Asalkan dia aktif, boleh makan, boleh bermain, maka leave her alone,” kongsi Ahmad Safiuddin.
Pelakon Fazura dikenali sebagai seorang selebriti yang sangat menjaga penampilan dirinya sejak zaman sebelum berkahwin dan bergelar ibu.
Penampilan yang sentiasa kelihatan cantik dan anggun ini terus dibawa sehinggalah Fazura bergelar seorang ibu kepada cahayamata.
Ternyata pengalaman selepas melahirkan anak tidak menjadikan alasan untuknya tidak menjaga saiz badan agar kembali langsing.
Namun begitu, pelakon yang sentiasa mengukir senyuman paling cantik ini mengakui proses mendapatkan berat badan ideal bagi dirinya bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi selepas bersalinkan anak sulung lebih setahun lalu.
“Ada ketikanya saya bersenam cuma tidaklah macam dulu. Sebelum ini dalam seminggu dapat tiga kali bersenam. Sekarang satu atau dua minggu dapat buat sekali sahaja.
“Cuma bila ada peluang untuk ‘workout’ dalam sejam dua tu, saya akan betul-betul fokus. Selebihnya saya elakkan ambil menu berat selepas jam 6 petang,” katanya lagi.
Isteri kesayangan pelakon Fattah Amin ini juga sering menerima banyak pandangan mengenai soal pemakanan demi anak yang dikandung.
“Pada sebelah pagi, saya minum air kosong dan lemon bersama oat, kemudian tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Makan malam jam 6 petang dan sekiranya lapar akan makan buah sajalah.
“Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang luar yang minta saya makan apa sahaja demi mendapatkan bayi comel dan gebu. Minum pula Milo Ais Tabur boleh dikatakan setiap hari.
“Kata mereka makan saja, nanti lepas bersalin mesti cepat kurus. Ketika hamil, berat badan saya sekitar 76kg.
Apabila bersalin berat badan turun ke 65kg dan sekarang 54kg. Wanita bila bersalin perubahan berat badan itu akan berbeza-beza,” katanya lagi yang kini turut bergelar usahawan.
Terdahulu, Fazura teruja dan bersyukur atas kerjasama bersama Profesor Datuk Dr Che Muhaya Mohamad.
“Alhamdullillah, syukur kerana termakbulnya hasrat saya untuk berkolaborasi bersama insan yang dikasihi, Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical.
“Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna menarik sempena Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang ,” katanya sambil tersenyum.
Nak kecutkan jerawat dan licinkan kulit tanpa menggunakan produk dan krim muka, anda boleh guna bahan alami sahaja.
Kalau ikutkan sudah ramai yang menggunakan petua wajah ini tetapi kali ini Puan Aisyah Badar Bajrai kata, tips ini dikongsikan oleh seorang MUA untuk hilangkan cela di wajah dengan mudah sebelum sapu mekap.
Jom semak perkongsian Wanita ini tentang rahsia jadikan kulit bebas cela.
Kecutkan Jerawat Dan Licinkan Kulit, Bangun Pagi Gosok Tomato Beku
Ini salah satu petua kecemasan Aisyah apabila muka tetiba naik jerawat. Petua ni bukan setakat simple, tapi memang berkesan sangat.
Aisyah tahu ramai dah tahu petua ni. Tapi tak apa, mungkin ada yang tak tahu lagi. Boleh la cuba nanti.
Petua ni Aisyah dapat daripada sorang MUA, MUA ni cerita dulu dia ada makeup kan model yang ada jerawat pasir. Lepas dia nasihatkan model itu pakai tomato ice kat muka, kulit model tu licin sangat.
Tomato ais ni bukan setakat boleh kecutkan jerawat dengan licinkan kulit, tapi kalau ada parut jerawat pun boleh hilang tau. Kalau konsisten pakai, pori-pori muka pun boleh makin kecil.
Ok jom tengok cara buat tomato beku ni;
Masukkan sebijik tomato dalam freezer 3-4 jam. Pastu potong dua.
Ambil sebelah tomato yang dipotong tu pastu basuh sikit dengan air. Pastu baru golek golek tomato tu pada muka sampai tomato tu hancur.
Biarkan dia kering 15-20 minit. Pastu baru basuh.
Cara Amalkan Tomato Beku
Sehari boleh buat 2 kali. Cuba konsisten buat seminggu insyaAllah nampak beza nanti.
Ini Khasiat Tomato Ais
Kecilkan pori -pori muka.
Kurangkan minyak pada muka.
Kurangkan sembab muka.
Melancarkan darah muka, nanti muka pinkish.
Hilangkan blackhead.
Sekatakan warna kulit.
Kurangkan jerawat.
Okay, bagi anda yang tak berapa rajin nak tepek banyak produk muka, anda boleh konsisten sapu tomato beku ini ya.
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini bekas pengacara program 3R ini, Tini Ariffin mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara tahap satu sejak dua bulan lalu.
Tidak tahu macam mana nak berkongsi tentang sakit ini, namun menerusi laman Instagram, Tini berkongsi mengenai perkara itu selepas dapat mengawal emosinya.
Tini Ariffin Kanser Payudara, Ini Nasihatnya Pada Orang Ramai
“Saya dah simpan berita ini selama lebih kurang dua bulan. Tak pasti sama ada saya nak kongsikan atau sekadar buat tak tahu seperti benda ini okay, atau benda ini tak ada apa-apa pun.
“Tapi, saya terpanggil nak kongsikan sebab saya tahu, di luar sana, ada ramai wanita yang melalui perjalanan ini sama seperti saya. Saya harap, perkongsian saya ini bermanfaat.
“Saya sekarang sudah dapat mengawal emosi, memproses berita ini, mendapatkan maklumat dan saya di situasi yang lebih baik sekarang.
“Dua bulan lalu, saya disahkan menghidap barah payudara. Saya sedar kewujudan ketulan di payudara ketika sedang mandi. Panik. Keesokan harinya saya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan,” tulisnya.
Konsisten Buat Mammogram
Tini berkata dia melakukan Mammogram dan Ultrasound setiap tahun sejak memasuki usia 40-an sebelum menyedari kewujudan ketulan itu.
“Saya secara konsisten, melakukan Mammogram dan Ultrasound setiap tahun sejak saya melangkah ke usia 40 tahun. Tahun lalu, tak ada apa-apa.
“Sedar akan kewujudan ketulan itu, satu perkara. Tak tahu apakah benda itu, satu lagi perkara. Tak keruan saya dibuatnya.
“Cadangan pertama, saya perlu jalani pembedahan dan sampel ketulan itu akan dihantar ke makmal untuk diuji. Kalau ia kanser, doktor akan teruskan dengan prosedur seterusnya.
“Saya meneruskan dengan biopsy selepas meneliti cadangan kedua. Saya nak tahu sama ada ketulan atau ketumbuhan itu adalah benda biasa atau yang akan merosakkan.
“Tak ada pembedahan besar, cuma ambil sampel pertama dan hantar ke makmal. Langkah ini lebih sesuai dengan situasi pada ketika itu, yang mana saya agak tertekan selepas mendapat tahu mengenai wujudnya ketulan itu,” katanya.
Menurut Tini lagi, rata-rata mengatakan dia bertuah kerana dapat mengesan kanser tersebut lebih awal dan terus bertindak.
“Penantian untuk keputusan biopsy itu mengambil masa tiga hari bekerja. Saya terus berdoa dan berfikir secara positif bahawa ketulan dan ketumbuhan itu adalah bukan benda yang buruk. Ramai yang mendoakan saya agar semuanya okay. Saya sangat bersyukur.
“Allah tahu segalanya dan keputusannya, ia adalah kanser tahap satu. Semua yang berada di hospital berkata, saya bertuah sebab saya dapat kesan mengenainya lebih awal dan terus bertindak. Bayangkan, kalau saya simpan sendiri dan anggap bahawa ia adalah ketulan biasa?” tulisnya.
Macam Mana Nak Tahu Anda Berisiko Kanser Payudara?
Kanser payudara lebih banyak terjadi di kalangan wanita.
Lebih berumur, lebih berisiko. Anda yang berumur lebih 40 tahun bagi wanita pra-menopaus dan lebih 50 tahun bagi wanita yang telah menopaus.