Tak lengkap menu harian kalau tidak ada masakan pedas. Dan biasanya kita gunakan tangan untuk memegang cili padi ditumbuk atau dikisar.

Namn selepas itu tangan akan rasa pijar disebabkan pedas cili berkenaan. Jika tak kena gayanya, rasa pijar tangan agak lama.

Perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu cara bagaimana untuk hilangkan rasa pijar di tangan ini.

“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”

Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.

Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.

IKLAN

Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:

1. SUSU: susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.

2. MINYAK: jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.

3. CUKA:  capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.

IKLAN

4. ALKOHOL: capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.

5. LOSYEN: gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.

Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.

IKLAN

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kesihatan dan Perubatan

Artikel Berkaitan:

Makan Pedas Boleh Kurus? Pakar Nutrisi Jelaskan Kesannya Jika Diambil Secara Berlebihan!

10 Tahun Layan Makan Pedas, Punca Wanita Ini Hampir Kena Kanser

Pilih Songket Biru Lembut Di Majlis Sanding, Heliza Pengantin Paling Cantik Dirai Teman Baik