Sebelum workout, perhatikan dulu jenis makanan apa yang anda makan kerana jika tersilap boleh menyebabkan badan tidak menjadi seperti yang anda inginkan.

Mengambil makanan yang salah bukan sahaja boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan, sebaliknya boleh menghalang anda untuk mendapat hasil yang maksimum.

IKLAN

Oleh itu, sebelum workout pastikan anda tidak mengambil makanan-makanan ini jika tidak mahu usaha anda untuk membina otot menjadi sia-sia.

IKLAN
IKLAN

Siapa kata kaum wanita tidak boleh membina otot, cuba dulu baru tahu hasilnya.

1. GULA & MINYAK

Memang nampak menyelerakan, namun pastikan anda elak mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional sebelum bersenam. Walaupun ia mampu memberi tenaga ketika peringkat awal anda bersenam, namun badan anda akan mula rasa lemah semasa pertengahan aktiviti senaman, sekali gus boleh menyebabkan pening kepala.

2. MAKANAN SEGERA

‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, ia akan menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa anda melakukan aktiviti bersenam.

3. MAKANAN TINGGI SERAT

Secara umum, makanan yang kaya dengan serat seperti pasta, roti gandum dan oat dapat membuatkan perut anda kenyang lebih lama. Namun sebelum bersenam, makanan tinggi serat ini perlulah dielakkan kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dicernakan di dalam badan sehingga boleh mengganggu pencernaan. Ketidakselesaan ini boleh mengakibatkan timbulnya kembung, mual dan kekejangan perut yang boleh menghalang aktiviti senaman anda.

4. MINUMAN BERKARBONAT

Minum jenis ini sememangnya tidak berkhasiat dan sudah pasti ia tidak sesuai untuk diambil sebelum pra-latihan. Kandungan gula yang tinggi boleh membuatkan perut kembung, kejang perut atau mual semasa bersenam.

5. MINUMAN TENAGA

Minuman tenaga sebenarnya mengandungi kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan minuman tenaga yang berlebihan boleh membuatkan pola tidur anda menjadi tidak sekata. Ini boleh mengganggu rutin senaman dan pemakanan sehingga merosakkan impian anda untuk memiliki bentuk badan yang anda idamkan.

6. MAKANAN PEDAS

Makanan pedas perlu anda hindari sebelum bersenam kerana ia boleh menyebabkan terjadinya gangguan pada pencernaan ataupun pedih ulu hati. Bukan itu sahaja, makanan pedas juga boleh meningkatkan kekejangan sekali gus memaksa anda untuk menghentikan latihan atau mempengaruhi usaha anda ketika bersenam.
Artikel Berkaitan: