Jika dimakan begitu sahaja, rasa limau Kasturi amat masam. Sebab itu buah ini biasanya digunakan sebagai bahan penambah rasa dan penyedap dalam minuman dan makanan.

Namun begitu kegunaan limau Kasturi tidak terhenti begitu sahaja. Buah yang dikenali dengan nama globalnya calamansi ini juga banyak manfaat dari segi perubatan dan baik untuk kesihatan

Antara nutrisi yang terdapat dalam limau kasturi adalah asid askorbik, kalsium, magnesium, fosforus, besi, zink, sodium dan juga gula

Bukan Saja Penyedap Masakan, Limau Kasturi Juga Boleh Nyah Bau Badan. Semak 6 Lagi Khasiatnya!

Khasiat Limau Kasturi Untuk Kesihatan

1-Membantu Menyahtoksin Badan

Jus yang diperah daripada buah limau Kasturi dikatakan bermanfaat dalam membantu merangsang pembuangan air kecil keluar daripada buah pinggang. Selain itu, jus ini dikatakan baik sebagai agen penyahtoksin.

Hal ini sekaligus membantu dalam menguatkan fungsi hempedu, ginjal, buah pinggang dan juga hati terutamanya dalam membuang toksin berlebihan daripada tubuh.

IKLAN

2-Membantu Memperbaiki Kesihatan Pernafasan

Kandungan tinggi tahap asid sitrik dalam jus buah limau Kasturi amat bermanfaat dalam membuang lender dan kahak, yang menyebabkan jangkitan sering merebak. Pengambilan jus ini sekaligus mampu melegakan keradangan pada tekak dan juga saluran pernafasan.

3-Membantu Menjaga Kulit

Dikatakan di benua Asia, kebanyakan orang telah menggunakan jus buah limau Kasturi sebagai bahan untuk penjagaan kulit. Ia berfungsi sebagai agen pemutihan. Selain itu ia juga dikatakan mampu membantu memberi antioksidan pada kulit, dan sekaligus dikatakan mampu membantu mencegah kedutan dan tanda-tanda penuaan lain.

Dikatakan pengambilan jus buah limau Kasturi mampu membantu mengatur pengeluaran glukosa dan juga insulin dalam aliran darah.

IKLAN

Bukan Saja Penyedap Masakan, Limau Kasturi Juga Boleh Nyah Bau Badan. Semak 6 Lagi Khasiatnya!

4-Membantu Meningkatkan Imuniti

Kandungan vitamin C dalam buah limau Kasturi dikatakan bermanfaat dalam memberi peningkatan yang luar biasa dalam sistem imun.

Selain itu:  Jangan Sesekali Skip Cuci Muka Setiap Pagi, Cara Terbaik Cegah Jerawat Timbul Di Wajah

5-Membantu Mengawal Tahap Kolesterol

Dikatakan ada kajian menunjukkan kajian pengambilan jus buah limau Kasturi bermanfaat dalam menurunkan kadar kolesterol.

IKLAN

7-Mencegah Bau Badan

Dikatakan mereka yang mengalami masalah bau badan yang busuk akibat menderita masalah peluh yang banyak boleh menggunakan buah limau Kasturi. Buah ini mengandungi sifat antibakteria dan boleh membunuh bakteria penyebab bau badan busuk.

Gosok buah limau Kasturi pada bahagian badan yang busuk atau anda boleh mandi air rendaman buah limau Kasturi.

Artikel Berkaitan:

Minum Teh Hijau, Boleh Bantu Cepat Turunkan Berat Badan. Tapi Kena Tahu Waktu Terbaik Pengambilannya!

Edamame, ‘Snek’ Popular Dalam Sushi Jepun Sangat Sihat & Sedap, Rebus Dahulu Sebelum Makan

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI