Limfoma terjadi apabila sel limfosit yang berada di kelenjar limfa membiak di luar kawalan.
Menurut kajian, limfoma pada awalnya mungkin tidak mempunyai simptom tetapi simptom yang terawal akan didapati adalah pembesaran kalenjar limfa.
Namun, beberapa tanda dan gejala yang perlu anda ambil tahu iaitu;
Benjolan di leher, ketiak atau pangkal peha (tanda utama)
Demam berpanjangan
Hilang selera makan
Hilang berat badan
Ruam dan kegatalan kulit
Keletihan dan tidak bertenaga
Siapa pula yang berisiko mendapat penyakit berbahaya ini? Antara golongan yang akan sering mendapat penyakit ini adalah mereka yang mempunyai sistem imum yang lemah.
Ads
Antara pesakit tersebut adalah;
Peskait autoimum
Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C
Penerima organ
Mempunyai keluarga terdekat yang menghidap limfoma.
Rawatan untuk kanser ini adalah bergantung kepada tahap kanser tersebut. Paling penting, pesakit tersebut perlu disiplin.
Ads
Jika ada anda ada tanda-tanda seperti diatas, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Jangan buang uncang teh lepas anda guna buat air sebab benda ini boleh sambung untuk cantikkan kulit wajah.
Pelik namun inilah cara jimat yang anda boleh amalkan dalam kehidupan harian. Merujuk perkongsian Puan No Or di laman Facebook, uncang teh sangat membantu dalam dunia kecantikan.
Jangan Buang Uncang Teh
Selepas buat teh, anda terus buang ke uncang tu?
Hah, rugi tau! Sebaiknya jangan terus buang sebab uncang teh ni masih boleh digunakan sebenarnya. Senang sesangat caranya.
1. Petua lembut dan haluskan tangan
– Keluarkan serbuk teh dari uncang.
– Lumurkan keseluruh tangan dan tapak tangan.
– Gosok perlahan-lahan selama 3-5 min.
2. Petua cerahkan kulit muka, hilangkan pori terbuka & hilangkan jerawat
– Uncang yang dah guna tu, korang bukak dan kuarkan serbuk teh tu.
– Lumurkan ke seluruh muka dan leher.
– Biarkan selama 15min. Kemudian bilas bersih.
– Boleh buat setiap hari, sampai dapat result yang anda nak.
3. Petua hilangkan mata panda (lebam di bawah mata)
– Untuk petua ni korang perlukan 2 pcs uncang
– Sejukkan kat peti sejuk sekejap
– Lekapkan kat kelopak mata. (time ni korang kena pejam mata tau)
– Tunggu sampai hilang sejuk uncang tu
Nampaknya sehingga hujung bulan ini kita masih lagi sibuk memenuhi undangan menghadiri majlis rumah terbuka.
Pastinya akan membangkit selera melihat deretan makanan enak dan sedap disediakan tuan rumah seperti lemang, ketupat, rendang atau lodeh.
Namun begitu, dalam sibuk memenuhi undangan beraya, soal pemakanan perlu dijaga supaya tidak memudharatkan kesihatan memandangkan semua hidnagan sewaktu musim perayaan mempunyai jumlah kalori yang tinggi.
Perkongsian Dr Hana Hadzrami memberitahu beliau berkata setiap kalori yang diambil secara berlebihan tanpa digunakan akan bertukar menjadi lemak.
Lemak tersebut akan berkumpul dalam tubuh dan menyaluti organ tubuh badan seseorang individu.
Kesan Lemak Terkumpul Dalam Badan
Hujung minggu ni trafik sesak merata tempat terutama di Lembah Klang. Ramai yang berziarah raya.
Ziarah raya tu bagus, merapatkan ukhwah dan silaturrahim.
Namun sebaiknya jaga juga pemakanan ya.
Kalori yang diambil berlebihan tanpa digunakan akan bertukar menjadi lemak simpanan dalam tubuh.
Kalau lemak berkumpul bawah kulit tu tak mengapa lagi. Tapi selalunya lemak akan berkumpul dalam tubuh dan menyaluti organ tubuh. Ini yang dipanggil visceral fat.
Ini adalah contoh visceral fat yang menyaluti satu buah pinggang yang bakal didermakan untuk transplan buah pinggang.
Lebih sejam pakar bedah ambil masa nak asingkan lemak dari buah pinggang untuk menampakkan salur darah buah pinggang. Dah nampak mana vena mana arteri barulah boleh ditanamkan buah pinggang tersebut pada penerima. Berpeluh sakan pakar bedah nak ‘menggali’ lemak buah pinggang tu padahal belum bermula transplan lagi.
Empunya buah pinggang tersebut tidaklah segemuk mana; tubuh setakat berisi. Namun lemaknya banyak berkumpul disekeliling organ tubuh.
Visceral fat adalah berbahaya kerana ia menyebabkan keradangan tisu dan organ tubuh serta menyempitkan salur darah. Ia antara penyumbang utama penyakit diabetes, sakit jantung dan stroke.
Visceral fat tak boleh dibuang melalui proses liposuction. Hanya boleh dikurangkan dengan cara menjaga pemakanan (clean eating) dan bersenam. Lemak yang boleh disedut keluar hanyalah dari bawah kulit dan lemak bawah kulit tidaklah sebahaya lemak viscera. Bawa beringat ya kawan-kawan bila makan juadah rumah terbuka tu. Sama-samalah kita insof!!
Salah satu faktor mereka yang melakukan senaman adalah untuk mengeluarkan peluh jika dilakukan secara agresif.
Kebiasaannya selepas bersenam pasti kita akan berehat seketika sebelum mandi atau melakukan aktiviti lain.
Namun tahukah kita bahawa bakteria dan fungus boleh datang bila-bila masa sahaja dan kedua-dua musuh kulit ini sangatlah gemar kepada kawasan lembab.
Begitu juga dengan bahagian pada badan anda! Salah satu ancaman buat kulit di kawasan badan dan juga wajah ialah masalah panau.
Dari segi definisi perubatan panau merupakan jangkitan berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis dikenali sebagai ‘Malassezia’.
Ia biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan hanya menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.
Jadi amat penting apabila mengeluarkan berpelub berlebihan selepas bersenam untuk anda jaga kebersihan diri sebaiknya.
Ayuh, ikuti beberapa tip jaga kebersihan kulit selepas melakukan senaman.
Produk Kulit Sesuai
Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan. Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.
Mandi Selepas Bersenam
Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.
Guna Body Wipes
Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes. Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.
Sentiasa Guna Tuala Bersih
Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja. Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.
Tuala Berbeza Untuk Fungsi Berbeza
Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kukit sensitif.
Bersihkan Peralatan Gym
Sebelum menggunakan mana-mana perlatan gym sebaiknya anda bersihkannya terlebih dahalu. Pihak gym kebiasaannya akan sentiasa memastikan kebersihan perlatan senaman namun sebagai langkah lebih selamat anda boleh bersihkan sendiri. Sebagai contoh jika anda nak guna dumbbell lebih elok bersihkan dahulu pemegangnya dengan kain atau tisu basah.
Jangan Berkaki Ayam
Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar. Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.