Jika diserang masalah selesema, pasti akan membuatkan seseorang itu rasa tidak selesa.

Hidung yang tersumbat membuatkan kita berusaha untuk membuang atau mencairkan hingus berkenaan.

Selain makan ubåt, kita juga akan menggunakan air larutan garam untuk melembapkan dan mencairkan hingus.

Jika diambil di klinik atau dibeli di farmasi, ubåt berkenaan akan digunakan untuk kuantiti sedikit sahaja dan selebihnya akan dibuang.

Bagi mereka yang tidak sempat mencari di klinik, ubåt larutan garam ini sebenarnya boleh dibuat sendiri.

Wanita Ajar Buat Larutan Air Garam Sendiri Atasi Selesema. Boleh Guna Untuk Tempoh 24 Jam Je!

Artikel Lain: Air Kencing Berbau Kuat Bila Pakai Tiub. Doktor Terangkan Komplikasi Pada Pesakit Terlantar!

Malah boleh jadi penyelamat terutama digunakan untuk mereka yang ada anak kecil atau  untuk membuang tahi telinga yang mengeras.

Perkongsian Yatie Eimira memberitahu cara membuat larutan air garam sendiri untuk mengatasi beberapa masalah kesihatan terutama selesema.

Homemade Saline Solution

Larutan air garam (saline solution) memang penting tau jika anak kerap selesema & alami masalah hidung tersumbat. Larutan ni berfungsi melembapkan hidung & mencairkan hingus. Untuk selesema & hidung tersumbat biasanya dijual jenis spray & juga secara titis (nasal spray/drops) ataupun dalam botol untuk cucian rongga hidung.

Di pasaran ada macam² jenama & berbeza² kepekatan gak. Masa Fydh kecik dulu saya kerap jugak beli & standby dalam “first aid kit”. Tapi selalunya tak sempat habis guna dah expired. Lepas² tu memang sediakan sendiri jer bila nak guna.

Saline Solution 0.9%

IKLAN

=================

Bagi mak² yang ada bayi kecil terutamanya, kalau tak sempat nak standby yang ready made, boleh sediakan sendiri je larutan air garam ni sebenarnya. Boleh gunakan larutan air garam ni untuk cairkan hingus, dijadikan air kumuran untuk sakit tekak/gusi/gigi, boleh juga digunakan untuk cairkan tahi telinga yang mengeras (contohnya warga emas yang alami masalah telinga yang kering), cuci luka, dan sebagainya.

Larutan air garam dengan kepekatan 0.9% dipanggil isotonik/normal saline sebab kepekatannya sama dengan kandungan garam dalam darah/air mata/tubuh kita. Antara kebaikan lain, penggunaan larutan air garam dengan kepekatan 0.9% tak menyebabkan rasa pedih jika ada luka² kecil dalam hidung bayi.

Cara² Penyediaan:

==================

1. Gunakan air panas mendidih 1 cawan (250ml)

2. Tambahkan ½ sudu kecil garam putih.

IKLAN

3. Kacau sehingga larut.

4. Biarkan sejuk suhu bilik sebelum guna.

Pastikan tangan & peralatan yang digunakan bersih

Sebaik²nya baki yang tak digunakan disimpan dalam peti sejuk (dalam bekas bertutup) untuk elak pembiakkan bakteria. Keluarkan awal sedikit untuk penggunaan seterusnya atau boleh juga rendam bekas dalam air hangat² suam sekejap..

Gunakan dalam tempoh 24 jam sahaja, kerana bakteria masih boleh membiak dalam larutan air garam selepas 24 jam.

Homemade saline solution ni tak boleh dititiskan pada mata, cuci kanta lekap, diminum mahupun digunakan untuk merawat dehidrasi ye..

Jika tiada cawan penyukat standard, boleh gunakan cawan kopi/teh biasa je. Sukatannya 1 cawan air & ¾ sudu teh garam putih.

IKLAN
Wanita Ajar Buat Larutan Air Garam Sendiri Atasi Selesema. Boleh Guna Untuk Tempoh 24 Jam Je!
1 cawan air (cawan penyukat standard) ½ sudu kecil garam putih (sudu penyukat standard
Wanita Ajar Buat Larutan Air Garam Sendiri Atasi Selesema. Boleh Guna Untuk Tempoh 24 Jam Je!
Jika tiada cawan penyukat standard, boleh gunakan cawan kopi/teh biasa je. Sukatannya 1 cawan air (cawan kopi/teh) ¾ sudu teh garam putih
Wanita Ajar Buat Larutan Air Garam Sendiri Atasi Selesema. Boleh Guna Untuk Tempoh 24 Jam Je!
Jika tiada botol muncung penitis, boleh gunakan syringe. Tapi pastikan titis dengan perlahan ke dalam hidung bayi untuk elak kecederaan. Baki larutan garam mesti di simpan dalam bekas bertutup & dalam peti sejuk.

Artikel Lain: Paxlovid Sebagai Ubat Antiviral Rawat Covid-19. Ini Info Penting Penggunaannya Disaran KKM!

Selain itu:  'Ditidurkan', Perkataan Paling Menakutkan. Doktor Jelaskan Maksud Kenapa Seseorang Perlu Jalani Proses Ini!

Cara Penggunaan:

==================

HIDUNG

Boleh masukkan larutan air garam dalam botol dengan muncung penitis atau gunakan syringe ubat yang bersih. Titis larutan air garam 2-3 titis pada sebelah lubang hidung dahulu kemudian barulah tukar sebelah lagi. Jika gunakan syringe, pastikan jangan tekan dengan kuat/laju kerana boleh lukakan dinding rongga hidung bayi yang masih lembut. Ulang kali ke-2 jika perlu (pastikan ada gap masa 2-3 min). Biarkan posisi kepala anak mendongak sedikit supaya larutan air garam sampai ke pangkal hidung. Biarkan 2-3 minit agar hingus mencair sebentar & kemudian keluarkan hingus gunakan nasal aspirator. Boleh lakukan 3x sehari atau bila perlu.

TELINGA

Perlahan² titiskan 2-3 titis larutan air garam ke dalam lubang telinga yang bermasalah. Jika gunakan syringe, pastikan jangan tekan dengan kuat/laju kerana boleh menyebabkan kecederaan gegendang telinga. Jangan titis terlalu banyak lak, cukup sekadar melembutkan tahi telinga yang keras je.

SEBAGAI AIR KUMURAN

Bagi yang sakit tekak/gusi/gigi, boleh kumur dengan larutan air garam ni macam biasa. Tapi saya lebih gemar campurkan 3-5 biji cengkih (ketuk sedikit) & rendam ke dalam larutan ketika air masih panas agar patinya keluar. Ia menambah keberkesanan larutan air garam kerana cengkih sendiri mempunyai fungsi antibakteria & antiradang serta bersifat anesthetic yang boleh kurangkan sakit gak tau

Bagi yang alami masalah gusi bengkak atau berdarah (tanpa sakit gigi), kumur dengan larutan air garam yang sejuk kerana suhu sejuk boleh mengurangkan sakit & surutkan bengkak. (Untuk tip sakit gigi boleh baca link ni https://www.facebook.com/100000547782708/posts/3369718643056362/

Artikel Lain: Pilihan 5 Pelembap Paling Best Untuk Kulit Berminyak, Wajah Jadi Lebih Moist

Selain itu:  Punca Berkaki Ayam Kaki Jadi Gatal & Bengkak, Wanita Kongsi Pengalaman Kaki Dimasuki Cacing!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI