Baru-baru ini telah disambut hari menderma darah di mana kita memang sangat digalakkan untuk menjadi salah seorang penderma.
Sebenarnya banyak faedah pada kesihatan dan kelebihan yang kita boleh dapat daripada amalan menderma darah ini.
1. Boleh Selamatkan Nyawa
Setiap kali manderma darah, anda akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua-dua penderma dan penerima.
2. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 88%. Zat besi yang berlebihan dalam tubuh badan kita boleh meningkatkan risiko mendapat serangan jantung dan lain-lain penyakit jantung. Darah kita terdiri daripada zat besi, sebab itu lah pendermaan darah boleh membantu menyeimbangkan jumlah zat besi dalam badan kita.
3. Kurang Risiko Penyakit Kanser
Zat besi yang berlebihan yang ada didalam tubuh badan kita juga boleh menyebabkan penyakit kanser. Dengan menderma sejumlah darah kepada mereka yang memerlukan kita dapat menyeimbangkan zat besi dalam badan dapat mencegah penyakit kanser berlaku.
4. Dapat Kurangkan Kalori
Menderma darah dapat mengurangkan jumlah kalori dalam badan. Lebih kurang 650 kalori dapat dikurangkan setiap kali anda pergi menderma darah. Mitos yang mengatakan derma darah boleh menaikkan berat badan adalah mengarut, malah menderma darah boleh mengurangkan berat badan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh cuba derma darah di mana-mana tabung darah berdekatan dan bertanya semua kemusykilan anda pada jururawat atau doktor yang bertugas.
5. Percuma Saringan Kesihatan
Setiap kali anda pergi menderma darah, jururawat atau doktor yang bertugas akan membuat pemeriksaan kesihatan kepada anda. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ini adalah percuma dan jenis-jenis pemeriksaan yang dilakukan agak terperinci serta menyeluruh.
Kebiasaannya jika anda pergi membuat medical checkup di hospital atau klinik-klinik swasta anda sudah tentu akan dikenakan pembayaran. Antara saringan kesihatan yang akan diperiksa seperti, tekanan darah, jenis darah, jumlah kandungan gula dalam darah dan lain-lain saringan bertulis yang terperinci.
6) Dapat Gantikan Sel Darah Baharu
Umur anda dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun? Tapi tak pernah derma darah? Sangat rugi, kerana selain dapat menyeimbangankan jumlah zat besi dalam badan, menderma darah juga dapat menggantikan sel darah yang lama kepada yang baharu.
Ini dapat membuatkan tubuh badan anda menjadi lebih sihat. Ia juga boleh mengekalkan kecergasan tubuh badan anda dan boleh membuat penderma menjadi lebih produktif dalam melakukan kerja.
Antara Keistimewaan Derma Darah
– 1 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
– 2 kali (dalam tempoh 12 bulan): Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.
– 2 hingga 5 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
– 6 hingga 10 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
– 11 hingga 15 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
– 16 hingga 20 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
– 21 hingga 30 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
– 31 hingga 40 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
– 41 hingga 50 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
– Lebih 50 kali bagi penderma darah lengkap, lebih 150 kali bagi penderma aferesis: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun. Wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
Artikel Berkaitan:
2 Tahun Menderita Breakout, Akhirnya Gadis Ini Berjaya Pulihkan Wajah Jadi Lebih Flawless
Viral Isu Tukar Bayi, Bekas Nurse Di Labour Room Kongsi Prosedur Dilakukan Sebelum Boleh Discharge
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI