Pengambilan Vitamin C dikatakan perlu dalam situasi sekarang ini bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh seseorang.
Namun berapa dos sukatan yang perlu diambli setiap hari dan apa kesannya jika tablet ini diambil secara berlebihan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu manfaat Vitamin C dalam pengambilan seharian.
*VITAMIN C UNTUK MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN*
Semenjak wabak virus Co19 menular ke seluruh dunia, ramai pakar perubatan mencadangkan pengambilan vitamin C selain dari yang kita ambil dari makanan.
Ini bertujuan untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Menurut kajian, tahap vitamin C dalam badan yang mencukupi dapat mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus Co19.
Untuk mendapatkan tahap vitamin C yang mencukupi dalam badan, ia bergantung kepada kadar penyerapan vitamin C mengikut penyediaan. Jika dalam bentuk pil, penyerapannya lebih rendah (mungkin dalam 40-50%). Ini disebabkan faktor asid yang ada di dalam perut. Jadi jika kita mengambil 1000mg, hanya 400-500mg yang menyerap dalam tubuh.
Jika ia ditambah gula, penyerapannya semakin menurun. Ini kerana dalam proses penyerapan, enzim GLUT-1 dan GLUT-3 yang bertanggungjawab dlm proses penyerapan vitamin C juga bertanggungjawab menyerap glukosa. Bila kita mengambil suplemen vitamin C yang mengandungi gula, enzim-enzim ini lebih suka menyerap glukosa berbanding dengan vitamin C. Jadi penyerapan vitamin C semakin rendah.
Itu tidak termasuk ubat-ubatan yang diambil untuk mengawal penyakit kronik termasuk ubat gastritis dan anti-diabetes. Ia juga merendahkan penyerapan vitamin C.
Mengikut pandangan doktor-doktor di sesawang Mayo Clinic, secara purata sebanyak 100mg sehari diperlukan oleh tubuh. Ini bermakna kita perlu memastikan penyerapan sebanyak 10mg ke dalam darah.
Ads
Jika kita mengambil 1000mg vitamin C secara oral (masuk ke dalam mulut), hanya 400mg-500mg yang akan diserap dengan cepat. Kemudian penyerapan menjadi perlahan jika kita menambah dos pengambilan sehingga 1000mg, di mana vitamin C tidak diserap lagi.
Maka tahap optimum (terbaik) pengambilan vitamin C adalah 1000mg, terutama pesakit metabolik seperti diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia. Begitu juga pesakit auto-immune dan pesakit kanser selepas menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi.
Perokok dan peminum arak juga memerlukan dos vitamin C yang lebih besar (1000mg). Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak juga berkongsi vitamin dengan anak mereka. Mereka memerlukan vitamin C yang lebih banyak.
Tahap maksima pengambilan vitamin C yang selamat adalah 2000mg. Jika ambil lebih 2000mg, tanpa minum air yang cukup, ia menyebabkan pembentukan batu dalam ginjal.
Oleh itu minum air secukupnya, agar oxalate yang terhasil dari metabolisme vitamin C tidak membentuk batu dalam ginjal. Ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Minum sebanyak 2-2.5L sehari sudah cukup untuk membuang bahan kumuh seperti oxalate dari tubuh melalui air kencing.
Ads
Tiada kajian yang spesifik menunjukkan pengambilan vitamin C memberikan kesan negatif atau kerosakan pada ginjal jika diambil dalam dos 1000mg sehari. Apatah lagi jika meminum air yang mencukupi.
Pengambilan dos yang lebih tinggi (mega dos iaitu lebih 3000mg)sebagai rawatan komplimentari kepada pesakit kanser, Co19 dan lain-lainnya, harus mendapat pemantauan doktor yang mahir. Ia diambil untuk jangkamasa tertentu (pendek).
Pengambilan makanan dan suplemen untuk meningkat tahap vitamin C dalam tubuh juga dapat mempercepatkan penyembuhan luka untuk pesakit diabetis (diabetic ulcer), selepas pembedahan atau luka akibat trauma.
Vitamin C merupakan vitamin yang bersifat antioksida yang sangat bagus melawan sebatian radikal bebas. Jadi sangat bagus untuk pesakit kronik dan perokok.
Ia juga mencantikkan dan memutihkan kulit dan menguatkan tulang.
Ads
Kesimpulannya *selamat dan bermanfaat mengambil vitamin C 1000mg* terutama bagi mereka yg berisiko dan memerlukan. Kebanyakan vitamin C dijual di farmasi juga pada dos 1000mg. Jika berbahaya dan merosakkan ginjal, sudah tentu pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan kenyataan dan merampasnya dari farmasim
1. Waring AJ, Drake IM, Schorah CJ, et al. *Ascorbic acid and total vitamin C concentrations in plasma, gastric juice, and gastrointestinal mucosa: effects of gastritis and oral supplementation*. Gut. 1996;38:171–176.
2. Mowat C, McColl KE. Alterations in intragastric nitrite and vitamin C levels during acid inhibitory therapy. Best Pract Res Clin Gastroenterol. 2001;15:523–537.
3. Wilson JX. Regulation of vitamin C transport. Annu Rev Nutr. 2005;25:105–125.
Jicama tu saya dah pakai 2 botol. Sesuai untuk beginner.
Something Else tu saya baru try dalam sebulan. Minggu pertama tu purging lah juga tapi masuk minggu kedua dah slowly okay. A little bit pedih tapi still tolerable. Baunya sedap macam bunga melur.
Wardah pulak dah masuk botol kedua. Sedikit pedih masa pakai. Tapi buat masa sekarang berhenti pakai sebab nak habiskan Something Else dulu. Purging sedikit je masa minggu pertama pakai.
Ramai tak tahu bahawa toner Wardah ni bukan toner brightening biasa . Bila pakai daily, skin meragam kerana skin barrier dah rosak akibat over exfoliation.
Cara Guna Chemical Exfoliating
Kalau bahan AHA/BHA tu ada dalam pencuci, guna seperti biasa. Aturan penggunaan ada pada label, selalunya langkah penggunaan lebih kurang je untuk kebanyakan pencuci. Basahkan muka, urut guna pencuci bersihkan serata muka dan bilas.
Sama juga kalau AHA/BHA tu ada dalam toner, essence, serum, moisturizer. Guna mengikut fungsi produk tersebut. Sebabnya cleanser, toner, serum tu semua adalah vehicle untuk deliver bahan aktif tersebut kepada kulit kita.
AHA bertindak secara perlahan-lahan untuk melarutkan sel-sel kulit mati. Sebab itu untuk mendapatkan kesan exfoliation yang optimum, anda perlu menggunakan chemical exfoliation dalam leave-on product (yang popular adalah toner)
Ketiga-tiga toner ni menggunakan AHA. Types of AHA:
1. Lactic acid: derived daripada tenusu dan fermented vegetables.
2. Glycolic Acid: derived daripada tebu.
3. Malic Acid: derived daripada apples dan pears
4. Citric Acid: derived daripada buahan citrus.
5. Tartaric Acid: derived daripada anggur.
6. Mandelic Acid: derived daripada bitter almond.
Kongsi wanita ini, antara 3 toner ini, paling suka thepastelsshop Jicama Toner. Sebab itu yang paling gentle.
Owh ya, AHA selamat untuk dipakai pada waktu siang juga, yang penting kena lindung kulit dari sinaran matahari dengan pakai sunscreen.
Jadi kalau anda sedang mencari toner yang sesuai untuk wajah anda, boleh rujuk info ini dan pastikan anda tahu bahan dalam setiap produk yang anda beli.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini ramai yang terkejut apabila adik Ainul Mardhiah berada dalam situasi kritikal apabila kanak-kanak ini berusia tiga tahun itu disahkan mengalami jangkitan kuman sehingga dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Malah sebelum itu pun Ainul turut di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk merehatkan badan dan otaknya dari demam sawan berulang.
Kanak-kanak kecil ini juga kelihatannya nampak penat sangat selepas diserang sawan panas beberapa kali.
Namun perkongsian bapanya Ahmad Saifuddin Ahmad Razak di laman sosial Facebook, memberitahu berita gembira dengan memaklumlah keadaan anak kesayangannya itu yang dijangka akan sihat dua tiga hari lagi.
Dia melihat perubaan positif anaknya itu untuk kembali sihat sepanjang berada di wad dengan keadaan sebelum ini.
“Dalam 18 hari ini, dua kali Ainul kritikal, dua kali dia ‘ventilated’. Kesan ditidurkan dua kali dan sawan yang serang berkali-kali tu mesti perlukan masa untuk ainul pulih semula.
“Tapi Alhamdulillah, hari ini Ainul nampak semakin sihat. Dia dah mula tekan-tekan radio Omar Hana dia tu untuk tukar-tukar lagu,”
Walau bagaimanapun, menurut Safiuddin, Ainul seakan belum berupaya untuk duduk sendiri dan memerlukan sokongan daripada orang sekeliling jika ingin duduk.
“Nampak dia masih belum berupaya untuk duduk sendiri. Kami kena dudukkan dan bantu sokong belakang dia.
“Insya-Allah Ainul pasti boleh. Dia akan kembali sihat seperti sediakala dalam dua hingga tiga hari lagi. Semoga Allah izinkan,” ujarnya.
Sebelum itu dilaporkan keadaan Ainul sudah semakin stabil dan menunjukkan gerak balas positif selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Ubat-ubatan yang diberikan sudah banyak dihentikan dan kanak-kanak itu sudah tiada demam, oleh itu, hanya menunggu masa untuk dibenarkan pulang ke rumah.
Ainul menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019. Perjuangannya setelah disahkan mengalami ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ diikuti rakyat Malaysia.
Memakai parfum atau minyak wangi memang jadi keutamaan dalam memberi keyakinan setiap kali berhadapan dengan orang ramai.
Namun pelbagai jenis minyak wangi membuatkan kita keliru mana yang terbaik untuk digunakan.
Terdapat 5 jenis perfume iaitu Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette, Eau Fraiche dan Eau de Cologne.
Bezanya adalah kandungan dalam minyak wangi tu sendiri. Jadi, sebelum beli, jom kenal pasti minyak wangi jenis mana yang paling sesuai untuk personaliti masing-masing.
1. Parfum
Sekiranya harga sesuatu minyak wangi itu terlalu mahal, cuba perhatikan label pada kotak minyak wangi tersebut. Parfum memiliki peratusan konsentrasi pewangi yang paling tinggi iaitu kandungan konsentrasi minyak wangi adalah 15 hingga 40%. Bau parfum boleh bertahan lebih 12 jam dan tak pelik kenapa lebih berharga dari yang lain.
2. Eau De Parfum
EDP ini mempunyai konsentrasi pewangi yang rendah berbanding Parfum tetapi lebih tinggi daripada Eu de Toilette dan Eu de Cologne. Ketahanan baunya lebih kurang Parfum. Dulu, EDP hanya dibuat untuk minyak wangi perempuan tapi sekarang telah ada minyak wangi EDP untuk lelaki.
3. Eau De Toilette
EDT ini biasanya dijual di kedai runcit atau pasaraya kerana harganya lebih murah berbanding Parfum dan EDP. Kebiasaannya, peminat minyak wangi lebih menyukai EDT berbanding Parfum dan EDP kerana ia tidak terlalu Ketahanan baunya adalah lebih rendah daripada Parfum dan EDP. Tapi, ia boleh bertahan lama jika disembur di atas pakaian.
4. Eau De Cologne
EDC ini mempunyai konsentrasi yang kurang daripada EDT dan ketahanannya adalah lebih kejap berbanding yang lain. Harganya juga lebih murah berbanding yang lain. Seperti EDT, ketahanan baunya akan lebih lama jika di sembur pada kain atau pakaian.
5. Eau De Fraiche
Eu de Fraiche mempunyai konsentrasi yang paling rendah antara yang lain. Ia juga bermaksud ketahanannya juga bertahan kurang berbanding yang lain. Ia amat sesuai untuk mereka yang meminati minyak wangi yang berbau tidak terlalu kuat.