Dalam mengekang penularan virus Covid-19 terutamanya Varian Delta, kita sangat-sangat digalakkan untuk melakukan pencegahan kendiri dengan mengikut SOP dibenarkan.

Salah satunya adalah dengan penggunaan Face Shield yang  bertujuan untuk perlindungan berganda setiap kali keluar rumah atas urusan penting.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan orang ramai menggunakan alat pelindung muka (face shield) bersama pelitup muka berganda (double mask) ketika berada di tempat awam.

Menurutnya, penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu memberi perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti Varian Delta yang kini dominan di dalam negara.

“Penggunaan alat pelindung muka perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan penularan dalam masyarakat,” katanya menerusi laman Facebooknya.

“Perlindungan Sehingga 96 Peratus Dijangkiti Varian Delta” – Ini Sebab KP Kesihatan Saran Pakai Face Shield

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan penggunaan pelitup muka berganda bagi mengurangkan pendedahan kepada virus. Virus Covid-19 boleh memasuki badan seseorang melalui mulut, hidung dan mata.

Saranan ini turut dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengingatkan orang ramai supaya menggayakan Face Shield yang praktikal, yang dapat dihasilkan dan diedarkan dengan cepat dan berpatutan.

IKLAN

Penggunannya mestilah disertakan dengan facemask untuk perlindungan berganda dan menjamin risiko dijangkiti virus terutama Varian Delta yang boleh tersebar melalui udara dalam 15 saat saja.

“Perlindungan Sehingga 96 Peratus Dijangkiti Varian Delta” – Ini Sebab KP Kesihatan Saran Pakai Face Shield

“ Kita perlu menggunakan Face-shield yang praktikal, yang dapat dihasilkan dan diedarkan dengan cepat dan berpatutan.

“Penggunaan Faceshiled harus dimasukkan sebagai sebahagian strategi untuk mengurangkan penyebaran dan penularan jangkitan dalam masyarakat”

IKLAN

“Jika anda perlu ke tempat awam, menaiki kenderaan awam, pergi ke pasar, bertugas di kawasan yang tertutup seperti pasaraya, gunakanlah faceshield.

Ciri-Ciri Face Shield

– Boleh dicici, dan diguna berulang kali

– Perlindungan berganda

– Selamat & mudah digunakan

IKLAN

– Harga mampu milik

– Boleh dipakai kanak-kanak sehingga warga tua

“Perlindungan Sehingga 96 Peratus Dijangkiti Varian Delta” – Ini Sebab KP Kesihatan Saran Pakai Face Shield

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Tak Tahan Diserang Ulser, Bintik Kecil Macam Nanah Kat Mulut. Ini Cara Rawatan Terbaik Disyorkan Doktor!

Bukan Je Tersebar Diudara Dalam 15 Saat, Varian Delta Juga Boleh Tumbuh Dalam Hidung

Bahaya Kuku Tangan Ada Garis Putih Melintang Ketara, Mungkin Petanda Dijangkiti Covid-19

Bekas Pesakit C19, KKM Saran Guna Spirometer. Alat Senaman Paru-Paru Bantu Kuatkan Otot Pernafasan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI