Semalam salah seorang penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama, minggu lalu.
Sementara itu, peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Yasin memberitahu anak guamnya itu ada penyakit bipolar tahap kronik dan perlu membuat rawatan segera.
Dalam pada itu penyanyi Mimpi Laila ini juga pernah mengakui dia sebenarnya penghidap Bipolar Disorder sejak 10 tahun lalu.
Terkejut Didiagnosis Ada Bipolar
Dalam temubual bersama Astro Gempak, Yasin mengakui terkejut bila pertama kali disahkan sakit. Dia yang menganggap dirinya alami stress tetapi rupanya didiagnosis Bipolar.
Yassin yang tidak tahu mengenai Bipolar pada mulanya kemudian mendapatkan rawatan kerana mahu sembuh.
Berdepan pengalaman ini, Yassin memberitahu episod pertama dia tidak tidur dua minggu jadi hyper, buat lagu, Berja studio dan semda benda mahu dilakukannya.
Selepas dua minggu barulah dia rasa diri tidak sihat dan Yassin akhirnya tumbang dan baru membuat rawatan di hospital.
Setelah merasakan dirinya sembuh, barulah Yassin berani bekongsi pengalamannya sebagai seorang penghidap Bipolar.
Dalam pada itu menurut artikel dikeluarkan Berita Harian memberitahu penyakit bipolar antara tiga penyakit mental serius dan prevalens seumur hidup di dunia dianggarkan antara 2.6 peratus hingga 6.5 peratus.
Ads
Faktor genetik menjadi penyumbang kepada penyakit bipolar, iaitu didapati sekiranya ada ahli keluarga mengalami masalah penyakit emosi seperti kemurungan atau bipolar, jadi cenderung untuk mengalami masalah sama.
Pengaruh psikologi dan persekitaran juga sangat penting yang menjadi pencetus kepada penyakit ini.
Pelbagai isu seperti masalah hubungan keluarga, kehilangan pekerjaan atau tidak bekerja, masalah kewangan, salah faham di tempat kerja serta penyalahgunaan dadah antara punca kerap dilihat pesakit yang mengalami penyakit ini.
Pakar Psikiatri dan Pensyarah Kanan, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aishah Siddiqah Alimuddin, berkata ada perbezaan antara bipolar dengan kemurungan, stres dan penyakit jiwa lain.
Penyakit Mental Perubahan Emosi
Katanya, penyakit bipolar (atau kecelaruan dwikutub) sejenis penyakit mental yang menyebabkan perubahan emosi, tingkah laku dan pemikiran.
Perubahan ini boleh dilihat dalam bentuk perubahan mood, emosi, tenaga, daya tumpuan, jenis dan tahap aktiviti yang dijalankan serta kebolehan melaksanakan tugasan harian.
Ads
Penyakit ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, bipolar I disorder dan bipolar II disorder.
Bipolar disorder, iaitu pesakit mengalami sekurang-kurangnya sekali episod mania (dengan atau tanpa pernah mengalami episod depresi).
Bipolar II disorder, iaitu pesakit mengalami episode hypomania, dan turut atau pernah mengalami episode depresi.
Gambar sekadar hiasan.
Gejala Penyakit Bipolar
Katanya, mania adalah episod seseorang itu mempunyai sama ada perasaan teruja yang berpanjangan atau menjadi pemarah, tenaga yang sangat tinggi berserta pelbagai perancangan serta usaha untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Gejala ini biasanya berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu. Ada gejala lain seperti, mempunyai keyakinan atau harga diri yang terlampau tinggi, kurang keperluan untuk tidur, bertutur lebih daripada biasa dan sukar diberhentikan.
Selain itu, pemikiran mereka terlalu pantas, mudah hilang fokus, kelihatan gelisah dan sukar bertenang dan terbabit aktiviti tertentu seperti berbelanja besar, membuat pelaburan berisiko, memandu lebih daripada had laju dan sebagainya.
Pelbagai rawatan boleh diberikan kepada penghidap, iaitu diberi ubat-ubatan (biologi), terapi (psikologi), sokongan sosial dan spiritual.
Ubat-ubatan bergantung kepada tahap dan jenis bipolar dialami penghidap.
Ubat-ubatan yang kerap digunakan adalah ubat penstabil emosi, antipsikotik dan ubat kemurungan. Ubat-ubatan ini perlu diambil setiap hari mengikut nasihat dan perbincangan bersama doktor pakar masing-masing.
Adakalanya, pil penenang (seperti benzodiazepines) juga akan diberikan bagi jangka masa pendek bagi mengurangkan keresahan dan membantu seseorang itu lebih tenang.
Pesakit juga boleh menjalani terapi psikologi bersama pakar yang akan menyaran jenis terapi sesuai mengikut keperluan kes.
Perlu Diberi Sokongan & Penggunaan Spiritualiti
Dari segi sosial, penghidap digalakkan membina kemahiran dalam menangani isu di persekitaran mereka serta diberi sokongan dalam mencari kerja melalui ‘supported employment’ (jika mereka masih tidak mempunyai pekerjaan).
Penggunaan spiritualiti, termasuk aktiviti keagamaan, didapati membantu individu tertentu proses penyembuhan dan mengelakkan penyakit berulang semula.
Penyakit bipolar ini boleh mengalami ‘relapse’ sepanjang hidup, namun dengan rawatan berbentuk bio-psiko-sosial-spiritual kebanyakan pesakit dapat meneruskan kehidupan dan mempunyai kualiti hidup yang baik.
Seorang pempengaruh media sosial pengamal diet sayur dan buah segar, Zhanna Samsonova,39 atau lebih dikenali Zhanna D’Art maut selepas dikatakan kebuluran.
Wanita tersebut tidak minum air kosong selama enam tahun dan hampir tidak boleh berjalan sebelum mati kerana kebuluran dan keletihan gara-gara diet pemakanan yang diamalkan.
Pempengaruh Maut Akibat Diet Ekstrem, Hidup Cuma Makan Sayur Dan Buah
Wanita kelahiran Rusia ini dilaporkan meninggal pada 21 Julai. Ibunya melaporkan kematian anak perempuannya disebabkan jangkitan bakteria kolera yang menyebabkan cirit birit.
Kebuluran & Keletihan Melampau
Namun laporan perubatan mendakwa Zhanna mengalami kekurangan zat makanan yang menyebabkan dirinya kebuluran dan keletihan melampau.
Kawannya berkata, Zhanna menderita anoreksia dan menjadi sangat lemah pada minggu-minggu terakhir sebelum kematiannya akibat diet ekstrem yang diamalkan. Dia hanya mampu terbaring dan memerlukan beberapa minit untuk dirinya berdiri dan berjalan di tangga.
Malah keadaan Zhanna juga sangat ‘lemah’ dan tetap enggan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Tetap percaya dengan amalan diet sayur dan buah segar yang diamalkan selama ini.
Diet Sayur & Buah-Buahan
Zhanna dilaporkan mengamalkan diet buah-buahan, pucuk biji bunga matahari, ‘smoothie’buah-buahan dan jus ini selama 10 tahun.
“Saya melihat badan dan minda saya berubah setiap hari. Saya suka melihat perubahan diri saya yang baru dan takkan kembali semula kepada tabiat pemakanan dahulu,” kata Zhanna.
Zhanna turut mempromosikan pendirian dalam amalan dietnya, termasuk resipi untuk orang ramai mencuba. Bagaimanapun, menurut New York Post, rakan-rakannya didakwa percaya dietnya harus dipersalahkan atas kematiannya.
Baru-baru ini penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin atau Wan Noraafiza kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Selangor.
Menurut portal Astro Awani, Nora dimasukkan ke ICU berkenaan pada Ahad lalu.
Nora Ariffin Sesak Nafas
Dan suami kepada Nora, Dr Rushdi Ramli, menyatakan isterinya dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas.
“Mohan doa ikhlas dari semua,” kata Rushdi dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan sebentar tadi.
Difahamkan penyanyi berusia 50 itu dimasukkan ke hospital berkenaan beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas sekitar pukul 4 pagi Ahad.
Apa pun, Rapi doakan moga Nora diberi kesembuhan dan cepat pulang ke pangkuan suami serta anak-anak tersayang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat impian umum dalam kalangan wanita untuk memiliki kulit wajah yang halus, sihat, dan cerah. Ramai di antara mereka yang sanggup menghabiskan jumlah besar wang demi mencapai kulit wajah impian ini.
Walau bagaimanapun, hakikatnya, untuk memperoleh kulit yang demikian, tidak hanya bergantung kepada rawatan mahal, tetapi yang paling utama adalah menjaga langkah-langkah penjagaan asas kulit wajah, iaitu membersihkan kulit wajah.
Rutin membersihkan kulit wajah dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam, walaupun kelihatan sederhana, memiliki kesan yang signifikan terhadap kesihatan kulit wajah.
Mengapa perlu membersihkan wajah pagi dan malam?
Ramai yang tidak mengetahui bahawa rutin mencuci kulit wajah pada waktu pagi dan malam punya fungsi yang berbeza selain dari membersihkan kotoran pada wajah. Mencuci muka pada waktu pagi dan malam adalah langkah penting untuk proses membersihkan pengeluaran minyak yang berlebihan, penyingkiran kotoran dan pemulihan semula pH kulit.
Sementara, mencuci wajah pada waktu pagi sangat penting kerana dapat membantu menghilangkan minyak berlebihan, kotoran, dan sisa produk penjagaan malam yang dapat menyumbat pori-pori serta menyegarkan kulit untuk persiapan penyerapan produk penjagaan kulit yang lain dan pelindung matahari.
Malah, mencuci wajah pada waktu malam pula sangat penting kerana pada siang hari, kulit terdedah kepada pencemaran, debu, kotoran, dan solekan yang dapat menyumbat pori-pori serta merosakkan kulit. Pembersihan malam membantu menghilangkan semua kotoran ini dan memungkinkan kulit untuk bernafas pada waktu malam.
Tip pemilihan pencuci muka yang tepat
Dalam hal ini, pemilihan pencuci muka memainkan peranan penting. Wanita perlu memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit wajah, sama ada berminyak, kombinasi, kering, atau normal.
Jika kulit cenderung berminyak atau kombinasi, adalah lebih baik memilih pencuci muka yang berbuih ringan. Ini akan membantu membuang kotoran dan minyak berlebihan dari kulit. Sementara itu, untuk kulit kering, adalah disarankan menggunakan pencuci muka jenis krim untuk memberikan hidrasi semasa membersihkan.
Namun, penting untuk memastikan bahawa pencuci muka tidak hanya membersihkan, tetapi juga menjaga kelembapan kulit tanpa membuat kulit menjadi kering. Contoh yang sesuai dengan keperluan ini adalah Haneul Brightening Cleanser. Diperkayakan dengan ekstrak Bunga Putih, ia tidak hanya membersihkan, tetapi juga mencerahkan kulit wajah. Dengan formula yang tidak mengeringkan, produk ini sesuai untuk kulit berminyak, kering, kombinasi dan normal.
Di samping itu, Haneul Brightening Cleanser mengandungi antioksidan yang membantu menjaga kesihatan kulit. Bahan semula jadi seperti akar mulberi, epal, cendawan, dan purple gloves memberikan manfaat tambahan kepada kulit. Pencuci muka ini juga berkesan dalam membersihkan kulit selepas menggunakan produk penanggal solekan.
Selain daripada langkah-langkah asas penjagaan kulit seperti membersih, penggunaan krim pelindung matahari juga merupakan elemen penting yang wajib diamalkan setiap kali anda keluar rumah.
HANEUL turut memperkenalkan krim pelindung matahari iaitu, Haneul Brightening Sunscreen dengan SPF 50 PA+++. Diperkayakan dengan bahan semula jadi seperti Ekstrak Bunga Putih, ia tidak hanya melindungi kulit dari sinar UV, tetapi juga membantu mencerahkan kulit wajah.
Dengan bahan tambahan seperti Niacinamide dan Betain untuk hidrasi, serta bahan seperti Centella Asiatica dan ekstrak teh hijau untuk keseimbangan kulit. Produk ini adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang mengutamakan kelembutan dan mencerahkan kulit wajah, dengan penekanan pada formula semula jadi.
Produk Haneul adalah pilihan ideal bagi wanita yang sentiasa aktif. Kini, produk-produk ini mudah didapati melalui Shopee di haneul.os (https://shopee.com.my/haneul.os). Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan tawaran istimewa di shopee dengan menggunakan kod voucher HANEGLOW. Jemput kunjungi juga laman media sosial Haneul di Instagram @haneul.my dan TikTok @haneul.my untuk mendapatkan perkembangan terkini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!