Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran anak bagi menceriakan lagi kehidupan berumahtangga.
Namun ada dalam kalangan wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil disebabkan beberapa perkara.
Walaupun begitu, janganlah putus asa. Sebelum bersedia untuk hamil setiap wanita itu perlu tahu mengira waktu kesuburan supaya peluang mengandung lebih cerah.
Untuk makluman anda, waktu subur wanita untuk kehamilan adalah pada 2 minggu selepas tarikh kedatangan haid yang lepas (hari ke-14) atau dalam linkungan 2-4 hari pada pertengahan kitaran haid.
Sekiranya tarikh terakhir kedatangan haid anda pada 11/8, bermaksud waktu subur anda adalah pada 24/9 hingga ke 28/9. Namun, kehamilan boleh terjadi pada bila-bila masa selepas 2 minggu dalam kitaran haid.
Ads
Dalam satu perkongsian video daripada Pakar Pemakanan Wanita, Syaza Nutritionist memberitahu tiga cara untuk mengesan hari kesuburan dengan menggunakan:
1. Ovulation predicted kit (opk)
Ads
2. Ovulation thermometer
3. Mengesan cecair faraj
Jadi kepada pasangan yang masih belum ada anak, boleh cuba cara ini dan selebihnya kita serah pada Allah SWT.
Biasanya mata panda atau kesan gelap sekitar mata berpunca daripada tidur tidak cukup atau anda mungkin selalu bekerja berjam-jam di depan komputer.
Gejala itu boleh mempengaruhi tumpuan terutama dalam kalangan wanita apabila perlu keluar bekerja mahupun bersosial.
Hilangkan Mata Panda
Menerusi portal Harian Metro, Pakar Oftalmoloji Biniamin Shalev menerangkan dua kondisi gelap bawah mata.
Salah satunya boleh diatasi dengan mudah yang berpunca daripada tisu berbanding masalah lebih serius disebabkan komplikasi lain seperti peningkatan jumlah sel lemak bawah mata, ia kekal dan tidak akan hilang pada waktu pagi atau petang.
Disebabkan mata adalah fokus bagi kebanyakan orang apabila bersemuka dan memandang antara satu sama lain, tip cantik kali ini ingin berkongsi lima kaedah membantu masalah bengkak bawah mata berpunca daripada masalah tisu.
1. Percikan air sejuk
Bersihkan bahagian bawah mata dengan air sejuk. Ini membantu memberi ‘kejutan’ mengembalikan peredaran bendalir dengan lancar dan mengelakkan bengkak berlaku.
Namun jangan pula menggunakan air sejuk terlalu lama pada kulit sekitar mata lebih dari beberapa saat.
Atau cara kedua anda guna sahaja ketulan ais untuk rehatkan mata yang penat. Gosok perlahan-lahan di bawah sekitar mata.
2. Penggunaan sudu merawat ‘beg’ mata
Uniknya terapi ini digunakan secara meluas di China, Korea mahupun Jepun.
Langkah mudah apabila mengenakan sudu pada kelopak mata boleh mengurangkan kadar bengkak.
Boleh lakukan dalam dua cara iaitu:
I. Sejukkan sudu terlebih dahulu dalam peti ais. Sebaiknya gunakan lebih enam sudu bagi memudahkan urusan ganti apabila sudu tidak lagi sejuk.
II. Letakkan empat sudu dalam
mangkuk ais. Apabila sudu mencapai suhu tertentu, letakkan pada kelopak mata. Gantikan sudu dipakai dengan sudu terendam.
3. Atasi dengan uncang teh
Rendam uncang dalam air sejuk dan perah sebelum diletakkan pada kelopak mata tertutup.
Pilihan teh sebaiknya gunakan teh hitam, Chamomile atau beg teh hijau.
Kafein dalam teh membantu ‘mencerut’ saluran darah untuk mengurangkan bengkak di sekitar mata manakala anti-kerengsaan dalam teh herba mengurangkan kemerahan dan keradangan.
Celup lagi dalam air sejuk dan ulangi langkah sebaiknya dalam 30 minit bagi mendapat kesan lebih baik.
4. Putih telur bantu tegangkan kulit
Penuaan tidak boleh disekat melainkan mengurangkan kesan itu dengan merapi kulit dengan petua tertentu termasuk putih telur.
Kaedahnya ambil telur dan asingkan bahagian putih dalam mangkuk. Pukul putih telur tadi sehingga bertekstur ringan dan gebu.
Sapu pada bahagian bawah mata dan biar 15 hingga 20 minit sebelum basuh dengan air sejuk.
5. Hirisan timun untuk tenangkan mata
Hiris timun sehingga boleh menutup kelopak mata. Letakkan dalam peti ais dan keluarkan untuk dipakai pada mata.
Haa… mudah bukan? Selepas ini anda boleh kurangkan masalah mata panda dengan menggunakan petua bahan alami seperti di atas. Tetapi kalau boleh, kurangkan masa berada di depan komputer dan pastikan boleh tidur awal setiap malam. Itu lebih membantu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masuk Usia 40an, Ini Yang Perlu Dibuat Untuk Kekal Sihat. Doktor Kongsi Rahsia Awet Muda! Apabila usia sudah memasuki 40an, kita perlu menitik beratkan penjagaan kesihatan. Jangka waktu inilah, penyakit mudah mendekati seperti darah tinggi, kencing manis, buah pinggang ataupun jantung.
Sebenarnya lagi elok jika kita dapat menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat ketika awal usia 30an lagi.
Jika dua perkara ini tidak diambil kira, jangan menyesal satu hari nanti jika penyakit tiga serangkai datang mendekati.
Seperti perkongsian doktor ini yang memberi ingatan perkara perlu dititikberatkan ketika berusia awal 40an.
Dr Zubaidi Hj Ahmad, berkongsi pemakanan sihat yang diamalkan olehnya setelah memasuki umur 40an yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua.
Pagi tadi saya bersarapan. Mulanya mmg malas sebab perut pun tak lapar.
Selalunya saya terus melakukan kerja-kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Kecuali saya akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun OLIVIE, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yg saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak yg makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Memang saya sudah kurang makan sejak bbp tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam2 cerita kawan-kawan.
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang stroke, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dgn pelbagai penyakit. Seperti rumah yg sergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi.
Maka saya memang berhati-hati dengan makanan yang ada terutama karbohidrat ringkas. Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-ssyuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas.
Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Sebab itu saya ambil minyak zaitun OLIVIE dari Olive House sbg minyak sihat saya untuk bertenaga dan mengurangkan rasa cepat lapar. Saya cadangkan satu sudu OLIVIE waktu pagi dan satu sudu waktu malam.
Ada yang nak tip bersenam ketika puasa? Ada orang cakap, kalau bersenam waktu berpuasa ini boleh membuatkan diri menjadi terlalu letih.
Selain organ badan berehat kerana berpuasa, bukankah ini membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat kerana bersenam?
Melalui perkongsian tips bersenam ketika berpuasa dari seorang pakar, terdapat 3 waktu yang sesuai untuk anda lakukannya.
Mari ikuti tips bersenam ketika berpuasa dan waktu bersenam yang sesuai, seperti dikongsikan oleh Puan Syaza Nutritionist, seorang Pakar Pemakanan Wanita.
Ada ramai yang berniat mahu bersenam tetapi risau haus. Haa… jom kita tengok macam mana nak bersenam waktu bulan Ramadan ini.
1. 30 MINIT – 1 JAM SEBELUM BERBUKA
Jarak masa ini sesuai untuk kita ganti balik protein yang telah digunakan semasa bersenam. Dengan erti kata lain kita akan mengambil post workout meal semasa berbuka.
2. SELEPAS SOLAT SUBUH
Badan mendapat tenaga atau lebih dikenali dengan pre-workout meal semasa sahur. Menjadikan ia masa yang sesuai untuk bersenam.
3. SELEPAS TARAWIH
Pada masa ini tiada masalah untuk minum air bagi tujuan hidrasi. Menjadikan selepas tarawih merupakan salah satu waktu yang sesuai untuk bersenam.
TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA
Minum air secukupnya selepas berbuka sehinggalah habis waktu sahur.
Makan protein bersama-sama karbohidrat semasa berbuka sebagai post-workout meal.
Elakkan senaman berintensiti tinggi, fokus kepada senaman berintensiti rendah atau sederhana, 30-45 minit sahaja.
Kalau anda sudah terbiasa denagan senaman, boleh teruskan rutin senaman pada waktu yang sesuai. Manakala, bagi individu yang baru ingin mulakan senaman, pastikan anda buat senaman yang tidak membebankan diri anda.
Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!