Wajib biasakan pakai pelembap dan toner kalau nak kulit sihat tanpa masalah jerawat halus. Malah jika wajah anda sedang breakout, sebaiknya pilih bahan alami yang selamat.
Jadi kalau nak selamat, cuba guna tip cantik ini, DIY sendiri toner dan pelembap.
Pakai Pelembap Dan Toner Buat Sendiri
BAHAN-BAHAN:
Daun pudina
Timun
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Segenggam daun pudina direbus dengan secawan air sehingga mendidih. Tutup api dan tapis airnya.
2. Air rebusan pudina dikisar bersama 5 hirisan timun dan beberapa helai pudina.
3. Tapis airnya. (Jangan dibuang hampas)
4. Air tapisan dititikkan 5 titik Essential Oil Peppermint.
5. Masukkan dalam botol spray. Dan simpan dalam peti sejuk. Toner ini pakai setiap hari. Jangan risau kerana ia tidak melekit.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. 3 sudu besar aloevera gel (beli di farmasi dan pusat kecantikan yang dipercayai).
2. 1/2 sudu besar minyak kelapa dara/biji anggur.
3. 1 sudu besar toner di atas.
4. 1 titik Essential Oil peppermint (jangan terlalu banyak, nanti akan rasa pedih).
5. Kacau sebati. Masukkan dalam bekas yang kecil dan simpan dalam peti sejuk.
6. Boleh pakai setiap masa. Malam wajib pakai untuk baik pulih semula kulit wajah.
MASKER WAJAH (SOOTHING & COOLING FACE MASK)
CARA-CARA MEMBUAT:
Gelatin tanpa perisa
Toner (di atas)
Hampas daripada toner yang dibuat (di atas)
Yogurt asli
1. 1 sudu besar gelatin tidak berperisa.
2. 3 sudu besar toner yang dibuat tadi.
3. Dimasak dengan cara double boiler sehingga sebati.
4. Campurkan 1-2 sudu besar hampas dari toner yang telah disejukkan.
5. Campurkan 1-2 sudu yogurt asli yang disejukkan.
6. Kacau sehingga sebati.
7. Sapu ke seluruh muka. Elakkan kawasan anak rambut, kening dan mata.
8. Amalkan seminggu sekali.
Penjagaan wajah dengan rutin yang lengkap mampu membaiki dan menganjalkan kulit. Di samping meninggalkan kesan menakjubkan. Kulit lembap dan glowing!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya selain rawatan moden, ada beberapa jenis teknik rawatan boleh kita amalkan untuk kesihatan tubuh badan.
Antaranya seperti rawatan tradisional Cina yang menggunakan teknik terapi titik feng fu.
Cara ini bukan saja mudah dan jimat, tetapi juga dipercayai berkesan melegakan sakit kepala atau migrain.
Bukan itu saja, badan juga akan rasa lebih ringan dan bertenaga serta paling menarik dapat mengekalkan awet muda.
Seperti perkongsian Yeong Nor Saadah di laman sosial memberitahu kebaikan meletakkan ais di tempat sepatutnya.
Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama….
Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jikaditempelkan dgnais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.
Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kitaakan terasa ringan dan bertenaga.
Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatanlebih muda.
Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagaiFeng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.
Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.
Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapiini ternyatalebihefektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.
Terapiini juga dapatmeningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik inimenstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah
Teknik inimudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.
Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. Mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. Mencipta kesan relaks;
4. Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. Meningkatkan kualitu tidur;
6. Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. Mengatasi asma;
8. Mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. Membaiki sistem pencernaan;
11. Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. Mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. Menghilangkan selulit;
16. Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapatmanfaat. Semoga berjaya….