Lambakan produk kecantikan yang dijual di pasaran secara terbuka menyebabkan ramai rambang mata melihat promosi dilakukan penjual tanpa melihat adakah produk ini selamat atau tidak dibeli.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, orang awam digesa elak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik tersebut telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.

Lagi Produk Kosmetik Racun Berjadual Dikesan KKM, Elak Beli ‘Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream’

“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

IKLAN

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya.

Justeru, penjual dan pengedar produk kosmetik tersebut digesa untuk menghentikan penjualan serta pengedarannya serta-merta, malah ia turut melanggari Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang disabit bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, serta denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

IKLAN

Manakala syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan seterusnya.

Lagi Produk Kosmetik Racun Berjadual Dikesan KKM, Elak Beli ‘Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream’

“Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” tambahnya lagi.

IKLAN
Selain itu:  Campuran Makanan Laut & Darat Tak Hasilkan Toksik Mudharat Kesihatan. Pakar Kimia Ini Jelaskan Sebabnya!

Orang awam digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik melalui laman sesawang rasmi www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Artikel Berkaitan:

KKM Kesan Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Sebabkan Kulit Muka Nipis & Risiko Kanser

Lagi Produk Kosmetik Bahaya Dikesan, Boleh Sebabkan Kerosakan Muka & Buah Pinggang

Wanita Senaraikan 13 Barang Rumah Wajib Beli Di Kedai RM2. Murah Tapi Berkesan Bersihkan Kawasan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI