Seperti kita makum pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberitahu bahawa produk ‘Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream’ mengandungi racun berjadual iaitu Tretinion.

Jadi kita diingatkan supaya elak untuk membeli atau menggunakannya jika sayangkan kulit wajah.

Walaupun ada antaranya memberitahu produk dipakai ok, tetapi perlu diingat produk pemutihan yang mereka gunakan ini mengandungi racun terlarang.

Elak beli dan guna produk kosmetik terlarang ini.

Dalam satu perkongsian di laman sosial FB, Public Health Malaysia memberitahu kesan penggunaan produk mengandungi racun berjadual ini terutama untuk kulit wajah.

Menurut PHM untuk kesan jangka pendek produk yang mengandungi Hyroquinone dan Tretinoin memang nampak kesan, tetapi tidak untuk hasil selepas itu.

“Saya dah pakai produk ini OK sahaja kulit saya” , itu kata kata penjual dan pengguna produk Briliant Skincare apabila KKM mengumumkan produk pemutihan yang mereka gunakan mengandungi bahan beracun terlarang

“Untuk jangka masa pendek memanglah produk yang mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin nampak berkesan. Kulit menjadi putih kepucatan dan menjadi kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Hasilnya pula sangat cepat, memanglah membuat pengguna teruja.

IKLAN

“Tapi apabila anda mula berhenti, kulit akan menjadi kusam, timbul jerawat dan warna menjadi tidak sekata. Kesannya akan wujud kebergantungan kepada produk yang menyebabkan anda terus memakai sehingga bertahun tahun,” menurut PHM.

Dan kesannya akan menyebabkan masalah kulit kronik yang dipanggil Ochronosis

“Maka terjadilah masalah kulit kronik yang dikenali sebagai Ochronosis. Bahagian kulit yang sering disapu krim pemutih akan menjadi kehitaman yang tidak sekata. Ia kelihatan seperti Caviar (sila google) dan memberi kesan menggerutu.

“Jika anda adalah pengguna produk,

IKLAN

-Briliant Skin Care Rejuvinating Facial Toner

-Briliant Skin Care Rejuvenating Facial Cream

-Briliant Skin Essential Whitening Facial Cream

“Sila hentikan penggunaan, dapatkan konsultasi pakar kulit jika anda sudah anda tanda tanda rebound (akibat berhenti) atau tanda awal Ochronosis,” tambahnya lagi.

IKLAN

Sehubungan itu, jangan sesekali kita terus membeli atau menggunakan produk ini kerana begitu membahayakan kulit wajah. Jika masalah ini berterusan teruskan berjumpa pakar konsultasi untuk rawatan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Lagi Produk Kosmetik Racun Berjadual Dikesan KKM, Elak Beli ‘Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream’

KKM Kesan Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Sebabkan Kulit Muka Nipis & Risiko Kanser

Kena Ambil Tahu, Rupanya 6 Makanan Ini Selalu Jadi Sebab Keracunan Makanan