Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti satu produk kosmetik yang mengandungi merkuri dan boleh merosakkan organ dalaman seperti buah pinggang.

Dalam perkongsian di Public Health Malaysia, memberitahu produk Luffiya Treatment Foundation yang dipromosikan sebagai mesra wuduk ini dikatakan mampu membuat kulit jadi cerah, glowing dan kulit jadi semakin anjal.

Namun rupa-rupanya produk kosmetik ini mengandungi bahan merkuri yang ada  bahayanya tersendiri.

KKM Kesan Luffiya Treatment Foundation, Produk Mesra Wuduk Boleh Rosakkan Buah Pinggang

IKLAN

Artikel Lain: Lagi Produk Kosmetik Racun Berjadual Dikesan KKM, Elak Beli ‘Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream’

Jika seseorang menggunakan produk ini, merkuri boleh menyerap masuk ke tubuh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan masalah sistem saraf.

Jadi sehubungan itu, KKM memberi ingatan supaya pengguna berhenti menggunakan produk ini. Bukan itu saja, perlu juga untuk hentikan jualan dan sebarang bentuk promosi kepada orang ramai.

IKLAN

Artikel Lain: Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan. Doktor Beritahu Bahaya Ambil Produk Overclaim Kesihatan!

Kepada mereka yang sudah membeli produk ini dinasihatkan untuk mengikut saranan KKM bagi mengelak sebarang kemudharatan pada kesihatan nanti.

IKLAN

Sebelum itu KKM juga turut mengenal pasti beberapa produk lain yang juga mengandungi racun boleh merosakkan kulit wajah dan mendatangkan risiko kanser.

KKM Kesan Luffiya Treatment Foundation, Produk Mesra Wuduk Boleh Rosakkan Buah Pinggang

Artikel Lain: KKM Kesan Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Sebabkan Kulit Muka Nipis & Risiko Kanser

Selain itu:  Lagi Bantuan Kesan Pandemik Covid-19, Kerajaan Umum I-Citra, KWSP. Ini Fakta Menarik Perlu Tahu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI