Baru-baru ini kita baru saja meraikan sambutan Tahun Baru Cina dan pastinya buah limau jadi kemestian dihidangkan buat tetamu bagi memeriahkan perayaan ini.

Namun ada yang memberitahu jika makan terlalu banyak iimau mandarin akan menyebabkan seseorang itu batuk. Benarkah perkara ini dan apa penyebab sebenar seseorang boleh mengalami batuk.

Perkongsian Dr Fatimah Salim di Grup Makmal Makanan (MaMa) memberitahu secara terperinci mengenai perkara ini. Menurutnya benar makan limau mandarin boleh menyebabkan batuk kerana kandungan bahan kimia SO2 yang digunakan sebagai pengawet.

Kandungan Bahan Kimia Pengawet Punca Batuk & Sakit Tekak, Penghidap Asma Diingat Elak Makan Limau Mandarin

MAKAN LIMAU MANDARIN BATUK?

Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai benarkah memakan limau Mandarin boleh menyebabkan batuk dan apakah puncanya?

Jawapannya adalah YA, boleh.

Saya sudah pernah kongsikan dulu, namun tidak salah dikongsikan semula. Jom baca

IKLAN

Kulit limau Mandarin (juga sesetengah buah segar lain juga) mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan menghalang pertumbuhan kulat pada buah.

Sebenarnya dalam kuantiti yang sedikit, ianya tidak mendatangkan bahaya kerana badan kita boleh bertoleransi dan mampu untuk detox secara semulajadi. Sebab itu FDA membenarkan ianya sebagai pengawet pada makanan. Untuk sistem badan normal, ianya tidak akan terkumpul dalam badan ya. Tiada istilah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam makanan (contoh buah kering seperti kismis, prune…) dan minuman (minuman berkarbonat dan beralkohol). Jika tidak, mudah saja buah kering ini ditumbuhi kulat dan tidak tahan lama.

Kandungan Bahan Kimia Pengawet Punca Batuk & Sakit Tekak, Penghidap Asma Diingat Elak Makan Limau Mandarin
Kredit: Pexel.com

Jika mahu membuang bahan pengawat ini, eloklah direndam seketika dan dibasuh beberapa kali dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air membentuk bahan kimia asid sulfurik (yang cair).

IKLAN

Merendam seketika dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.

Adakah semua individu akan terkesan dengan SO2 sebagai pengawet ini?

Tidak. Hanya sesetengah individu sensitif kepada bahan kimia ini yang mana boleh menyebabkan gejala seperti sakit tekak dan batuk. Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit asthma pula berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.

IKLAN

Untuk saya dan anak-anak, yang tidak mempunyai masalah kesihatan, kami kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Tidak semestinya jika kita terkesan, orang lain terkesan sama. Maka, seperti yang saya selalu pesan, ambil tahu tahap kesihatan dan fahami badan sendiri.

Beringatlah…, jika badan sudah mula menunjukkan tindakbalas (gejala), maka sedarlah dan berhentilah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!

Nota: Tahap toleransi ini boleh berubah dengan peningkatan usia. Maka tidak hairanlah jika dulu kita tiada masalah dengan pengawet SO2, kini boleh terkesan pula.

Kandungan Bahan Kimia Pengawet Punca Batuk & Sakit Tekak, Penghidap Asma Diingat Elak Makan Limau Mandarin
Kredit: Pexel.com

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Jangan Sental Guna Cecair Alkohol Sebab Bukan Kerak Atau Daki Kotoran. Tapi Petanda Awal Kencing Manis!

Doktor Ini Kongsi Cara Betul Defrost Bahan Mentah Elak Bakteria Membiak, Punca Keracunan Makanan

Bahaya ‘Sleep’ Debt’, Doktor Ini Jelaskan Kesannya Boleh Akibatkan Kemalangan & Risiko Penyakit

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI