Perasan tak kadang-kadang sedang kita berehat santai di rumah, tiba-tiba seperti ada haiwan melintas dan terus masuk di telinga.

Oleh kerana kejadian berlaku sekelip mata, kita tidak dapat pastikan haiwan apa yang sedang menghuni telinga kita.

Jika ini berlaku apa yang perlu anda lakukan. Jangan panik dengan situasi ini dan cubalah untuk bersikap tenang.

Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial  Facebook memberiahu apa perlu dibuat jika ada haiwan seperti lipas masuk ke lubang telinga.

Ini Perlu Dibuat, Haiwan Masuk Telinga

“Doktor, lipas masuk telinga saya!”

Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat? Nak tahu? Jom baca!

Tanda-tanda serangga masuk telinga:

– Berdengung

– Bunyi keritik

– Pergerakan

IKLAN

– Sakit

Kurang dengar

– Keluar air/nanah

– Berdarah

Apa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?

1. BERTENANG

Memanglah ngeri dan geli geleman bila ssrangga masuk dalam telinga, tapi cubalah untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.

2. GUNA GRAVITI

Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin  akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.

IKLAN

3. ELAK GUNA PUTIK KAPAS

Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.

4. ELAK GUNA PENGEPIT

Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit(twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.

5. GUNA MINYAK ZAITUN

Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.

6. CUCI DENGAN AIR

Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.

7. JUMPA DOKTOR

Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.

IKLAN

HATI-HATI!

– Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.

– Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.

Itu sahaja! Moga bermanfaat!

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kesihatan dan Perubatan

Artikel Berkaitan:

Pernah ‘Down’ Sebab Berjerawat, Wanita Ini Kongsi Rahsia Wajah Kembali Jadi ‘Flawless’!

Kebaikan Senaman Naik Tangga, Bantu Bakar Lebih Banyak Kalori & Cegas Risiko Osteoporosis