Nampaknya sehingga hujung bulan ini kita masih lagi sibuk memenuhi undangan menghadiri majlis rumah terbuka.

Pastinya akan membangkit selera melihat deretan makanan enak dan sedap disediakan tuan rumah seperti lemang, ketupat, rendang atau lodeh.

Namun begitu, dalam sibuk memenuhi undangan beraya, soal pemakanan perlu dijaga supaya tidak memudharatkan kesihatan memandangkan semua hidnagan sewaktu musim perayaan mempunyai jumlah kalori yang tinggi.

Artikel Lain: Jangan Buang Kulit Pisang. Diy Masker, Bajet Murah Kulit Gerenti Cantik!

Perkongsian Dr Hana Hadzrami memberitahu beliau berkata setiap kalori yang diambil secara berlebihan tanpa digunakan akan bertukar menjadi lemak.

Lemak tersebut akan berkumpul dalam tubuh dan menyaluti organ tubuh badan seseorang individu.

IKLAN

Kesan Lemak Terkumpul Dalam Badan

Hujung minggu ni trafik sesak merata tempat terutama di Lembah Klang. Ramai yang berziarah raya.

Ziarah raya tu bagus, merapatkan ukhwah dan silaturrahim.

Namun sebaiknya jaga juga pemakanan ya.

Kalori yang diambil berlebihan tanpa digunakan akan bertukar menjadi lemak simpanan dalam tubuh.

IKLAN

Kalau lemak berkumpul bawah kulit tu tak mengapa lagi. Tapi selalunya lemak akan berkumpul dalam tubuh dan menyaluti organ tubuh. Ini yang dipanggil visceral fat.

Ini adalah contoh visceral fat yang menyaluti satu buah pinggang yang bakal didermakan untuk transplan buah pinggang.

Artikel Lain: Setahun Tak Sentuh ‘Fast Food’ & Skipping 40 Minit Setiap Hari. Rahsia Kembali Pakai Baju Size S!

IKLAN

Lebih sejam pakar bedah ambil masa nak asingkan lemak dari buah pinggang untuk menampakkan salur darah buah pinggang. Dah nampak mana vena mana arteri barulah boleh ditanamkan buah pinggang tersebut pada penerima. Berpeluh sakan pakar bedah nak ‘menggali’ lemak buah pinggang tu padahal belum bermula transplan lagi.

Empunya buah pinggang tersebut tidaklah segemuk mana; tubuh setakat berisi. Namun lemaknya banyak berkumpul disekeliling organ tubuh.

Visceral fat adalah berbahaya kerana ia menyebabkan keradangan tisu dan organ tubuh serta menyempitkan salur darah. Ia antara penyumbang utama penyakit diabetes, sakit jantung dan stroke.

Visceral fat tak boleh dibuang melalui proses liposuction. Hanya boleh dikurangkan dengan cara menjaga pemakanan (clean eating) dan bersenam. Lemak yang boleh disedut keluar hanyalah dari bawah kulit dan lemak bawah kulit tidaklah sebahaya lemak viscera.
Bawa beringat ya kawan-kawan bila makan juadah rumah terbuka tu. Sama-samalah kita insof!!

Hana Hadzrami
Berapakah paras visceral fat anda?

Artikel Lain: Pakai Bedak Sejuk & Minum Jus Kunyit. Cara Tradisional Asmidar Jaga Kecantikan Luar & Dalam!