Ramai antara kita sangat gemar makan hidangan pedas. Rasanya tak lengkap jika tidak menikmatinya untuk setiap hidangan.

Bukan itu saja, ada juga yang turut membuat cabaran makan pedas untuk membuktikan siapa lagi hebat dan berani menyahut acara dianjurkan.

Namun tahukah kita bahaya pada kesihatan jika terlalu kerap makan makanan pedas ini.

Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu kesannya yang boleh menjejaskan kesihatan.

Doktor Dedah Kesannya Menakutkan. Untuk Yang Suka Makan Makanan Pedas Melampau!

Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.

Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.

Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?

IKLAN

Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.

Doktor Dedah Kesannya Menakutkan. Untuk Yang Suka Makan Makanan Pedas Melampau!

Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.

Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.

Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlalmpau pedas ni?

IKLAN

Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool.

Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.

Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas!

Doktor Dedah Kesannya Menakutkan. Untuk Yang Suka Makan Makanan Pedas Melampau!

Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah.

IKLAN

Jadi, kita jugalah yang bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi.

Antara kesan yang menakutkan dari salah seorang pengguna akaun twitter:

Doktor Dedah Kesannya Menakutkan. Untuk Yang Suka Makan Makanan Pedas Melampau!

Doktor Dedah Kesannya Menakutkan. Untuk Yang Suka Makan Makanan Pedas Melampau!

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Buang Terus Makanan Terkena Banjir, Bahayanya Boleh Sebabkan Keracunan Makanan

Gara-Gara PKP, 4 Bulan Berjaya Lenyapkan 25 KG. Rahsianya Skip Gula & Makanan Berminyak!

Cadangan Diet Boleh Dambil Sebelum Lakukan Senaman. Elak Rasa Pening Atau Penat Melampau!

Cadangan Diet Boleh Dambil Sebelum Lakukan Senaman. Elak Rasa Pening Atau Penat Melampau!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI