‘Demam panas, batuk tiba-tiba.’ Bahayanya virus influenza, jika tak dirawat sebabkan pelbagai komplikasi dan paling buruk menyebabkan kematian.
Minta dijauhkan! Sebaiknya bila anda dan keluarga mulai demam, cuba dapatkan pemeriksaan di klinik dan berjumpa doktor kerana virus berada di mana-mana. Bimbang anda terkena virus influenza.
Terang Dr Arman, virus influenza amat mudah menjangkiti anak-anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas.
Ads
Bahayanya virus Influenza ini jika dibiarkan tanpa atau lambat dirawat boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Antaranya seperti jangkitan pada telinga menyebabkan sakit telinga, paru-paru, jantung, otak dan sebagainya.
Beza Infuenza vs Demam, Batuk Selesema Biasa
Demam Panas Secara Tiba-Tiba
Berbanding demam biasa suhu badan meningkat secara berperingkat, bagi demam influenza A mahupun B ia demam panas secara tiba-tiba dan suhu sangat tinggi seperti 38,39C.
Di samping itu, anak juga mengalami simptom seperti;
Keletihan
cirit badan
sakit perut
alami sakit tekak
sakit kepala
selesema
batuk
tiada selera makan
Dalam masa yang sama, pesan Doktor Arman, sekiranya terdapat simptom-simptom ini pada anak, segeralah bawa anak ke hospital untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Ibu hamil yang mahu kekal jaga kecantikan kulit kena hati-hati dengan barisan produk penjagaan kulit yang diguna.
Ibu Hamil Suka Melawa
Perubahan kulit ketika hamil paling ketara berlaku kepada ramai orang, ini mungkin kerana hormon.
Walaupun sesetengah wanita bertuah mengalami kesempurnaan kulit selama 9 bulan, ada juga yang lain mengalami sekurang-kurangnya satu masalah kulit atau semakin teruk. Kulit mula makin kering, tumbuh jerawat dan gelap yang dipanggil melasma.
Jadi, penting untuk wanita hamil menggunakan kosmetik yang betul-betul selamat, bukan sahaja untuk diri sendiri malah tidak menjejaskan kehamilan. Ada bahan yang terkandung dalam produk yang diakui tidak selamat digunakan untuk hamil.
Retinoid/Vitamin A
Bahan ini berasal dari vitamin A. Produk yang ada isotretinoin (accutane) selalunya digunakan untuk rawat jerawat boleh menyebabkan kecacatan janin.
Walaupun kadar penyerapan isotretinoin sedikit sahaja melalui kulit berbanding dengan produk yang dimakan. Tetapi sebaiknya elakkan kedua-dunya, makan atau sapu.
Salicylic Acid
Salicylic acid adalah bahan biasa untuk merawat jerawat kerana keupayaan anti-radangnya, sama seperti aspirin.
Kajian dari Europe PMC menunjukkan bahawa produk yang mempunyai doa salicylic acid yang tinggi seperti produk kulit dan ubat oral harus dielakkan semasa kehamilan.
Namun, produk dengan dos rendah yang mengandungi salicylic acid dilaporkan selamat, tetapi sebaiknya elak melainkan ditulis penggunaannya selamat untuk wanita hamil.
Kesimpulan, elak produk yang boleh membahayakan anda atau bayi semasa hamil. Dapatkan rujukan doktor bila nak guna satu-satu produk.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan daripada kita gemar membeli barangan yang murah harganya. Dan lambakan kedai menjual barangan seperti ini membuatkan kita terasa untung apabila membeli dan sangat menjimatkan.
Namun begitu, perkongsian dari Ahli Kimia, Dr Fatima Salim ini di laman sosial Facebook, mungkin menjadikan kita berfikir dulu barang apa yang mahu dibeli setiap kali melangkah masuk ke kedai barangan murah ini.
Menurutnya ada baik dan buruknya membeli barangan di kedai jimat ini. Ayuh ikuti perkongsiannya.
Heboh pula kisah kedai RM2. Saya secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka RM2. Bukan apa, saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya.
Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony… ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius. Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ianya adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Untuk kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung…
Bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi. Yang lain masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar. Dan sistem sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semulajadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ianya dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ianya selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya.
Adakah apa-apa kesan sampingan sekiranya makan durian selepas mengambil vaksin covid19? Ada apa-apa makanan yang perlu dielakkan sejurus selepas ambil vaksin? Terima kasih
Jawapan:
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui adakah terdapat kesan sampingan makan durian selepas suntikan vaksin COVID-19. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk makluman anda, pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin. Hal ini kerana diet yang berkhasiat boleh mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Manakala untuk makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang menyebabkan anda mengalami masalah alahan adalah tidak dibenarkan.
Sehingga kini masih belum terdapat sebarang laporan mengenai sebarang kesan sampingan makan durian selepas individu disuntik vaksin.
Gambar sekadar hiasan.
Kami menasihatkan anda untuk mengelakkan ataupun mengurangkan pengambilan buah ini bagi tujuan langkah berjaga-jaga.
Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat kesihatan anda bagi tujuan penilaian sebelum menentukan samada buah ini dibolehkan ataupun tidak selepas anda disuntik vaksin. Dibimbangi kandungan buah ini akan mengganggu keberkesanan vaksin didalam badan .
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.